Tersenarai antara 40 Malaysia's Best Food Blogs
Kak ana memang suka menulis mengenai makanan, resepi dan tempat makan. Bukan apa, ini antara content yang selamat pada kak ana jauh dari segala unsur aib dan fitnah. Kalau kak ana share tempat makan pun , yang best-best sahaja yang akan kak ana terbitkan, kalau yang tak berapa baik tu lebih elok kita bagitau sahaja pada peniaga dan mungkin mereka boleh perbaikinya..
Ada juga review berbayar yang kak ana terbit kan, kalau menu nya sedap pada selera , kak ana akan highligt dan sebaliknya kalau tak kena dengan selera kak ana mungkin sedap pada orang lain. Selera kita kan berbeza, jadi raikan perbezaan dengan cara yang terbaik. Tak perlu lah nak viral-viral benda tak elok kerana setiap huruf yang kita taip pasti akan melalui audit akhirat.. hati-hati lah kita semua naa,,
Paling tidak pun mudah lah untuk carian internet dengan adanya list up dari laman web mereka ini untuk carian Malaysia's Best Food Blogs , ye dak. Ada juga yang menghargai terbitan kita dan diberikan juga satu back link ke blog kak ana di kolum list mereka. Thank you so much CozyBerries.com.
Turut tersenarai beberapa nama blogger hebat Malaysia yang kak ana kenali antaranya Amie's Little Kitchen, Mahamahu.com , Afzal Sukasuki.com, Alam Sari Di Tanah Jauhar dan beberapa lagi kenalan blogger berbahasa Inggeris. Korang bolehbaca di pautan 40 Malaysia's Best FoodBlogs .
Semoga setiap tulisan yang kak ana terbitkan ada manfaatnya sesama manusia dan kak ana sentiasa berusaha menjaga bait bait tulisan dan gambar semoga sentiasa di dalam redha Allah swt jauh dari segala keburukan dunia akhirat, aamiin.
6 Comments
Tahniah kak, semoga terus sukses di dalam dunia blogging
ReplyDeletetahniah AJ
ReplyDeleteAlhamdulillah tahniah Kak Ana 💐
ReplyDeleteTumpang bangga dengan pencapaian kawan-kawan:)
Wah tahniah :)
ReplyDeleteTahniah, Kak AJ. Semoga terus konsisten menulis di blog.
ReplyDeleteMemang kak, kalo tulis ulasan makanan dan minuman itu harus bijak. Kalo enak bisa, tapi kalo tak sedap janganlah, takut mematikan rejeki orang. Salam kenal
ReplyDelete