HB Roller Cream Foundation Pilihan Bedak Asas Sempurna Dengan Sekali Sapuan

Bedak asas atau foundation merupakan base utama dalam solekan wajah. Memilih bedak asas yang sesuai penting untuk kemasan solekan wajah agar tampak lebih natural dan tidak begitu ketara kesan solekan. Andai tersalah pilih, kesannya nampak comot dan kemasan tidak sekata malahan boleh menjadikan wajah bertompok atau orang kata ber'capuk'. Tentu satu pengalaman yang tak menyenangkan, bukan ?

Walau bagaimana pun pemilihan bedak asas juga bergantung kepada keserasian si pemakainya. Jenis tona kulit kita yang berbeza membuatkan hasil solekan akan berbeza mengikut kesesuaian. Kali ini, ana nak perkenalkan kepada wanita dan gadis di luar sana, satu lagi pilihan bedak asas atau foundation yang mudah di gunakan, hanya tekan , roll-on pada wajah dan hasil kan satu asas solekan yang sempurna. HB Roller Cream Foundation dari Hallas Irish Beauty.






HB Roller Cream Foundation - Hallas Irish Beauty




Macam selalu lah kalau di rumah ni, bab solekan ana serahkan pada Kak Long. Sebelum ini, Kak Long pernah menggunakan Bedak Asas Arab ( pautannya di SINI ) ,juga keluaran Hallas Irish Beauty, kini dia excited nak mencuba produk terbaharu Hallas Irish Beauty iaitu HB Roller Cream Foundation pula. Sebab paling utama nya ialah ia datang dalam bentuk roller cream yang amat mudah dan pantas untuk siap bersolek. Tak perlu kan span untuk dap-dap pada wajah, cuma tekan dan roll, satu lapisan rata dan sempurna untuk menutup celaan di wajah. 




Untuk tona wajah Kak Long yang memang agak cerah, cukup sekadar satu sapuan rata dan nipis di wajah menampakkan hasil solekan yang natural. Maksud ana tidak ketara sangat dia memakai foundation. Ini yang ana maksudkan mengikut keserasian pada jenis kulit dan tona wajah, andai serasi pasti  mendapatkan hasil solekan yang menarik.




Cara Penggunaan HB Roller Cream Foundation 




HB Roller Cream Foundation direka dalam bentuk botol dan mempunyai span berputar pada bahagian atas bagi memudahkan cara penggunaannya. Pada bahagian tepi botol roller cream terdapat satu butang kecil yang perlu ditekan bagi mengeluarkan krim untuk dioleskan pada wajah. Jadi, korang  tidak perlu menggunakan span lain dan sangat menjimatkan masa. Mudah sangat kan .



Apakah keistimewaan HB Roller Cream Foundation dari Hallas Irish Beauty ?




1. Dapat mengecilkan liang pori pada muka serta mengawal minyak yang berlebihan pada muka.

2. Krim bedak asas memberikan kemasan HD agar tona muka kelihatan lebih sekata.

3. Dengan menggunakan teknik tekan dan oles dapat menjimatkan masa serta bersih tanpa menggunakan jari.

4. Mengandungi pelindung UV SPF 25 yang membantu melindungi kulit dari sinaran UV.

5. Membantu memudarkan kesan parut.

6. Sapuannya mampu bertahan lebih lama.




Hallas Irish Beauty 




Ana pasti di waktu ini, ramai pengguna semakin bijak dalam membuat pemilihan produk kecantikan dan kosmetik. Terdapat dua jenis produk yang dikeluarkan oleh Hallas Irish Beauty iaitu produk Bedak Asas Arab dan HB roller Cream. Kedua dua produk Hallas Beauty dijamin selamat , mesra wuduk dan mempunyai kelulusan & berdaftar dengan KKM. Bahan-bahan yang digunakan juga tidak mempunyai bahan kimia yang merosakkan kulit wajah malah dapat membantu merawat semula kulit wajah yang rosak.

Beralamat di 

No.42 GF Lorong BLM 1/5 
Bandar Laguna Merbok 
08000 Sungai Petani, 
Kedah Darul Aman
Tel: +6013 9255870

Untuk mengetahui lebih lengkap lagi mengenai produk HB Roller Cream Foundation berserta testimoni-testimoni dari pengguna korang boleh sahaja layari ke mana-mana pautan yang ana berikan di bawah ini : 

Laman web : 


Atau Follow di antara Instagram berikut untuk mendapatkan Free Gift : 



Untuk pembelian dan promosi boleh hubungi terus mana-mana whatsapp yang ana berikan 

Wanie : 018-571 4962
Nani : 013-476 4982
Syitah : 019-760 2890
Bibah: 017-516 3380
Iera : 012-478 9658

Untuk yang ingin menambah pendapatan sebagai Agen & Stokis juga korang boleh sahaja hubungi mana-mana nombor di atas. 


Keberkesanan produk ini bergantung kepada kesesuaian individu. 
Setiap hasil dari penggunaan adalah berbeza bagi setiap individu. 
Produk ini akan memberi kesan terbaik sekiranya pengguna mengamalkan dengan cara betul berdasarkan testimoni yang diperolehi.
HB Roller Cream Foundation Pilihan Bedak Asas Sempurna Dengan Sekali Sapuan HB Roller Cream Foundation Pilihan Bedak Asas Sempurna Dengan Sekali Sapuan Reviewed by Ana Jingga on June 01, 2018 Rating: 5

8 comments:

  1. Ccantikk nampak kak long pakai :) Selalu kalau dah pakai foundation macam ni, takyah pakai bedak pun dah lawa kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah nani tengok pada keserasian jenis kulit kita kan :)

      Delete
  2. bentuk dia pun sesuai nak masuk dalam mekap pouch. tak berbonjol sangat..

    ReplyDelete
  3. mudah ni nak bw travel.
    roll ajer kat pipi :)
    tapi tu la, aida x brape minat jenis roller ni, AJ.
    pernah beli satu brand kaler pink.
    tak selesa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena cari warna yang sesuai untuk jenis kulit wajah kita kan Aida :)

      Delete

Powered by Blogger.