Kenal ke pisang tanduk ? Haah.. pisang yang bersaiz besar tu macam tanduk kerbau lebih kurang. Pisang tanduk ni, selalunya di tebang bila dah cukup masa, dan  kena peram dahulu baharu lah masak ranum. Pisang tanduk ni pemberian sahabat lama ana, Aziah yang dah hampir dua puluh tahun tak berjumpa. Last jumpa Che Yah kita ni, ketika ana berada di tingkatan enam atas, punya lah lama kan. Dengan izin Allah swt, baru-baru ni, kami pakat bertemu semula dengan rakan-rakan tingkatan enam di D'Saji Titiwangsa dapatlah berjumpa Che Yah yang cantik manis, putih melepak. 

Di akhir gathering tu, Yah memberikan kami kawan-kawan lamanya buah pisang tanduk yang di bawa dari kampung mertuanya di Bagan Datoh. Rezeki kan, selepas berjumpa melepas rindu, dapat pula rezeki pisang tanduk. Ana ambil sebiji sahaja untuk di bawa pulang, kerana tinggal kami berdua sahaja di rumah. Lagipun buah pisang tanduk ni bersaiz besar, sebiji pun dapat banyak hasilnya nanti. 





Pisang tanduk ni masih muda ketika menerimanya dari Che Yah kami, ana peramkan dahulu di dalam tong beras selama dua hari dah masak ranum dan sesuai untuk di jadikan juadah. Menurut kawan kami seorang lagi Mai, petua atau caranya pula untuk peram pisang supaya cepat masak ialah letak kan dalam kereta sahaja. Panas kan, tentu menjadi gak petua Che Mai kami ni. Cuma ana ni takut lupa terus je ada pisang dalam kereta, sampai ke sudah lah pisang tu dalam kereta nanti, haha :) Kalau dalam tong beras tu hari-hari buka sebab nak masak nasi. 

Masak apa yang sedap dengan pisang tanduk ?

Kadang-kadang kita terfikirkan , apakah menu yang sesuai di masak dengan pisang tanduk ni ? Selalunya kalau masih muda ramai suka menjadikannya kerepek pisang sahaja. Sedap juga tu di makan sebagai kudapan. Ini kerana pisang tanduk kalau setandan, pasti mendapat hasil yang banyak kan, sebab saiznya besar tu. Kami dalam group whatsapp dah siap jadikan menu pisang tanduk Che Yah ni, pakat hantar semula ke group. Dalam ramai-ramai tu, hanya dua menu sahaja yang kami masak dengan pisang tanduk iaitu di goreng dan di jadikan pengat pisang.

Nor,Mai dan Azza sempat menggoreng pisang tanduk dari Che Yah mana kala Iffah, Eyna dan ana sendiri masak pengat pisang. Seronok Che Yah berkongsi rezeki dengan kawan-kawannya, Alhamdulillah... semoga di murahkanya rezeki dan di berikan pahala yang berpanjangan buat Aziah sekeluarga, Aamiin.





Cara masak pengat pisang tanduk

Gambar di atas tu ialah pengat pisang air tangan Che Pah kami, Iffah memasak pengat pisang tanduk dengan mencampurkan sagu dan gula merah di dalam masakannya.Resepi tradisional ni kalau di kampung dahulu mak ana masak pengat pisang sama macam Che Pah masak ni. Cuma versi pengat ana , ana olah sikit dengan mencampurkan jagung krim ke dalamnya.




Bahan-bahan yang ana gunakan ialah pisang, santan pekat, jagung krim dalam tin, gula pasir, daun pandan dan secubit garam. 




Caranya mudah sangat laa haii, masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan kacau sehingga masak. Ana masukkan santan pekat sekali lagi selepas mendidih dan secubit garam untuk memberikan rasa lemak pada pengat pisang tanduk ni.




Inilah hasil pengat pisang tanduk ana yang lemak berkrim jagung tu. Sedap di makan sejuk. Satu lagi perkongsian menu masakan ibunda untuk semua. Semoga bermanfaat. 

5 Comments

  1. sedapnya pisang tanduk. manis. memang layan kalau dibuat pengat

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Sal,sedap kak ana masak pengat pekat-pekat layan sungguh laa hihi :)

      Delete
  2. Dari awal pregnant..smpai skrg pisang tanduk yg kak sha x dpt makan..huaaa...puas cari merata.. bkn rezeki...huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai tak apa lah Lady SHAH,lepas bersalin pun boleh makan nanti, semoga di murah kan rezeki Lady SHAH untuk menikmati pisang tanduk, Aamiin :)

      Delete
  3. Sedapnyaaa pengat pisang tu kak Ana. Lama tak makan pengat. Nak cari jugaklah pisang nak buat pengat. Heheh :)

    ReplyDelete