Cendol Bakar - Kuala Selangor
Cendol Bakar,Kuala Selangor |
Gerai ini terletak di Kampung Assam Jawa, Kuala Selangor... ana datang dari Rawang melalui Latar dan keluar di Ijok sebelum simpang Kuala Selangor tu sebelah kanan jalan ada tertera Cendol Bakar... kalau nak cepat atau memang target sekadar nak minum cendol sahaja lebih baik drive-thru bukan sahaja cepat dan dah tentu tak lari budget...sebab kat sini kalau singgah dan duduk minum macam-macam juadah ada dijual disini...rambang mata...
Tempat makan dan minum kat sini dengan konsep pondok dari atap dan terdapat macam-macam juadah sampingan dijual dalam bentuk stall-stall kecil...dari laksa,nasi ayam,rojak,pondok durian yang menjual makanan berasaskan durian seperti durian crepe ,aiskrim durian,kek durian dan sebagainya,kepak ayam madu,coconut shake dan serbaneka lagilah...
Antara gerai yang menjual kepak ayam bakar dan aiskrim goreng.. |
Tapi daya tarikan utama kat sini sudah pastilah cendolnya... dijual dalam pelbagai variasi dengan pilihan harga mengikut kandungannya... macam-macam pembaharuan dalam kombinasi rasa cendol dijual disini..
Tengahari itu kami cuma minum cendol VIP dengan harga RM2 semangkuk...rasanya macam cendol ditempat lain tapi memang cukup lemak dan manis serta cendol yang enak tidak ada rasa pahit ..dicampur dengan nata de coco serta jagung menambah perisa lagi...
Sempat juga membeli durian crepe pada harga Rm12 untuk 6 ketul..memang agak besar dan padat isinya dan sangat lazat bagi penggemar durian...sayangnya ana kurang minat makan durian...
Anak-anak juga memcuba kepak ayam panggang madu dengan harga RM10 satu set 5 ketul atau RM 2 seketul....nama lagi ayam madu pasti rasanya manis bermadu...
Bagi rakan blogger dan mereka yang melalui jalan Ijok ke Kuala Selangor ini boleh singgah untuk mencuba cendol bakar disini dan waktu perniagaan sehingga 7 malam bergantung kepada stok..sekiranya dah habis atau tidak beroperasi papan tanda tutup akan dinaikkan di tepi jalan...
Sekadar perkongsian
8 Comments
wah..menarik tempat nie..dari dulu nak datang tapi tak kesampaian...
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
Azlan Strider : kalau lalu area kuala selangor tu boleh le singgah2.... tq..
Deletesalam.. penah tengok tempat ni dlam tv..
ReplyDeletecendoi ada drive true.. hebat :)
tu lah Sobri Yaacob: advance sekarang ni..drive thru lagi...
Deleteika pernah lalu ke cendol bakar ni tapi tak pernah singgah....
ReplyDeleteone day try singgah ye... tq Affy Afiqah..
Deletesis ana.. nmpk cendol bakar ni tp blum brkesempatan nak cube..
ReplyDeleteNak try lah nanti..tak berkesempatan nak pergi sini lagi
ReplyDelete