REZEKI BUDAK BUAT LIVE DAPAT TAJAAN KAHWIN RM500 RIBU!!

Setiap insan pasti mengimpikan sebuah majlis perkahwinan yang indah di sulam dengan penuh warna warni kemewahan dan bertahta kan seribu kecantikan. Namun bukan semua kita dapat merealisasikan impian kerana pastinya kekangan kos perbelanjaan yang tinggi menjadi salah satu faktor penghalang. Namun berangan itu percuma kan, tak salah meletakkan impian setinggi gunung kerana jika izinNya pasti akan tercapai. Itulah yang terjadi kepada seorang gadis manis yang mana boleh ana katakan pengantin bertuah kerana tanpa di sangka impian untuk sebuah perkahwinan yang begitu indah akhirnya menjadi satu realiti. Kisah gadis ini, ingin ana kongsikan bersama pembaca. 


BUDAK BUAT LIVE DAPAT TAJAAN KAHWIN RM500 RIBU!!



Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu. Untung seorang gadis kecil comel SITI SURIANI atau lebih dikenali sebagai SITI JAMUMALL mendapat tajaan kahwin sehingga RM500 RIBU !!



Pada mulanya beliau sangkakan ingin buat majlis biasa secara kecil-kecilan, tetapi sapa sangka setelah memuat naik satu status di fb beliau tentang majlis perkahwinan terus mendapat wassup dan call bertalu - talu dari founder produk, owner kedai dan bermacam lagi untuk sponser majlis beliau.




Hampir 100 company dari perbagai produk berminat untuk sponser majlis kahwin Siti, paling menyentuh hati, yang baru berjinak dalam perniagaan juga berbesar hati sponser majlis perkahwinan Siti.




Kata Siti, beliau sangat sebak .. tak sangka , majlis yang mulanya plan biasa-biasa kini menjadi luar biasa. Inilah berkat usaha beliau selama 3 tahun membuahkan hasil .. beliau menjadi promoter atau host untuk jamumall.com dan menjual perbagai jenis produk kosmetik, kesihatan, fesyen dan makanan.




Selama ni Siti promote produk orang dengan ikhlas, Siti bantu dari produk biasa-biasa tak dikenali , sampai dikenali dan viral.. sebabtu ramai hargai jasa Siti dan bila Siti kahwin mereka sanggup sponsor maccm-macam. Siti sangat-sangat bersyukur dapat sponser dari nikah, pre wedding, majlis berinai . majlis kahwin sampailah ke honeymoon pakej.









Majlis perkahwinan penuh meriah gilang Siti Jamumall yang baru je berumur 19 tahun ditakdirkan jodohnya bersama pasangan, Syafiq telah berlangsung pada 7hb April 2019  di Laman Kayangan Shah Alam.


Selain dari itu ada 14 Top Sponsor yg terlibat antaranya:


Pelamin dan Hiasan Dewan dari Wedding by emma
https://www.instagram.com/weddingsbyemma/



Baju Pengantin dari Dlia Jane Bridal Collection
https://instagram.com/mahligai_dlia_jane_bridal


Grand Cake dari Mad About Cake
https://instagram.com/madaboutcake_official

Vip Menu dari Rumpun Selera
https://instagram.com/rumpunselera


Coffe Es-Cream dari Ana Zahra Beauty
https://www.facebook.com/anazahrabeautyhq/



Jamu dari Seri Lady Empire Resources
https://instagram.com/seriladyofficialhq


Tudung Bawal  Bridesmaids dari Gallery Bawal
https://instagram.com/gallerybawal_galeri_bawal




Kain Pasang Diamond dari Irahsukri
https://instagram.com/irah_sukri



Telekung dari Pretty Aini
https://instagram.com/prettyainiumrahhaji


Make Up Set dari Zacthira Navillionniza
https://www.facebook.com/kenitzcosmetic/

Scarft dari Scarft By Mehrun
https://instagram.com/scarfbymehrun


Printed Box dari Art Creation Printing
https://www.facebook.com/artcreationprintingmoq50pcs/

Perfume dari  Luxe Essencia Resources


Honeymoon Pakej dari Arwana Resort
https://instagram.com/arwanaperhentianresort


Jomm kita lihat beberapa lagi gambar-gambar majlis malam berinai dan resepsi Siti dan Syafiq sambil sama-sama kita doakan semoga  Siti dan Syafiq kekal bahagia hingga  jannah . Aamiin .

Gambar-gambar majlis malam berinai dan resepsi Siti dan Syafiq






















REZEKI BUDAK BUAT LIVE DAPAT TAJAAN KAHWIN RM500 RIBU!! REZEKI BUDAK BUAT LIVE DAPAT TAJAAN KAHWIN RM500 RIBU!! Reviewed by Ana Jingga on April 09, 2019 Rating: 5

6 comments:

  1. Untung tuan empunya bdn, dr segi positif site. Dia tak berkira sering buat live di media sosial. Keikhlasannya kini, berbayar

    ReplyDelete
  2. tak kenal dia ni sapa hehe.. enjoy je tengok baju dia lawa2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siti ni yang handle live di jamumall.com tu CT :)

      Delete
  3. Rezeki Siti dapat tajaan yang banyak untuk majlis perkahwinannya. Moga Bahagia hingga syurga InsyaAllah

    ReplyDelete

Powered by Blogger.