Marian Rivera hamil anak ke-dua

Haha!! Lama dah ana tak update kisah pelakon Filipina kesukaan ana ni, Marian Rivera Dantes. Sedangkan hari-hari nampak sahaja posting nya terkini beliau di Instagram. Setakad ni tak ada lakonan terbaharu drama telenovela Pinoy lakonannya di tv Malaysia. Sebab tu macam tak sangat ada update untuk Marian Rivera dari ana. Cuma seronok melihat telatah Baby Zia yang kian membesar dan comel sangat.Dan semalam 26 September 2018, excited ana baca update dari Marian di Instagramnya seperti dibawah ni : 






Marian Rivera hamil anak ke-dua 




Yess!! She's pregnant. Tahniah buat pasangan romatik Marimar ni bakal menimang cahaya mata ke dua tidak lama lagi. Baby pertama mereka Maria Letizia bakal berusia 3 tahun pada 23hb November akan datang dan tak lama lagi jadi kakak lah kan. Comel sangat Baby Zia ni dan sekarang di gelar Ate Zia, ate tu maknanya kakak dalam bahasa Tagalog. Dah kaki drama Pinoy, tahu lah juga serba sedikit bahasa Filipina ni.




Tak sabar juga nak tunggu kelahiran anak kedua Marian dan Dingdong Dantes ni kan. Baby boy atau baby girl.. sama-sama lah kita tunggu tahun hadapan. Congratulations Yanyan 

Credit photos to Marian Rivera Instagram. 

Marian Rivera hamil anak ke-dua Marian Rivera hamil anak ke-dua Reviewed by Ana Jingga on September 27, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.