Baby Marian Rivera & Dindong Dantes
Semalam 23hb November adalah hari lahir Kak Long yang ke sembilan belas tahun. Alhamdulillah bertepatan pula dengan cuti sem dapatlah Kak Long menyambutnya bersama keluarga disini.Dan agak istimewa juga kerana Kak Long berkongsi tarikh lahir dengan baby yang ana tunggu-tunggu juga kelahirannya..Semalam juga bintang jelita dari Filipina kesukaan ana, Marian Rivera telah selamat bersalin cahaya mata pertamanya.
![]() |
kredit foto: FB Page Marian Rivera |
ENTRI TERKINI SETELAH DIDEDAHKAN WAJAH COMEL BABY ZIA KLIK : WAJAH COMEL BABY ZIA
Anak Marian Rivera & Dingdong Dantes
kredit foto: FB Page Marian Rivera |
Sebagai peminat yang meminati lakonan mereka berdua di dalam slot telenovela, ana memang sering mengikuti kisah mereka sejak dari percintaan pasangan ini yang bermula ketika pengambaran telenovela Marimar lagi. 30 Disember 2014, pasangan yang sinonim dengan gelaran DongYan ini melangsungkan perkahwinan mereka dengan gilang gemilang dan pernah ana kongsikan foto-foto sekitar majlis di SINI .Dan selepas mengetahui Marian Rivera sedang hamil, ana turut berkongsi foto-foto kehamilannya di SINI .Ana turut memilik akaun Fanpage Marian Rivera di IG @beautiful_marian_rivera .
Pastinya bagi peminat pesangan cantik jelita Marian Rivera dan Dingdong Dantes tidak sabar untuk melihat wajah anak mereka yang pasti comel ni.Namun sehingga entri ini di terbitkan, ana hanya mendapat sekeping foto dari Facebook Fanpage Marian Rivera yang ana ikuti.Ia di post sendiri oleh Dingdong Dantes, gambar tangan comel bayi yang telah awal-awal lagi di war-warkan namanya iaitu Maria Letizia Gracia Dantes.Dinyatakan juga Marian melahirkan baby Zia secara normal pada pagi 23hb November 2015.Kita tunggu update-update terkini dari pasangan ini nanti dan akan ana kongsikan semula.
Congratulations to the primetime King and Queen, Dingdong Dantes and Marian Rivera , for welcoming their first baby Maria Letizia Gracia-Dantes!
kredit info dan foto : FB Page Marian Rivera dan http://www.officialdongyanatics.com/
32 Comments
assalamualaikum ana...mesti cantik mcm maknya kn...:)
ReplyDeletewaalaikumsalam mama, kan mama pasti secomel Marian Rivera bila besar nanti :)
DeleteSelamat hari lahir buat Kak Long Ana tu..
ReplyDeleteAnak2 artis ni sure cantik mulus..
Terima kasih CH, haah kan :)
Deletewah mesti comel kan anak mereka kak ana..semua baby sememangnya comel..hihi..kak update tau kalau dah ada gambar baby Letizia..
ReplyDeleteOk PC in shaa Allah kalau dah keluar foto-foto comel nanti kak ana kongsikan semula :)
DeleteWah sama birthday ngn anak kak ana...
ReplyDeleteTu lah Ummul, kebetulan pula dengan birthday Kak long :)
Deletehappy birthday utk kak long and congratulation to marian n dingdon dantes... mesti cantik anak depa nih.. xsabar nk tgok.. hehehe
ReplyDeleteterima kasih Ahlam, kan tak sabar nak tengok nanti kan :)
DeleteDindong.. Dindong.. ada orang kat rumah tak.. eheh.. adeh #JanganKecamSaya
ReplyDeletehehe.. tak lama gi anak dia pemes cem mak pak diaaa..
Aip SYM main loceng pagar rumah kak ana ye hihi.. :)
DeleteUntung anak-anak selebriti dapat perhatian sejak belum dilahirkan lagi..:)
ReplyDeletebegitulah lumrahnya SP :)
Deletemesti cantik ikut muka mak dia. putih melepak
ReplyDeleteAmirah pun comel juga Yumida :)
DeleteMesti comel kan... Btw Cikla Ada tag Kak Ana tau.. Kalau sudi joinlah...
ReplyDeletehttp://ciklapunyabelog.blogspot.my/2015/11/1st-giveaway-by-mb.html
kan cik La, ok terima kasih, kalau free kak ana join ye ,all the best :)
DeleteTahniah pada kak long..
ReplyDeleteterima kasih che mid :)
Deletetahniahnyer kak long., ;p
ReplyDeleteterima kasih wak :)
DeleteHappy birthday kak long..... tgk mak ayah baby tu pun dah terpegun dah Ana...hihi
ReplyDeleteterima kasih Linda, kannnn hihi :)
DeleteSalam selamat hari lahir utk anak dara kak ana...semoga sukses dunia akhirat...saya langsung tak ikut telenovela lakonan diorang ni kak jadi saya kurang kenal...tapi kalau tengok pada gambo memang cantik sungguh pasangan ni
ReplyDeleteAamin terima kasih Malinda :)
DeleteHappy belated birthday buat Kaklong ya K.Ana
ReplyDeleteOh! mereka berdua tu husband and wife ya.
Tak ikuti sangat :-(
haha terima kasih Mrs A, yelah orang bekerja memang tak berkesempatan layan telenovela ni Mrs A, kakak awak ni lain lah duk rumah hii :)
DeleteHappy belated birthday Kak Long ~
ReplyDeleteAlaa.. nak tengok muka baby depa.. depa pun pandai sesorok muka baby kan...
TQ Zaf :) haah sampai hari ini belum lagi disiarkan wajah baby DongYan ni, tak sabar gak nak tengok kan :)
DeleteSape2 pminat DongYan, sudi2kan lah follow fb mrk di The Dongyanatics Fanpage (Malaysia), IG @dongyanatics_malaysia & twitter @dongyanaticsMY. Trima kasih byk2
ReplyDeleteTQ PM :)
Delete