Basic Homemade Chocolate - DIY coklat
Homemade Coklat |
Bersempena cuti sekolah dah bermula ni...ana nak kongsi cara-cara buat basic chocolate atau asas paling ringkas nak buat coklat di rumah....nanti bolehlah ibu-ibu bermain coklat di dapur dengan anak-anak..memang menyeronokkan dan sukai anak-anak kita..
Bahan-bahan yang perlu ada ialah coklat kompaun .. ana guna Beryl's Dark Chocolate Compound,acuan coklat,piping bag dan peti sejuklah....kalau tak ada memang tak boleh bekukan...
Dark compound coklat |
Sekeping kompaun coklat ini beratnya 1 kilogram dan dengan acuan bunga dan daun yang ana gunakan boleh dapat dalam 60 biji coklat...Kalau disini harganya sekitar RM13.50 sekeping...
Kompaun coklat tadi ana potong kepada kepingan-kepingan kecil untuk mempercepatkan proses pencairannya...
Dengan teknik double-boiling kita panaskan dahulu air di bahagian bawah periuk ,bila mendidih matikan api atau kecilkan sangat perlahan apinya dan kacau di bahagian mangkuk atas berisi coklat..
Pastikan kita terus mengacau dengan menggunakan whisk atau spatula sehingga coklat cair dan berkilat sepenuhnya...kemudian isikan segera ke dalam piping bag kerana coklat cepat membeku...
Pipekan ke dalam acuan dengan pantas dan sehingga penuh.... sekiranya ingin menambah kekacang atau inti ...kita pipekan separuh, letak kacang atau badam kemudian pipekan semula di atasnya....kali ini ana tidak meletakkan sebarang kekacang..hanya coklat sahaja...
Padatkan isian dengan menghentak-hentak perlahan acuan coklat dan dengan menggunakan scrapers plastik ratakan isian acuan tadi supaya tidak ada lebihan coklat yang akan membeku...Masukkan ke dalam freezer dan biarkan beku dalam 10-15 minit...
Bila telah beku bolehlah terbalikkan acauan ke dalam dulang dan coklat telah siap sepenuhnya..
Homemade Coklat |
Untuk kelihatan lebih menarik bolehlah alaskan coklat dengan kertas cupcake yang sesuai...
~Selamat mencuba~
10 Comments
salam kenal...thanks sharing....boleh la wawa buat untuk doorgift majlis akad nikah nanti
ReplyDeletesalam kenal.. dah follow n klik tabung churp2.
ReplyDeletebtw.. nice kan kalau buat coklat sendiri.. puas makan.. nak buat niaga pon ok jugak ni.. :)
tqvm wawa syaida & siti alfakhishah aman: semoga apa yg ana kongsikan memberi manfaat kepada semua...In Shaa Allah..
ReplyDeletesedapnyaa
ReplyDeleteamboi rajinnya kak ana.. lilynn dh lame tak buat.. acuan rose kita sama , daun tak der.. hihi.. lilynn suke peppermint , selalu bt coklat mesti put mint dan mesti beli beryls white milky compund sbb nak buat kalerful .. hahaha..
ReplyDeletesama ye Lilynn acuan rose kita next time lilynn buat update kay kak ana nk belajar yg ada peppermint punya pula..
Deleteyum3..nk ckit sis..
ReplyDelete..xpnh t coklat gini..adik je yg rajin buat..akk ni rajin makan je..hehe
ReplyDeletesimple. next time nak buat sendiri untuk snek2 kat umah.
ReplyDeletetq Acik Riotaro, Zira Aziz dan Ezelovesse7en : ana kongsi utk manfaat bersama...
ReplyDelete