Catatan akhir 2013
31 Disember 2013...melabuhkan tirai sepanjang tahun dengan seribu satu kisah suka duka bernama manusia di dalam melewati garis-garis usia...ada kisah yang di kongsi bersama dan ada kisah yang milik peribadi si penama...ribuan manusia yang pernah singgah di ruang maya ini dengan pelbagai tujuan .... mungkin bertemu dengan apa yang di cari ...mungkin sekadar singgah menyapa...dan paling indah bila ruang maya ini kita jalinkan silatur rahim sesama insan....
Ana catatkan secebis dari rentetan perjalanan hidup yang mungkin dapat memberi manfaat kepada orang lain dengan niat yang luhur sekadar perkongsian...Yang baik semua datang dari Allah swt dan tidak itu kerana kekerdilan ana sebagai hambaNya jua...
Selamat menyambut tahun baru Masihi 2014 buat semua rakan-rakan blogger yang sentiasa bersama mengikuti catatan-catatan di sini...yang pernah berkongsi kisah dan keindahan bersama disini dan yang telah menjalinkan ikatan persahabatan dan ukhuwah disini...
Semoga kehadiran 2014 ini nanti akan membawa seribu lagi kemanisan kita berbicara didalam arena yang bisu menarikan nukilan-nukilan yang baru di samping mendapat keredhaan dan pahala yang berpanjangan dariNya jua...
Andainya ada catatan jemari ana yang pernah mengguris hati , kemaafan jua yang ana pohonkan kerana ana menulis dari pengalaman peribadi sendiri dan pasti ada kelemahan yang terselit di celah-celah kata-kata yang tersurat.....salam kemaafan dari ana..
Di akhir bicara...syukur ke hadratNya di atas segala yang telah kita nikmati bersama di atas mukabumi ini dan teruskan silatur rahim ini selamanya....
Kasih sayang buat adik-adik kesayangan yang bertaut di hati meskipun tanpa bersua dan bicara...
LilynnSham (Si Ratu Di Hati Si Dia)
Zahidi Zakariya (EDTV)
Fuza Musa (Sulaman Lace Heaven)
Rojak Somtam
Liza Izara Fazriel Fahmi
Adrianna Syaz (with or without you)
21 Comments
terharu rasanyer kak ana mention nama.. semoga perhubungan maya ni kekal.. harap dpt jumpe kak ana.. nanti.. :) u such a great sister kak ana!!!
ReplyDeletekak ana.. best!!
ReplyDeleteWah..akk..ada nama sya..wuu..sya pun terharu ni..akk..i luv very the much..hehe ^_^
ReplyDeleteTerima kasih kak. Biar jauh di mata, dekat di maya.. Hehe..
ReplyDeleteselamat tahun baru :)
ReplyDeletesemoga tahun baru yang bakal datang (malam ni) akan mencatat kenangan yang teindah buat mu kak ana dan keluarga tercinta..
ReplyDeletethank you so much kerana masih bersama di laman blog ini..sama-sama kita mencipta ukhuwah sesama insan disamping berkongsi info bermanfaat kepada semua..Heppi New Year 2014
ReplyDeletemoga thn baru memberi pengisian yg bermakna
ReplyDeleteterima kasih Yumida Huda: banyak belajar dunia blog dari Yumida...tqvm
DeleteSelamat tahun baru 2014 AJ....komen terakhir dr Okje untuk tahun ni....hehe...
ReplyDeletetq dan selamat tahun baru buat OKje juga..
Deleteselamat tahun baru sis..
ReplyDeletesmoga pa yg kita impikan akan tercapai pada tahun 2014 :)
terima kasih Sobri Yaacob..antara blogger yang rajin update entri2 menarik..keep blogging ..
DeleteHappy new year ana jingga =)
ReplyDeletetq Masihasulaimi....happy new year to you too..
DeleteKAK ANA!!!!!! TERHARUNYAAAA...... SAYANG KAK ANA SANGAT-SANGAT TAU. NANTI KALAU SY PG KL KITA JUMPA YE KAK ANA :) NGN KAK LILY SEKALI. KALAU TAK ADA ARAL MELINTANG INSHA ALLAH PASTI JUMPA. TAK SABAR!!!
ReplyDeletesalah seorang adik kesayangan bersama Lilynnsham..sayang dua2nya sangat2..semoga Liza dan Akim sihat2 berbahagia sentiasa disepanjang 2014..Insha Allah ada rezeki kita bersua jua..
Deleteselamat tahun baru
ReplyDeleteterima kasih wanie ou..dan selamat tahun baru juga..
Deletesalam ceria dan selamat tahun baru...
ReplyDeleteterima kasih Zila,selamat tahun baru juga buat zila..
Delete