Taman Metropolitan, Kepong.


taman layang-layang metropolitan kepong

Selalunya ana lalu lalang sahaja melihat ramai pengunjung beriadah di sekitar Taman Metropolitan, Kepong.Kali ini, anak-anak mengajak singgah untuk melihat sendiri kemeriahan sekitar taman.Taman Metropolitan , Kepong ini juga dikenali sebagai Taman Layang-layang kerana setiap hujung minggu, kawasan padang taman dipenuhi dengan aktiviti permainan layang-layang.Dipintu masuk taman sahaja, berderetan jualan layang-layang pelbagai saiz,warna dan corak dijual disini.


Selain bermain layang-layang bersama keluarga ,ada juga anak-anak bermain 'giant bubble' yang boleh disewa.Terdapat juga trek untuk berjogging, mengayuh basikal dan sebagainya di sekitar taman.Memandangkan taman ini satu-satunya kawasan rekreasi yang paling hampir dengan Kepong, Selayang dan Batu Caves, setiap hujung minggu pasti ramai yang datang beriadah.Masalah utama ialah kekurangan tempat parkir kereta sehingga ramai diantara pengunjung meletakkan kenderaan berlapis-lapis di tepi lebuhraya MRR2 yang pada ana agak berbahaya.


Disebelah belakang taman layang-layang, terdapat sebuah tasik rekreasi yang luas. Kelihatan ramai juga pemancing meletakkan joran di sekitar tasik.Pemandangan tasik sangat luas saujana mata memandang, cuma persekitaran yang agak tercemar dengan pengunjung yang ramai membuang sampah di tempat yang tidak sepatutnya.Inilah penyakit sosial dikalangan pengunjung taman-taman rekreasi yang tidak peka dengan kebersihan kawasan.








Sebenarnya banyak terdapat tempat rekreasi yang disediakan oleh pihak yang berwajib untuk kemudahan orang awam, cuma kita sebagai pengunjung perlu mendispilinkan diri dan mendidik anak-anak tentang tanggung jawab sosial menjaga kebersihahan tempat-tempat awam.Taman Layang-layang Metropolitan, Kepong merupakan sebuah taman yang seronok untuk dikunjungi bersama keluarga dihujung minggu.Berbagai-bagai aktiviti boleh dilakukan disini cuma pastikan datang awal untuk meletakkan kenderaan di tempat parkir yang disediakan.Kalau lewat , memang ramai yang akan meletakkan kenderaan di tepian MRR2 yang sibuk dengan lalu lintas.


~berkongsi tempat menarik disini~

32 Comments

  1. Memang cantik pemandangan sekitar taman ni kan Kak.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik wana sesuai untuk beriadah bersama keluarga :)

      Delete
  2. Salam. Hee cantik layang-layang warna warni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. beraneka warna dan bentuk yang cantik dipandang :)

      Delete
  3. Seronok sangat tengok layang-layang terbang tinggi

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak juga lelayang yang terputus talinya Zila..:)

      Delete
  4. Seronoknya bila tengok layang-layang terbang tinggi. Tentu angin kuat kat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepi lebuhraya padangnya Mrs A, angin agak kuat untuk menarikan lelayang berterbangan di angkasa :)

      Delete
  5. assalamualaiakum ana...cantik tempat ni...dulu sekali mama pernah ke sini masa anak mama duduk kat rawang...jenjalan ke sini...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam mama, pernah sampai dah ye, erm rawang tu tempat tinggal ana lah mama , :)

      Delete
  6. Selalu lalu je kat sini tak pernah singgah. CP selalu guna MRR2 kalau nak ke rumah adik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. MRR2 memang laluan utama kan CP, kalau biasa melaluinya di daerah Kepong, pastu melewati taman lelayang ni :)

      Delete
  7. salam singgah tengok Ana main layang2 bersama anak2 dan follow sekali cantik pemandangan kalau ada tasik macm tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Nooriah Abdullah sudi follow disini, akan ana jejaki nanti, In shaa Allah :)

      Delete
  8. Salam Kak Ana, dok area Kepong ek...alaa.. ape ek name ade taman rekreasi kat area Selayang kalo tak silap... ade gak taman utk main layang2... Selayang ke ? Aduh hilang ingatan lak saya kak, heeee~ tapi sesuai laa utk bwk anak jenjalan... sambil tu mak pak leh joging kan, kan... aktiviti sihat kan.. di hujung minggu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana area Rawang eMMe, Selayang ada taman rekreasi juga ke, tak perasan lak kak ana, kalau ada pun di FRIM tu atau mandi manda di Ulu Yam.. :)

      Delete
  9. salams kak ana, meriahnyaaaaaa........seronok kalau dapat main layang2:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam Mieja, memang meriah sangat hujung minggu disini :)

      Delete
  10. cantik lokasi untuk beriada sambil bermain wau ya kak ana

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesuai sangat aRz, kalau ada anak-anak kecil seonok juga bermain wau kecik2 ni hehe :)

      Delete
  11. Replies
    1. best Anizz makan angin... :) jangan kembung dah hehe

      Delete
  12. seronok menghabiskan masa di sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok bersama keluarga di hujung minggu salmiah :)

      Delete
  13. wah, teringat dulu saya pergi Festival layang-layang. Tapi di Johor :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tu mesti lagi meriah sakinah, kat sini lelayang kecil2 je ada..:)

      Delete
  14. dah lama tak main layang-layang... kalau main tepi bendang best kan kak Ana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh gak Eny,kalau yang tinggal kat bendang tu mesti petang2 lepak tepi bendang main lelayang kan... :)

      Delete
  15. Replies
    1. terima kasih lovelywa, gambar dari sebuah smartphone sahaja.. :)

      Delete