Kebersihan diri amatlah penting dalam mempastikan kesihatan fizikal sentiasa berada di tahap yang terbaik. Persekitaran yang kian hari kian terdedah dengan pelbagai unsur pencemaran dan tidak sihat memerlukan kita sebagai ibu bapa, harus sentiasa menyediakan medium penjagaan kebersihan diri. Tidak dapat dilihat dengan mata kasar namun tetap hadir: itulah kuman dan bakteria yang sentiasa hidup di dalam dan disekeliling kita. Bakteria dan kuman membiak dengan cepat sehingga mampu menyebarkan pelbagai penyakit. Salah satu cara yang berkesan untuk mencegah kehadiran kuman adalah melalui penjagaan tangan agar ia sentiasa bersih.

Salah satu kaedah untuk menjaga kebersihan diri ialah dengan mempastikan kita membawa tisu lembab atau pun wet tissue ke mana sahaja. Apatah lagi jika mempunyai anak yang kecil, malahan untuk orang dewasa juga yang amat memerlukannya untuk membersihkan tangan atau wajah. Dan kali ini, ana ingin memperkenalkan korang dengan satu jenama yang telah tidak asing lagi dalam penghasilan produk penjagaan peribadi. AIKEN, jenama yang dipercayai sebagai produk penjagaan antibakteria sejak 3 dekad yang lalu kini memperkenalkan tisu lembap antibakteria, Tisu Lembap Antibakteria Aiken. Produk ini berupaya menyingkirkan 99.9% bakteria merbahaya dengan berkesan dan memberikan haruman serta meninggalkan kelembapan pada kulit.




TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN


Tisu antibakteria ini sungguh berguna ketika korang sedang sibuk dengan rutin harian.  Mengelap trolley barangan serta pemegang bakul; ataupun selepas memilih barangan runcit yang mudah rosak seperti daging, sayur-sayuran, buah-buahan mampu membantu mengurangkan penyebaran bakteria merbahaya berkat manfaat antibakteria dari Tisu Lembap Antibakteria Aiken

Tisu Lembap Antibakteria Aiken menyediakan pembersihan serta-merta kerana ia dapat dibawa ke mana-mana sama ada di dalam kenderaan ataupun tas tangan kerana ia dapat digunakan untuk aktiviti luar, mengembara, berkelah, ke tandas awam, di kawasan taman dan lain-lain. Dalam keadaan seperti di pam petrol yang tidak menyediakan kawasan membasuh tangan yang berdekatan, pek tisu antibakteria sesuai dijadikan alternatif untuk membersihkan tangan . 

Tisu Lembap Antibakteria Aiken sesuai untuk digunakan oleh seluruh ahli keluarga dalam apa jua keadaan sekalipun. Pek Tisu Lembap Antibakteria Aiken boleh didapati dalam dua variasi menarik untuk dipilih:

TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN  – PERLINDUNGAN EKSTRA




Ana menggunakan Tisu Lembap Anti Bakteria Aiken Perlindungan Ekstra atau mudah di kenali dalam pek oren, atau jingga warna kesukaan ana ni ketika menemani suami keluar berjogging di waktu pagi di hujung minggu. Mudah untuk membersihkan tangan kerana selalunya selepas jogging kami akan bersarapan di luar. Maklum lah dah tinggal berdua kan, kalau hujung minggu , selalu kami riadah di luar sahaja. Dengan adanya Tisu Lembap Anti Bakteria Aiken ni, dapat membersihkan tangan dan mengelap peluh sebelum menikmati sarapan.



Ia dirumus khas dengan Minyak Tea Tree yang terkenal dengan manfaat pembersih semulajadi untuk meningkatkan perlindungan. Ia menyegarkan serta membersihkan kulit daripada kekotoran, serta lebihan minyak dengan pantas supaya meninggalkan kulit berasa lebih bersih, lembut dan menyegarkan. Produk ini telah diuji secara dermatologi, ia selamat digunakan oleh seisi keluarga dan adalah 100% bebas alkohol.


TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN – PELEMBAPAN EKSTRA




Dengan Tisu Lembap Antibakteria Aiken - Pelembapan Ekstra aau pek hijau ni pula, ana gunakannya untuk membersihkan wajah dari solekan, khasnya ketika keluar rumah dan tiba waktu untuk solat di luar. Ia bukan sahaja membersihkan wajah dari solekan malahan dapat memberi kelembapan semula pada wajah yang telah di bersihkan. 



Diperkaya dengan Aloe Vera untuk kelembapan yang selesa pada kulit, Tisu Lembap Antibakteria Aiken menyingkirkan 99.9% bakteria berbahaya sambil mengekalkan kesegaran, kelembapan, serta memberikan kulit yang lembut. Tisu ini diperbuat dari fabrik bertekstur lembut yang membersih tanpa sebarang ketidakselesaan. Ia menjadikan kulit anda berasa segar dengan bau yang menyenangkan. Tisu Lembap Antibakteria Aiken adalah 100% bebas alcohol, telah diuji secara dermatologi dan selamat digunakan oleh seluruh ahli keluarga.

Menarik dan mudah kan , untuk di bawa ke mana-mana sahaja dan boleh di gunakan pada bila-bila masa dan semua peringkat usia. Tisu Lembap Antibakteria Aiken yang baharu boleh didapati pada harga RM*6.50(Semenanjung)/ RM*6.80(Sabah & Sarawak) untuk pek berkembar. Produk yang mengandungi 20 helaian di dalam setiap pek ini boleh didapati di semua pasaraya terkemuka, pasaraya hyper dan farmasi di seluruh negara.

8 Comments

  1. kalau kita memang wajib ada ni..Sebab kadang² bila dalam kereta,anak makan comot² kan...tisu basah ni lah yang di cari..
    Lagi satu ianya antibakteria..So nak guna untuk apa pun boleh

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Ct memudahkan dan mempastikan penjagaan kebersihan dengan mudah kan :)

      Delete
  2. SA memang wajib ada tisu lembab dalam handbag..senang untuk kegunaan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, kalau untuk kita yang tak ada anak kecil ni, berguna utk membersihkan wajah sebelum solat tu :)

      Delete
  3. Wet tissu ni mudah dan senang untuk digunakan.
    Setakat ni produk Aiken yang CC guna pencuci muka dan shower gel. Serius best. bau macam herba gitu. Wangi

    ReplyDelete
    Replies
    1. AIKEN satu jenama yang di yakini ramai kan Cc . lama dah berada di pasaran

      Delete
  4. Boleh beritahu pasar raya atau farmasi mana satu? I cari kat guardian, watson dn caring tak jumpa pun wipes ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh dear Joshua, produk baharu sahaja launch boleh terdapat di mana-mana pasaraya atau farmasi cuma tak pasti area Joshua ada dijual atau tidak. Info yang diberikan adalah dari media kit

      Delete