Drama Natrah Di Astro Ria HD

Drama  Natrah telah pun mulai bersiaran pada 30hb Julai 2018 pada jam 10 malam untuk mengisi slot MegaDrama menggantikan Sejuta Rasa Buat Adelia. Dibintangi oleh Juliana Evans sebagai Natrah, Sherie Merlis sebagai Che Aminah, Natasha Hudson sebagai Adeline Hertogh dan Fikree Bakar sebagai Mansor Adabi. 

Drama ini di terbitkan pada tahun 2011 dan di ulang tayangannya semula untuk slot istimewa 4 episod di Astro Ria dan Ria HD. Di adaptasi dari kisah sebenar, sejarah tentang gadis Belanda bernama Natrah atau nama Belandanya Maria Huberdina Hertogh. Peristiwa perebutan hak penjagaan Natrah antara ibu angkatnya, Che Aminah dan ibu bapa Natrah di Belanda sekitar tahun 1950-an terus diingati dan meninggalkan kesan kepada negara. Tragedi perebutan dua pihak itu hingga melibatkan konflik agama telah menyebabkan terjadinya rusuhan di Singapura pada zaman itu.



Foto Natrah.

Sinopsis Drama Natrah 


Foto Natrah.


NATRAH adalah anak BELANDA yang berada dekat di hati orang-orang MELAYU. Gadis berusia 13 tahun ketika itu, muncul ketika orang MELAYU berada dalam zaman gelora MENENTANG penjajah. Kisah perkahwinannya, kisah rebutan hak penjagaan diantara IBU ANGKAT MELAYU (Che Aminah) dan IBUBAPA KANDUNG Belandanya di mahkamah Singapura, menjadi isu besar semua akhbar besar dunia pada ketika itu tahun 1950.

NATRAH meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda pada tahun 2009 ketika usia 72 tahun akibat Leukemia.Beliau adalah wanita yang sengsara jiwanya kerana menjadi mangsa dua dunia. Lahir di Timur tapi dibesarkan dengan paksa di Barat. Memeluk Islam semasa kecil tapi membesar dengan paksa dalam Kristian. Di nikahkan dengan undang-undang Islam tapi terbatal perkahwinan dengan undang-undang Barat.

Kredit foto dan info dari FB Natrah ( https://www.facebook.com/pg/Natrah-285043408742137/posts/)

Drama Natrah Di Astro Ria HD Drama Natrah Di Astro Ria HD Reviewed by Ana Jingga on July 30, 2018 Rating: 5

2 comments:

  1. best.. lama x tgk juliana berlakon hehe

    ReplyDelete
  2. Alahai tak perasan pulak keluar cerita ni. Okeh boleh layan nanti ni.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.