![]() |
Temptation of wife di TV3 |
Temptation of Wife (TV3)
Sekali lagi ana melekat di depan tv untuk mengikuti drama bersiri slot telenovela di TV3 kerana pelakon kesukaan ana, siapa lagi kalau bukan Marian Rivera.Kali ini digandingkan pula dengan Dennis Trillo membawa watak-watak menarik dalam siri drama Temptation of Wife.Slot telenovela bersiaran setiap Isnin-Khamis jam 3 petang.Masa yang sesuai kerana waktu itu kerja rumah sudah dibereskan dan dapat mengelak dari tertidur di siang hari.Sinopsis Temptation of wife
Drama yang dilakonkan semula dari drama bersiri Korea Selatan pada tahun 2008 ini terbitan GMA Network pada tahun 2012.Garapan pengarah Dominic Zapata dan Gina Alajar membariskan pelakon-pelakon popular Filipina seperti Marian Rivera, Dennis Trillo, Glaiza de Castro dan Rafael Rosell.Mengisahkan perjalanan hidup Angeline Santos seorang gadis sederhana menjalinkan hubungan cinta dengan Marcel Salcedo anak ahli perniagaan.Keterlanjuran mereka membuatkan Marcel dan Angeline telah berkahwin namun kerana kekejaman ibu mertuanya Stella telah menyebabkan Angeline keguguran.Heidi seorang anak angkat yang dipelihara oleh ibu bapa Angeline mencemburuinya dan merampas kebahagiaan Angeline dan Marcel.Sehingga ke suatu ketika bila Heidi menjadi perempuan simpanan Marcel dan dia cuba untuk membunuh Angeline.Angeline terlibat dalam kemalangan dan diselamatkan oleh Nigel Armada.
Dari sini, Angeline telah mengubah identitinya untuk membalas dendam terhadap suami dan rakan baiknya Heidi.Banyak konflik yang terbit dari perjalanan kisah menarik ini diantara pengkhianatan, cinta dan kekejaman.Jangan lupa kita tonton hingga ke episod akhir telenovela menarik ini.
Pelakon utama Temptation of Wife di TV3
![]() |
Pelakon utama Temptation of Wife di TV3 |
Marian Rivera : sebagai Angeline Santos dan kemudian menggunakan identiti Chantal Gonzales
![]() |
Marian Rivera |
Dennis Trillo : sebagai Marcel Salcedo- suami Angeline yang kemudian mengkhianatinya dengan menjalin hubungan dengan Heidi kawan baiknya sendiri.
![]() |
Dennis Trillo |
Glaiza de Castrol : sebagai Heidi Fernandez wanita yang merampas kebahagian Angeline dan merupakan kakak angkat serta sahabat baiknya sendiri.
![]() |
Glaiza de Castro |
![]() |
Rafael Rosell |
Foto-foto dari telenovela Temptation of Wife di TV3
(kredit foto dari pinoyexchange.com dan Google Image)
~berkongsi info disini ~
Temptation of wife (TV3)
Reviewed by Ana Jingga
on
April 21, 2014
Rating:

best giler!! hee :))
ReplyDeletehaha best kan nuur farhani zulkifli.. :)
Deletetak dan nak negok..kijo...tp ada nampak sikit la ari tu..macam best..sakit mata nengok crook perempuan tu...miang
ReplyDeletezila...tak tgk le jawabnya kalau dah kijo tu... :)
DeleteGoges pelakon dia. Marian Rivera lawas
ReplyDeletememang cuns dan lawas kan Fuza.. :)
DeleteCiter ni best! :D
ReplyDeletejom kita date tgk isnin-khamis Zuhaira Nasrin
Deletedah tak sempat ikut siri2 gini .. huhu
ReplyDeleteSuki ni khas untuk suri2 rumah macam kak ana ni hehe
DeleteBaca sinopsis tau dh citer nih best tp xdpt tgk sbb keje..huhuhu
ReplyDeleteMimi: tak pe nnt habis siri kak ana cite kat mimi yer..hehe
DeleteSha lekat panggil Marian ni Marimar....
ReplyDeletesebab Marimar mula2 tunjuk kat tv kan..comel sangat masa dia dalam marimar tu hehe
Deletekalau waktu keje...mmg x dpt la nk tengok...tp pelakon2nya cantik2 n hensem2 :)
ReplyDeletehaah sebab masa tayangan kul 3 kan.. :)
DeleteYang ni ganti cite Sir Chief & Maya tu ye... nak tengok tapi keje... :(
ReplyDeleteye kut Nurul, yang siri tu kak ana tak ikut pulak.. :)
Deletesaya pun minat cita ni. tapi saya tengok online ja tanpa subtitle. =)
ReplyDeletefaham2 sendiri lah ye Cik Fafa hehe
Deletekak ana...saya suka crita ni cuma buat panas hati tu yg buat sy xnak tengok...hihihhi
ReplyDeleteKan KG geram je kat si marcel dengan heidi tu haha :)
Delete