23hb November yang lalu, merupakan tarikh lahir Kak Long. 20 tahun yang lalu, Kak Long di lahirkan di Hospital Daerah, Teluk Intan. Masa tu ana masih bekerja di RBSB ,Setiawangsa. Memandangkan ana ni anak sulung dan merupakan kelahiran pertama juga, mak dan abah memang risau dan ternanti-nanti sangat kehadiran cucu pertama dalam keluarga. Mak dan abah minta sangat ana ambil cuti awal dan balik bersalin di kampung.Risau macam-macam sangat dengan anak sulung mereka ni.

Suami pun bersetuju dan ana balik minggu ke 39 rasanya ke Teluk Intan. Dan Alhamdulillah pada 23hb November 1996, ana selamat melahirkan cahaya mata pertama secara normal di Hospital Daerah, Teluk Intan.Sememangnya sepanjang proses kelahiran disini lebih selesa kerana ibu saudara ana merupakan salah seorang ketua jururawat di sini. Mudah segala urusan dan layanan pun sangat baik dari dalam LB sehinggalah ke wad jagaan.Syukur Alhamdulillah.



Dah dua puluh tahun dah usia Kak Long, baru sahaja menamatkan pengajian di peringkat Diploma dari UiTM dan In Shaa Allah akan menyambung ke peringkat Degree tahun hadapan. Ana hanya dikurniakan dua orang cahaya mata dan kedua-duanya perempuan. Itu semua perancangan Allah Swt buat kami suami isteri. Doa dan impian ana dan suami buat anak-anak hanya untuk mempastikan mereka berdua membesar sebagai puteri Solehah berjaya di dunia dan akhirat. 

Walaupun ibu dan ayah tidak mampu memberikan kemewahan namun kasih sayang, doa dan segala keperluan  mereka kami berikan semampu yang boleh. Kami bangga sangat dengan setiap kejayaan cemerlang puteri-puteri solehah dalam setiap keputusan peperiksaan awam dari peringkat UPSR,PT3 dan SPM serta Kak Long di peringkat Diploma dengan mendapat Anugerah Dekan. Alhamdulillah. 




Bila ayah tanya dua beradik ni nak makan mana celebrate birthday Kak Long, depa nak makan Kenny Rogers Roster KRR. Kan main lagi, tak puas agaknya makan masa redeem voucher hari tu, nak makan sekali lagi. Okay laa. tuu...Kami makan malam di KRR Setia City Mall.Memang best dan sedap makan malam di KRR ni. Set yang sama kami ambil one whole Peri-peri bersama empat side dish yang enak-enak. 




Hadiah dari ibu pula dah lama ana berikan kepada kedua-dua puteri ni. Jarak birthday Adik Ika dengan Kak Long cuma dua bulan sahaja. Kebetulan ana menerima voucher dari ZALORA bulan Oktober lepas, ana berikan kepada kedua-dua mereka memilih untuk shopping di ZALORA. Kira hadiah advance laa kan..Inilah rezeki ibu sebagai blogger yang mampu ibu berikan. Selalunya kalau ana dapat voucher shopping online ni memang untuk mereka berdua pun. Ana jarang beli barangan online kerana lebih sesuai untuk mereka.




Sanah Helwah Kak Long , doa dan harapan ibu dan ayah semoga Kak Long dan Adik Ika sentiasa di dalam Lindungan Allah swt, mendapat kasih sayangNya , menjadi hambaNya yang solehah dari dunia dan akhirat....Aamiin Ya Rabb.. Perjalanan hidup yang mendatang bukan lah sesuatu yang mudah untuk di lalui, selagi izinNya kami ibu ayah akan sentiasa menjadi pelindung dan berdoa di setiap helaian nafas untuk anak-anak solehah kami. In Shaa Allah.

18 Comments

  1. happy birthday kak long. hehe best la dpt hadiah beg dari kak ana

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih aina sayangsss :) hadiah sponser tu :)

      Delete
  2. amboi cantik2 anak dara k.ana
    hepi besday kak long

    ReplyDelete
  3. sanah helwah buat anak dara k.ana.. comel comel semua permata hati k.ana.. semoga menjadi anak yang solehah.. :))

    ReplyDelete
  4. Selamat hari lahir pada kak long 😃

    ReplyDelete
  5. Sanah helwah pada anak sulung ana 😃 moga jadi anak yang berbakti pada mak ayah. Amin

    ReplyDelete
  6. Happy Birthday untuk puteri kak Ana :)

    ReplyDelete
  7. Happy belated birthday buat K.Long

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. Nanti Fariza membesarpun semakin cantik macam Nad :)

      Delete