Fiske Steakhouse - Au Keramat

 

Fiske Steakhouse, AU Keramat (Foto Google Image)

Sementara Kak Long cuti sem ni lagi, kami ke Keramat minggu lepas untuk ke rumah sepupu yang baru berpindah.Sambil tu, Kak Long buat permintaan nak makan 'western food'.Pusing-pusing sekitar AU Keramat, kami singgah di Fiske Steakhouse yang terletak di Medan Selera berhadapan Sapura, belakang Balai Polis AU2. Walaupun ianya terletak di Medan Selera, Fiske Steakhouse merupakan ruang makan berhawa dingin di dalam satu blok bangunan di hadapan Medan Selera ini.

Ana mencuba Spaghetti Bolognese, Kak Long makan Chicken Chop, Adik pula Chicken Grill tetapi suami ana memilih untuk makan menu masakan Melayu set asam pedas.Apabila hidangan tersedia di atas meja, kami menjamu selera dan Alhamdulillah tidak rugi mencuba menu-menu disini kerana ianya sangat enak dan kena dengan selera kami berempat.

Chicken Chop

Chicken Grill

Spaghetti Bolognese

Hidanagn set asam pedas daging tetel menu pilihan suami tak sempat nak ambil gambarnya, namun ia di hidangkan secara set bersama nasi putih,telur masin, sambal belacan dan ulaman termasuk segelas sirap bandung dengan harga RM12. Harga untuk menu-menu western di atas juga sangat berpatutan dan sajiannya mengenyangkan.

Sekiranya berada di sekitar Keramat dan ingin mencuba makanan Barat bolehlah singgah ke Fiske Steakhouse.Kalau tak salah ana, ianya dibuka disebelah petang hingga ke malam tak berapa pasti.


~berkongsi tempat makan menarik disini~

20 Comments

  1. Chicken Grill tu nampak sedap dan portionnya besar dan side dish punya amount pun banyak. RM baper tu K. Ana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap dan kenalah dengan selera kak ana Mrs.A,portionnya pun besar dan mengenyangkan dengan side dish, harga kalau tak salah kak ana RM13.90.. :)

      Delete
  2. salams rindu kak ana...lama betul saya tak bw baca kat sini:)
    kak, nampak semua sedappppppppp:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah rindu dengan Mieja, lama kak ana tak ke sana ye hehe..sedap tu Mieja :)

      Delete
  3. kak ana.. mama datang ni.. amboi, sedapnya kak anak.. mama tak penah makan tetel.. apa tu tetel? hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama mama tak singgah jengok kak ana ni..erm daging tetel tu daging cincang mama, campur-campur bahagian-bahagian daging lembu yang dipotong kecil-kecil termasuklah lelemaknya tu hehe :)

      Delete
  4. Chicken grill tu nampak menyelerakan sangat! :)

    ReplyDelete
  5. Wahhhh semua nampak sedapp kak Ana..

    ReplyDelete
  6. alahai. tengahari terbaca pasal ni. memang terliur la kak ana

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha 'wrong timing ' ye aRz, tak pe nanti pi cari kat area2 dekat rumah aRz..:)

      Delete
  7. keramat?? dekat dah dengan rumah kawan anis.. kalau dtg sane nanti nak pakse dia makan kat sini..hahah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah dekat area keramat lah anizz, nanti ajak kawan anizz makan2 kat sini kay :)

      Delete
  8. adduiiii...tgk makanan pepagi nii...

    ReplyDelete
  9. Fiske Steakhouse au2 keramat ni masih ada lagi kn ? ingt nk pergi mlm ni .. Heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada lagi Emiy baru beberapa minggu lepas lalu sana :)

      Delete