Sengkuang Calit
Sengkuang Calit |
Siapa pernah makan sengkuang calit sos manis ni ?? Makanan ni mengingatkan ana pada zaman sekolah rendah dahulu, ketika pulang dari sekolah sementara menunggu bas sekolah sampai, ada seorang kakak ni menjual sengkuang calit dengan sos merah dan ditaburkan kacang goreng.
Sengkuang tu tambah sedap bila disimpan dalam bekas ais, sejuk dan rangup je bila dimakan.Baru-baru ni, ketika lepak malam di Gerbang Malam, Teluk Intan, ana terjumpa seorang adik menjual sengkuang calit ni dengan harga RM1 sekeping.Jika dahulu harganya hanya 10sen sekeping..itu dahulu..kan.. Tapi sekarang ni, kepingannya besar dan bebaloi lah.Ana beli dan berikan anak-anak merasainya dan mereka suka.
Sebenarnya puas juga menGoogle mencari bahan untuk membuat sos merah yang dicalitkan pada sengkuang tu.Bukan apa tentu lebih puas kalau buat sendiri kerana sengkuang mudah didapati dan murah saja harganya.Namun kebanyakan blog tidak ada resepi khusus untuk membuat sosnya sebaliknya mereka membeli yang 'ready made' dari kedai. Ada juga yang mengatakan ia dibuat dari taucu manis.Sekiranya ada pembaca yang singgah tahu resepi sos merah sengkuang ni bolehlah kongsikan dengan ana di ruang komen.Teringin sangat nak buat sendiri sosnya..
33 Comments
Kak Ana.. mak mentua saya tau buat kuah tu. Rasanya dia campurkan taucu, kicap manis, gula merah dan serbuk cili. masak sekali semua tu je lama2 sehingga pekat. nanti saya cuba tanya kan lagi heehee
ReplyDeletelaa ye ke Eny, nanti share kan kat blog Eny ye, kak ana nak sangat resepi tu hehe :) tak sabar ni..
Deleteacik suka sangat ni ana..dah tua ni baru acik tau..kecik2 dulu tak jumpa pulak..sedap rangup kan
ReplyDeletehehe tak kiralah acik, dulu ke sekarang ke tapi memang krup krup makan kan sedap :)
Deletekak ana saya tak pandai makan.....uhukkkkk
ReplyDeleteerm nanti kalau jumpa cuba Mieja try beli dan rasa hehe :)
DeleteDiana, kak ana ingatkan sosnya buat dari tomato puri sebab ada masam2 sikit kan..:)
ReplyDeletex penah pula makan sengkuang calit..tapi nampak best la
ReplyDeletemungkin di Sabah belum ada yang buat ni wana, cubalah cuma kena cari sosnya tu :)
DeleteBenda baru ni. Nampak menarik. Thanks for sharing ya kak
ReplyDeletebaru bagi PB tapi once upon a time buat kak ana hehe :)
Deletesnack zaman sekolah ni !!
ReplyDeleteKan SS, zaman ana era 1990an hehe :)
Deletesedap kalau terus makan... kalau biar sekejap, da kurang umph sbb air sengkuang da keluar ;)
ReplyDeletebetul tu lia, kalau biar lama dah tak rangup dah kan.. :)
Deletesaya pun ada beli kat tempat saya baru2 ni
ReplyDeletememang sedap rasa dia
zaman sekolah saya dulu takde
zaman sekolah rendah saya tahun 80 an
suka makan jeruk kulit mangga
sekarang dah takde :)
jeruk kulit mangga erm ada juga makan sekarang dah 'rare' dah kan Tihara..:)
DeleteAna..thanks for posting sengkuang calit ni. Nolstalgia makanan ni. Bayangkan kak start makan benda ni dikantin sekolah masa darjah satu tahun 1969 dulu kala. Sangat2 feveret. Sekeping 5 sen. Sengkuang pun besar & juicy, pedas manis cukup lemak dengan kacang goreng tabur atas...Sos dia dulu beli dikedai. Orang panggil sos rojak Satu sos manis pedas dan satu sos masam sikit. Sampai sekarang sos tu masih ada jual lagi dalam balang plastik. Namun rasa sos sekarang sudah tidak sesedap dulu lagi...
ReplyDeletelama dah tu Kak Mala, era sengkuang calit ni kan, ana mula kenal makan ni era 90an dahulu.. masalahnya tu lah payah nak jumpa yang jual sos ready made tu, masih tercari-caru resepinya.. sama-sama Kak Mala, apa yang ada ana kongsikan disini sambil menjalin ikatan ukhwah :)
DeleteKat sekolah anak Mrs. A sekarang ni memang ada lagi sengkuang calit
ReplyDeleteselalunya mereka jual di sekolah kan Mrs.A.. sedap makan time panas-panas cuaca ni :)
Deleteperghhh bergenang air liur saya kak ana, heeee~
ReplyDeleteerm macam mana nak buat ni eMMe, nanti mengidam pula adik kak ana ni hehe :)
Deletepernah try skali masa kt padg mainan..bleh thn ok gak,,
ReplyDeletekena makan time tu gak Sha, baru rangup hehe :)
Deletesedap tu.. dah lama tak makan sengkuang macam tu..
ReplyDeleteerm sedapkan cik Zaza..:)
Deletesuka mkn juga.. dulu kecik2 byk org jual ni. kalau gerai jual abc, mst ada jual laksa n sengkuang calit ni. kira package lah..
ReplyDeletedone follow #779
zinziemeewah
oo ye ke, ada pekej pulak gerai abc tu kan..tq so much norsalihah sudi following disini :)
DeleteAssalam Nak dapatkan sos merah sengkuang calit ori sila layari http://agrinurfoodindustries.blogspot.com/
ReplyDeleteTq :)
DeleteMne nk beli sos sengkuang calit nie ngan kacang goreng tuh...nak 1je...
ReplyDeletetu lah ana pun tak pasti mana nak beli Mohd Faizal :)
Delete