RM10K GOLD BAR UNTUK PEMENANG PERADUAN WEFIE RAYA JUS HIDAYAH GOLD

Mood raya masih on lagi kan ? Tak sah raya-raya ni kalau tak berswafoto bersama kawan dan saudara mara, betul tak ? Rugilah baju raya berpasang-pasang kalau tak bergambar selfie wefie, baharu lah terasa riang ria suasana Hari Raya... Tapii kan!! Korang yang dah sakan berselfie wefie tu, jangan terlepas peluang untuk memenangi hadiah lumayan bernilai sehingga RM10,000 . Wow!! Dengan ber wefie boleh menang hadiah tuu?Tak nak ke??

Haha!! Ini betul-betul... bukan cobaan. Caranya ialah hanya dengan menyertai PERADUAN WEFIE RAYA SERAIMAS HERBS melalui produknya yang tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia iaitu JUS HIDAYAH GOLD. Wahh!! Menarik kan ?? Bagaimana dan apakah syarat untuk menyertai peraduan hebat ini, jom ana kongsikan dengan korang di bawah ni.. baca sampai faham dan terus sertainya kay... masih ada masa lagi, jangan terlepas peluang keemasan ini. 





Peraduan WEFIE RAYA Bersama Jus Hidayah Gold

Ana pasti sangat korang mesti kenal dan tahu akan khasiat Jus Hidayah Gold dari Seraimas Herbs ni kan. Kali ini,khas buat pengguna setia yang telah pun mendapat banyak kebaikan dari jus herba ni bukan sahaja sekadar menikmati kebaikan khasiat nya, malahan berpeluang juga memenangi hadiah Gold Bar bernilai RM10,000. Ini kerana Seraimas akan mengadakan Peraduan Wefie Raya bermula 17/5/2018 sehingga 1/7/2018 ini. Penyertaan hanya boleh dihantar bermula 17/5/2018. Penyertaan terakhir akan diterima sehingga pada jam 10 malam 1/7/2018.

Bagaimanakah cara penyertaan Peraduan WEFIE RAYA Jus Hidayah Gold ?






1. Beli Jus Hidayah Gold dari mana-mana butiran yang ana berikan di bawah sama ada : 

~ Toko-toko Jamu berhampiran
~ Secara online dari laman web : www.seraimas.my atau Facebook Seraimas HQ.

2. Peserta perlu bergambar beramai-ramai (“wefie”) bersertakan Jus Hidayah Gold sebagai bukti.

3. Muat turun aplikasi QR reader di App Store atau Play Store dan scan QR code yang tertera di kotak Jus Hidayah Gold.

4. Isi butiran lanjut dan masukkan “original code”. Ikut langkah seperti yang tertera di laman sesawang www.seraimas.my .

5. Masukan slogan "Saya sertai peraduan Wefie Raya Jus Hidayah Gold kerana........." Ayat tidak boleh melebihi 50 patah perkataan.

6. Muat naik gambar wefie raya anda di platform yang disediakan. 
Dengan memuatnaik gambar di platform ini anda telah mengakui bahawa:
~ Gambar adalah milik anda
~ Tiada sebarang pelanggaran hak cipta atau seumpamanya
~ Anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap gambar dan maklumat yang dimuatnaik
~ Membenarkan pihak penganjur menggunakan atau menyiarkan gambar anda di sebarang media bagi tujuan pengiklanan dan promosi produk Seraimas.

7. Untuk anda berpeluang memenangi hadiah, penyertaan anda mestilah diterima pada hari akhir tempoh peraduan. Semua penyertaan yang diterima di luar tempoh peraduan tidak akan dilayan.
Dengan menyertai peraduan ini, anda adalah dengan ini dianggap telah menerima dan bersetuju dengan terma dan syarat Peraduan #WefieRayaJusHidayahGold. Sila klik SINI . 




Hadiah-hadiah yang menanti pemenang Peraduan WEFIE RAYA JUS HIDAYAH GOLD 

Hadiah bernilai RM 10,000.00 bakal dimenangi dan anda berpeluang untuk beramah mesra di rumah terbuka Hari Raya bersama Imam Muda Asyraf dan keluarga Seraimas bersama pasangan di (maklumat mengenai lokasi, masa dan tarikh akan diberitahu kemudian)

Seramai 5 orang pemenang akan dipilih. Berikut adalah hadiah-hadiah yang bakal dimenangi.

Tempat Pertama:

Gold Bar (20g) + 2 jemputan ke rumah terbuka bersama Imam Muda dan keluarga Seraimas

Tempat Ke-2:

Gold Bar (10g) + 2 jemputan ke rumah terbuka bersama Imam Muda dan keluarga Seraimas

Tempat Ke-3 sehingga ke 5:

1 dinar emas + 2 jemputan ke rumah terbuka bersama Imam Muda dan keluarga Seraimas

Korang boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang dikehendaki dengan syarat setiap penyertaan mesti mempunyai gambar kotak produk Jus Hidayah Gold sebagai bukti pembelian.

Pemenang dalam peraduan ini akan dipilih berdasarkan gaya yang paling kreatif. Pemilihan pemenang dibuat oleh pihak juri yang dilantik.

Pemenang akan diumumkan pada 1/7/2018 melalui Facebook Seraimas HQ.

Tarikh Tutup Penyertaan: 1/7/2018 jam 10 malam !!!

Ermm!! Amacam,mudah sahaja kan.. hadiah lumayan mestilah korang kena pastikan penyertaan korang tu mengikut syarat yang di tetapkan.




Imam Muda Asyraf dan Jus Hidayah Gold 

Alaaa... tak kan korang tak kenal siapa Imam Muda Asyraf ?? Imam Muda Asyraf dipilih sebagai Imam Muda Asyraf juga turut dijadikan duta produk kesihatan yang terkenal dengan tagline ‘Lebih Kuat, Lebih Cergas, Lebih Beramal’ iaitu Jus Hidayah Gold keluaran Seraimas.

Umum mengetahui Imam Muda Asyraf merupakan juara musim pertama program pencarian imam dalam kalangan generasi muda. Program Imam Muda yang disiarkan secara langsung menerusi saluran televisyen berbayar Astro Oasis membuatkan pemilik nama Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan dikenali ramai.

Imam Muda Asyraf juga meneruskan diri dakwah beliau menerusi program bual bicara iaitu Hidayah Talk yang membincangkan pelbagai isu melalui laman Facebook pengeluar jus ini iaitu Seraimas HQ. Program bual bicara yang berlangsung tiga kali dalam sebulan ini mengupas topik-topik semasa tentang kekeluargaan dan pentingnya kesihatan.



kredit foto: seraimas.my


Jus Hidayah Gold adalah minuman kesihatan bermutu tinggi dan menggabungkan 23 jenis herba yang memberi kebaikan dan kesan berganda untuk lebih sihat dan kekal cantik.

Kombinasi Raja Segala herba seperti Madu, Buah Tiín, Kismis, Kurma Merah, Apricot, Delima, Lada Pintal, Cengkih, Kunyit, Buah Pala, Senduduk Putih, Mahkota Dewa, Habbatus Sauda, Mengkudu, Teja Lawang dan pelbagai lagi bahan semulajadi ini mempunyai kebaikan dan khasiat luar biasa untuk kesihatan tubuh badan dan mengatasi segala macam penyakit.

Produk yang tidak perlu diperkenalkan lagi ini turut dapat membantu pelbagai masalah kesihatan. Sejak dari zaman dahulu, banyak jenis tumbuhan yang digunakan oleh nenek moyang kita untuk mengubati penyakit luar dan juga dalaman. Namun, masih ramai di antara kita yang belum mengetahui atau berasa yakin bahawa bahan-bahan semulajadi ini sebenarnya jauh lebih baik untuk mencegah dan juga merawat penyakit. Produk berasaskan herba alam semulajadi seperti Jus Hidayah Gold ini boleh dijadikan alternatif untuk mengekalkan kesihatan ataupun mengubati penyakit. Bak kata pepatah Melayu, cegah sebelum kena.

Gabungan mantap 23 jenis herba terpilih ini juga terdiri daripada makanan sunnah yang berkualiti tinggi yang sememangnya bermanfaat untuk kesihatan tubuh badan. Malah jika diamalkan setiap hari dan dijadikan sebagai rutin, ia mampu mencegah pelbagai penyakit, menyihatkan badan dan mengembalikan keseimbangan sistem tubuh badan.

Warisan herba sepanjang zaman ini mampu dimiliki untuk kesihatan seisi keluarga serta mengeratkan lagi jalinan kebahagiaan bersama. Lebih Kuat, Lebih Cergas dan Lebih Beramal dengan Jus Hidayah Gold keluaran Seraimas Herbs.



SERAIMAS HERBS

Serai Mas Herbs Sdn Bhd ditubuhkan pada 2005 di atas impian dan inspirasi oleh pengasas yang juga Pengarah Urusan Syarikat, Datin Hajjah Sunita Bibi Ali Akhbar. Menyedari hakikat bahawa sektor makanan tambahan bagi tujuan kesihatan dan juga produk kosmetik serta kecantikan amat menggalakkan, maka syarikat ini mula beroperasi dengan menyediakan pelbagai rangkaian produk yang bermutu tinggi.

Syarikat ini telah diperbadankan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 pada tarikh 22 Julai 2005. Dengan kejayaan cemerlang yang telah diperolehi sepanjang penglibatan syarikat dalam bidang ini, maka Serai Mas kini beroperasi sepenuhnya di Labis, Johor.

Produk kesihatan dan kecantikan berasaskan herba dan bahan semulajadi ini bermula dengan produk Losyen Terapi Anggun dan Dara Mas Cucian Wanita, Serai Mas Herb dan juga produk kulit Astanita Collagen Skinz dan C’Bidadari Juice Khas untuk kaum wanita yang mementingkan kecantikan luaran dan dalaman. Ia mula berkembang dan semakin unggul ke hadapan apabila memperkenalkan produk lain seperti Jus Hidayah, Kismis Hidayah, Raudah Energy Drinks, Rest Slimm Mango Drink dan Bengkung Puteri Mas yang menjadi pilihan ibu selepas bersalin.




Perjalanan Serai Mas Herbs Trading bermula daripada sebuah kedai jamu milik Datin Hajjah Sunita Bibi yang ketika itu menjadi stokis untuk satu produk lokal syarikat lain. Beliau nekad untuk membina empayarnya sendiri selepas dia ditipu dan ditikam belakang oleh syarikat terbabit. Seiring dengan cita-citanya semenjak kecil yang mahu menubuhkan perniagaan sendiri, tanpa ragu beliau mengeluarkan produk kesihatannya sendiri. Walaupun ketika itu beliau kurang arif dengan ilmu dalam bidang jualan dan pemasaran, namun atas nekad dan sokongan daripada suaminya, beliau yakin bahawa syarikatnya pasti akan berjaya suatu hari nanti.

Walaupun tidak mempunyai pendidikan tinggi dan mempunyai latar belakang dari keluarga yang porak peranda, beliau berjaya menepis segala tomahan masyarakat yang suatu ketika dahulu mengejinya dan berjaya menubuhkan syarikat sendiri hasil titik peluhnya itu. Setiap tekanan yang dilaluinya sejak kecil menjadi inspirasi untuk dirinya agar terus bangun dan tidak mudah putus asa. Datin Hajjah Sunita Bibi juga percaya dengan mengeluarkan produk kesihatan ini, ia dapat membantu orang ramai untuk menjaga kesihatan walaupun sibuk dengan kehidupan harian. Menekankan isu kekeluargaan, setiap produk yang dihasilkannya mampu dimiliki oleh setiap ahli keluarga kerana produknya bermula dari produk bayi, kanak-kanak, ibu mengandung, serta warga emas. Malah harga mampu milik yang ditawarkan ini mampu untuk dimiliki oleh setiap ahli keluarga di Malaysia.

Beliau percaya dengan hubungan kasih sayang dan kekeluargaan yang penting dalam satu keluarga itu, produk ini mampu memberi kesan positif jika diamalkan selalu. Beliau juga mahu produk kesihatannya ini mampu pergi jauh dan boleh mengorak langkah hingga ke luar negara.


Pertanyaan boleh hubungi talian:
  +6012 7848364


Facebook: Seraimas HQ

Instagram: @seraimashq

Youtube: Seraimas Herbs


Sumber rujukan produk dari : www.seraimas.my

RM10K GOLD BAR UNTUK PEMENANG PERADUAN WEFIE RAYA JUS HIDAYAH GOLD RM10K GOLD BAR UNTUK PEMENANG PERADUAN WEFIE RAYA JUS HIDAYAH GOLD Reviewed by Ana Jingga on June 24, 2018 Rating: 5

42 comments:

  1. menarik dan hadiah tu mmg besar kan AJ...jom kita join jugak

    ReplyDelete
  2. menang gold bar menarik..jrg dibuat org dgn nilai tinggi..heheh

    ReplyDelete
  3. Wah, bestnya kalau dapat hadiah ni. Nak try la...

    ReplyDelete
  4. senang sangat contest gini. Ber'wefie'je boleh menang. Harap dapat menang la... eem kena pergi cari jus tu dulu apa2 pon... kan? kang x valid plak nnt...

    ReplyDelete
  5. Kak Ana, bestnya tengok hadiah dia. Mana lagi nak cari kontest wefie je tapi bagi hadiah sampai goldbar 20g

    ReplyDelete
  6. menarik dan mudah peraduan dia ye

    ReplyDelete
  7. tengok hadiah pun rasa nak jeee...

    ReplyDelete
  8. wah...hadiah best...rugi kalau tak join...

    ReplyDelete
  9. menarik hadiah contest ni k.ana..dia punya jus pun hebat

    ReplyDelete
  10. bukan setakat dapat jus yang berkhasiat kalau join wefie mungkin menang 20g gold bar

    ReplyDelete
  11. Tgok hadiah dia buat teringin je nak cuba nasib..tapi lom kesempatan nak gi beli jus tu..huhuhu. Besoklah cari..hehehe

    ReplyDelete
  12. bestnye hadiah dia kak ana.. huu~ kena beli sebotol jus hidayah ni.. mana la nak cari agaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Atie, beli, selfie wefie mana tahu menang kan :)

      Delete
  13. berapa harga sebotol jus hidayah yang versi raya ni, nampaknya kena dapatkan satu botol ni sebab nak menang 20g gold bar !!!

    ReplyDelete
  14. beruntung sapa yang menang, kena dapatkan juga ni jus hidayah . mana tau rezeki last minit. bagus ni kalau amalkan badan pun sihat

    ReplyDelete
  15. sempat lagi nk join ni...harap2 join saat2 akhir ni ada rezeki..hehehe

    ReplyDelete
  16. Mak oooii wefie je boleh menang RM10k??

    ReplyDelete
  17. Mudah betul nak join. Wefie je boleh menang 20g gold bar. Sape nak bagi kan. Sempat lagi join nie. Nak join lah !

    ReplyDelete
  18. hadiahnya lumayan sgt! untung-untung boleh menang.. :)
    wefie je kan.. senangnya lahai.. hihi

    ReplyDelete

Powered by Blogger.