Giveaway Wang Tunai Dan Template Blogger Premium

Serius dah lamaaaa sangat tak join mana-mana Giveaway sahabat-sahabat blogger. Banyak sangat kekangan waktu yang terbatas. Faktor usia agaknya kan, cepat sangat letih dalam kesihatan yang tidak berapa menyegarkan kebelakangan ni. Tapi bila nampak sifu Hasrul Hassan buat Giveaway, tertarik sangat lah nak join mana tahu rezeki boleh dapat template premium beliau kan. Kalau tak pun boleh menang cash juga.. Cepat-cepat sebut Aamiin.. Semoga ada rezeki :) 


Klik banner kalau korang nak join jugak :) 


Apa yang ana kenal dan tahu tentang Hasrulhassan.com ni , ye ? Ana belum pernah berkesempatan bersua muka dengan Tuan HH kita ni. Tapi percaya lah belaiu banyak memberi inspirasi kepada ana untuk menulis blog dan mempelajari ilmu-ilmu blogging secara teknikal. Ana nak cerita lah, ana ni bermula dulu sekitar 2012 dan Tuan HH kita telah mula aktif sejak 2010 lagi. 

Ana bermula dengan zero, suka-suka taip entri masuk gambar dan publish. Kalau baca lah entri-entri awal dulu rasa nak menyorok bawah selimut, malu ya amat, bersepah entah apa-apa je, syok sendiri lah kan. Tapi dalam hati tu nak juga lah orang baca entri kita. Dan dari situlah ana mengenali Hasrulhassan.com belum lagi orangnya. 

Duk taip-taip lah di carian internet cara nak dapatkan pembaca blog, dari situ termasuk lah ke pautan-pautan Hasrulhassan.com ni sebabnya antara yang teratas di carian enjin untuk blog bahasa Melayu. Haa!! Dari situ lah ana tahu apa itu SEO, keywords, bagaimana nak tulis blog yang kemas, apa perlu ada pada sebuah blog dan macam-macam lagi. 

Try je lah ikut tutorial beliau satu persatu dan Alhamdulillah selepas mengaplikasikan hari demi hari jumlah pengunjung kian meningkat. Memang mujarab lah ilmu yang di turunkan. Terima kasih Tuan HH. Semoga perkongsian yang ilmu yang bermanfaat ini akan dikurniakan pahala yang berpanjangan, In Shaa Allah. 

Jadi korang jangan lah malas mempelajari ilmu-ilmu blogging ni. Benda-benda ni ana dapat percuma sahaja tanpa masuk mana-mana kelas berbayar kerana semuanya ada dan boleh di cari di blog Hasrulhassan.com . Perlu rajin dan aplikasi kannya setiap kali posting ,lambat laun korang akan nampak hasilnya. Happy blogging everyone . 

Giveaway Wang Tunai Dan Template Blogger Premium Giveaway Wang Tunai Dan Template Blogger Premium Reviewed by Ana Jingga on November 27, 2019 Rating: 5

16 comments:

Powered by Blogger.