Perhatian !!! 

INFO TERKINI TENTANG KAD DISKAUN KTM i-CARD SILA KLIK : -> SINI

Kad diskaun KTM untuk pelajar IPT

Memandangkan kak long kini menuntut di Uitm Tapah, salah satu kemudahan pengangkutan awam yang boleh dinaikinya untuk balik ke Kuala Lumpur atau terus ke Rawang ialah KTM Intercity dan ETS. Pihak KTMB telah memberikan surat tawaran untuk pelajar memiliki kad diskaun KTM iCard yang memberikan potongan harga 50% untuk harga tiket bagi pemegang kad.

Untuk mendapatkan kad KTM i-card ini, kami telah ke KL Sentral dan membuat permohonan di aras satu kaunter tiket KTMB.

Kaunter tiket KTMB di KL Sentral

KTMB i-Card Student

1. Pelajar kolej/universiti di Malaysia.

2. Yuran tahunan RM30.00.

3. Surat pengesahan pelajar dari kolej/universiti mesti disertakan.


Dimana boleh memohon KTMB i-Card

Kaunter tiket KTMB

1. Pemohon mesti mengisi Borang Permohonan Kad KTM i-Card.

2. Yuran keahlian mesti dibayar secara tunai atau menggunakan kad kredit (di kaunter tiket terpilih sahaja).

3. Resit bayaran akan dikeluarkan kepada setiap pelanggan .

4. Pemohon mesti memastikan semua maklumat dalam resit adalah betul dan lengkap.

5. Resit bayaran boleh digunakan oleh pemohon (dalam masa 30 hari dari tarikh dikeluarkan) untuk mendapatkan keistimewaan. 

6. Pemohon mendapat kad KTM i-Card serta-merta bagi permohonan yang dibuat di Kaunter Kad Diskaun Sentral KL.

Bagi pelajar yang menuntut di IPT yang berhampiran dengan kemudahan KTMB bolehlah memiliki kad diskaun ini dengan yuran tahunan sebanyak RM30 setahun sementara dapat membeli tiket dengan separuh dari harga tiket untuk satu destinasi perjalanan.


~berkongsi info disini~