Drama Siri Carmela TV3
Drama Siri Carmela di TV3
Setelah mendapat info dari blog drama siri popular di EDTV melalui Instagramnya, maka melekatlah ana sekali lagi di depan tv mengikuti satu lagi siri drama telenovela Filipina lakonan pelakon pujaan hati yang cantik jelita Marian Rivera. Semasa entri ini sedang di terbitkan, Marian Rivera sedang hamil selepas perkahwinannya bersama hero kesukaan ramai Dindong Dantes.Sebagai peminat setia pelakon cantik ini, ana pernah terbitkan entri perkahwinan mereka di SINI.Ok jom kita sambung bercerita kisah telenovela terbaru di TV3 bertajuk Carmela setiap hari Isnin hingga Khamis jam 3 petang.
Drama siri telenovela terbitan GMA Network kali ini menggandingkan Marian Rivera bersama pelakon kacak Alden Richards. Drama arahan Dominic Zapata 83 episod tanyangannya di Filipina terbit pada 27 Januari 2014.
Sinopsis drama siri Carmela TV3
Carmela (Marian Rivera) seorang gadis yang cantik namun telah banyak melalui pengalaman pahit sepanjang hidupnya.Selepas kehilangan bapanya dan terputus hubungan dengan ibu kandungnya kerana satu krisis keluarga di kampung halaman.
Carmela telah jatuh cinta dengan Yago (Alden Richards) namun terdapat sejarah silam tentang datuk Yago yang menimbulkan konflik dalam hubungan cinta mereka.Dari latar belakang keluarga yang berbeza hinggalah konflik demi konflik penghalang cinta antara mereka berdua.
Seperti selalu, lakonan air mata Marian Rivera memang akan membawa kita sama-sama untuk mengikuti kisah cinta menarik ini hingga ke episode akhir nanti.Pasti ana tidak akan ketinggalan untuk terus menonton drama siri Carmela di TV3 disetiap waktu tayangannya.
Pelakon drama siri Carmela TV3
Marian Rivera sebagai Carmela Fernandez / Catalina Bulaong
Alden Richards sebagai Santiago "Yago" Torres Flores
Agot Isidro sebagai Amanda Fernandez (ibu kandung Carmela)
Jaclyn Jose sebagai Patricia "Trixie" Torres (ibu Yago )
Raymond Bagatsing sebagai Dante Hernando
Rol Vinzon sebagai Mayor Fernando Torres
Kristal Reyes sebagai Janine Fernandez Torres
Dan ramai lagi pelakon pembantu yang menghidupkan jalan cerita drama siri Carmela diTV3 ini.
![]() |
Marian Rivera dan Alden Richards |
![]() |
Alden Richards |
![]() |
Marian Rivera |
![]() |
Agot Isidro |
![]() |
Kristal Reyes |
Episod akhir Carmela
Hari ini 7hb Oktober merupakan episod akhir drama siri Carmela.Macam selalu happy ending yang sangat menyentuh hati. Janine yang cedera parah semasa kemalangan jalan raya ketika cuba di larikan oleh Fernando akhirnya mati secara tak sengaja apabila Trixie mengugutnya setelah di sedar dari koma.Trixie didakwa oleh Amanda dan dipenjarakan .Fernando insaf akan segala perbuatannya dan mengaku salah pada Amanda dan Carmela akhirnya membunuh diri .Amanda memaafkan Trixie dan Fernando dan membebaskan Trixie dari penjara.Carmela menamatkan pengajiannya begitu juga Yago bergelar seorang engineer.Mereka akhirnya mendapat restu Amanda untuk meneruskan percintaan .Dan itulah akhirnya kisah cinta yang sangat menyentuh hati Carmela dan Yoga. Pasti ana akan merindui kisah telenovela menarik ini dan pastinya merindui wajah cantik Marian Rivera Dantes.
13 Comments
wahhh.. layan telenovela gitu.. hihi.. marian rivera ni memang cantik kan..
ReplyDeletelia dah nama suri rumah camtu lah ye haha :)
Deletehehehe..Fernando Torres!nama pemain bola favourite saya!
ReplyDeletemacam menarik..tapi tulah, tayang waktuu kerja..huhu
Sal kerja je lah Sal..haha :) biar kak ana je layan telenovela bagai ni .
DeleteSelalu stalk IG Marian Rivera. Cantik gilos!
ReplyDeleteSha kak ana ada buat IG fan Marian Rivera haha @beautiful_marian_rivera :)
DeleteNak cari awek macam Marian Rivera..hehehe..sebab tu adik kak Ana ni dok bujang je hihi
ReplyDeleteHamboi taste angpa... In shaa allah CP, jodoh itu rahsia Allah swt. :)
Deletedayah suka heroin ni..penah tengok sekali telenovela ni, pastu da start keja x leh tgok dah la..hehe
ReplyDeletefeveret kak ana ni dayah marian rivera :)
DeleteOf course la kak ana tengok telenovela ni kaannn.. ada peminat kak ana berlakon.. hehheheheee... ;)
ReplyDelete*Aditya Roy ada tak..? kalau ada, ain tengok sekarang jugaakkk... hikksss..*
haha wajib kan ain, peminat kak ana ye bukan kak ana peminat yanyan ye ain adoi :)
DeleteKG layan cerita ni k.ana...ada rasa panas d hati bila layan cerita macam ni...
ReplyDelete