SISTA STARDUST COLLA ROSE - Rahsia Wanita Untuk Kecantikan Dari Dalaman

Alhamdulillah... pada ketika ini, ana telah pun diizinkanNya menjadi penghuni dunia melepasi usia 40-an. Syukur yang teramat kepadaNya, banyak pengalaman telah ana lalui dan sehingga ke usia ini, pelbagai asam garam kehidupan telah di tempohi. Perjalanan usia yang sampai ke saat ini, apa yang paling ana hargai adalah kesihatan. Di usia 40-an, ramai di kalangan sahabat ada yang mengalami pelbagai penyakit dan dugaan hidup. Semua itu ujian dariNya dan sebagai hambaNya kita di suruh berusaha, berdoa dan bertawakal sebagai pegangan. 




Pada usia ini, ana sentiasa memberi perhatian dalam penjagaan kesihatan dalaman dan luaran. Sistem dalaman tubuh kian hari kian kehilangan zat-zatnya harus di ganti secara semulajadi untuk mempastikan kita wanita sihat luar dan dalam. Kecantikan wajah juga salah satu aset yang perlu di ambil berat agar kita tidak tua sebelum usia. Cantik ni bersifat subjektif, bukan cantik sekadar di hiasi solekan tebal tetapi cantik yang hakiki ialah sihat kulit wajah dan melambatkan proses penuaan. Tua itu pasti menjelma jika sampai waktunya, namun dengan penjagaan dan pengambilan supplimen yang sesuai, ia boleh di lengah kan dan yang penting sihat dan selamat. Jom ana nak berkongsi pengalaman dengan korang, satu minuman botani yang telah ana cuba sendiri untuk penjagaan kulit wajah dan tubuh kembali sihat dan cantik, In Shaa Allah.




SISTA STARDUST COLLA ROSE- Minuman Botani 



Pertama kalinya ana di perkenalkan dengan minuman botani Sista Stardust Colla Rose ni, melalui perkongsian di kalangan rakan-rakan Facebook. Sebelum nak mencubanya sendiri, ana rujuk dahulu laman web serta facebook Sista Stardust tentang produk mereka. Ialah sekarang ni memang banyak lambakan produk di pasaran, oleh itu, sebelum mencubanya kita perlu tahu beberapa ciri-ciri produk yang selamat untuk di gunakan apatah lagi sebagai minuman atau supplimen. 



Mengapa ana meyakini Sista Stardust Colla Rose ?


rujuk di bahagian belakang kotak Sista Stardust Colla Rose


1. Ramuan Botani - Minuman ini di formulasikan 100% bahan botani dan Halal

2. Mempunyai kilang yang tersendiri. Bertaraf GMP. Proses Perkilangan sememangnya sangat dititik beratkan. Bukan sahaja menjaga kebersihan dan kawalan keselamatan penyeliaan, Ianya mematuhi tahap piawaian dari kilang GMP, mempunyai kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan bahan-bahan didalam produk ada sijil HALAL. Beralamat di : 

No.8, Jalan Balakong Jaya 6,
Taman Perindustrian Balakong Jaya,
43300 Balakong Jaya, Selangor
Tel : 03 8964 5759 / 011 1611 0369

3. Berdaftar dengan KKM . No siri KKM 180917/08/226

4. Dihasilkan dari ekstrak kelopak rose berpaten .Ekstrak kelopak rose berpaten yang sangat unik yang dapat  memberi kesan yang sangat positif kepada badan.

5. Dikategorikan sebagai Super Health Brand. Super health brand yang diiktirafkan di seluruh Asia.




Jadi, dah yakin dengan ciri-ciri produk Sista Stardust Colla Rose , ana mencubanya sendiri selama hampir dua minggu. Ana mengambil satu paket 10g dan mencampurkannya dengan air kosong 150ml. Kacau sehingga larut atau shake-shake pun boleh sahaja dan minum serta merta. Pastikan kita minum air yang mencukupi untuk tempoh masa setiap hari. Memang berbaloi kerana 1 kotak Sista Stardust Colla Rose mengandungi 60 paket yang tahan untuk penggunaan selama 2 bulan, bergantung pada 1 paket setiap hari.




Kalau korang tanya sedap tak rasa Sista Stardust Colla Rose ni ? Melihat kepada bahan campuran di dalam minuman botani ialah seperti Fructose, Serbuk Jus Oren, Maltdextrin, Citric Asid, Acacia Gum, Tricalcium Phosphate, Collagen, Perisa Blueberry, Pewarna Orange, Ekstrak Biji Anggur, Ekstrak Buah Camu-Camu, Asthaxantin, Sodium Ascrobic (VIT C), Ekstrak Kelopak Bunga Rose jadi dapatlah ana rumuskan rasanya lebih kurang korang minum minuman kesihatan berperisa berries tu, masam-masam sedikit dan yang penting tidak memualkan.




Kesan ketara selepas penggunaan selama hampir dua minggu pada pengalaman peribadi ana, kulit khasnya di bahagian tangan kembali lembut dan lembab. Ana memang cepat kulit menjadi kering khasnya apabila berada di persekitaran berhawa dingin. Untuk wajah pula, terasa lembab juga selepas bangun pagi kerana ana meminumnya sebelum tidur, dan bawah mata tidak lagi kering serta garis-garis halus beransur berkurangan. In Shaa Allah dengan penggunaan yang konsisten dan berterusan, bakal mendapatkan lagi kesan yang lebih luas dan positif.




9 KEBAIKAN SISTA STARDUST COLLA ROSE


1. Mengatasi masalah kulit kering dan kusam

2. Mencerah dan memutihkan wajah

3. Mengatasi masalah penuaan

4. Mencegah daripada masalah kedutan halus

5. Menegangkan kulit wajah serta gebu

6. Menjadikan kulit lebih lembab

7. Menghilangkan bintik halus dan tompok hitam

8. Mengatasi masalah jeragat dan jerawat

9. Membantu menguatkan rambut, kuku & tulang

Walaubagaimana pun pengguna yang 
ALAHAN Makanan Laut DILARANG 
mengambil Sista Stardust Colla Rose !!! 
Begitu jua jika anda hamil, menyusu atau sedang mengambil ubat, 
sila rujuk kepada doktor atau penasihat perubatan 
sebelum mengambil sebarang makanan tambahan. 


Sista Stardust juga mengeluarkan dua variasi minuman botani yang bagus untuk kesihatan dalaman dan detox iaitu Sista Stardust BERRIES ROSE & Sista Stardust FIB'RE ROSE



Dimana boleh membeli Sista Stardust Colla Rose 

Korang boleh dapatkan info lanjut, pembelian, testimoni dan butiran lengkap rangkaian produk Sista Stardust dengan klik ke pautan-pautan yang ana berikan di bawah :

Layari laman web : 


Facebook : Sista-StarDust


atau hubungi terus : 

03 8964 5759 / 011 1611 0369

Email : sista88stardust@gmail.com

1 kotak  berharga RM150 untuk 60 paket bekalan untuk 60 hari.


Image may contain: night



Review di atas adalah berdasarkan pengalaman peribadi penulis selepas penggunaan dalam tempoh 2 minggu dan segala butiran adalah berdasar kan rujukan sumber di laman web www.sistastardust.com. Kesan penggunaan mungkin berbeza mengikut keserasian penerimaan tubuh individu yang berbeza. 
SISTA STARDUST COLLA ROSE - Rahsia Wanita Untuk Kecantikan Dari Dalaman SISTA STARDUST COLLA ROSE - Rahsia Wanita Untuk Kecantikan Dari Dalaman Reviewed by Ana Jingga on April 23, 2018 Rating: 5

2 comments:

Powered by Blogger.