Bunga Apa Ni ??
Nampaklah pula buahnya .. inilah bunga belimbing buluh. Balik kampung hari tu, lebat sungguh bunga dan buahnya di belakang rumah mak. Comel bunga-bunganya yang berwarna merah kecil-kecil.
Buah belimbing buluh sangat masam rasanya.Selalunya ana akan masak lemak dengan telur itik atau pun sambal tumis dengan ikan bilis sebagai menu.Ada juga yang makan sebegitu sahaja dengan mencicah garam. Memang penggemar asam yang tegar sahaja boleh makan mentah macam tu.
Mak ana selalunya akan menjeruk buah belimbing buluh ni untuk dijadikan salah satu bahan didalam masakan acar buah.Ini kerana , mak sering kali memasak acar buah untuk majlis perkahwinan saudara-mara sebagai juadah tambahan.
Buah Belimbing Buluh |
~berkongsi kisah bunga dan buah belimbing buluh disini~
28 Comments
Akk..dlu sya pun suka amik belimbing ni mkn dgn garam..sedap..hehe..tp skrg mcm ssh sgt nk jmpk pkkoknya..huhu
ReplyDeleteKalau di bandar payah dah nak jumpa pokok ni Yana, tapi di kampung2 masih banyak, belakang rumah kak ana ada pokok je buah tak ada langsung dah bertahun dah hihi :)
Deletewah dah lama benau tak makan belimbing hehehe
ReplyDeletebelimbing betul tu sedaplah Sayidah, kalau hat ni memang masam ya amat lah hihi :)
Deletebelimbing pucung kata orang brunei Ana banyak kat umah kaknoor ni
ReplyDeleteOo belimbing pucung panggilan orang Brunei ye Kak Noor, mesti Kak Noor banyak menu yang lazat2 untuk buah belimbing ni kan :)
Deletewahhh. hahaha dulu kecik kecik kt kg selalu petik buah ni buat makan. sekarang dah takde dah :(
ReplyDeletekuat makan asam rupanya Sakinah Kamal ni ye.. :) hehe
Deletenenek nani ada pokok belimbing buluh ni belakang rumah ^^^
ReplyDeleteerm kat kampung memang banyak lagi Nani pokok belimbing buluh ni.
Deletelamanya wana tak makan belimbing ni..
ReplyDeleteWana suka ke makan buah belimbing buluh ni, masam ni kan :0
Deletekecur tengok buah ni
ReplyDeletemasam kan eyna :(
Deleterindu zaman dahulu kala curi-curi petik buah belimbing belakang rumah jiran haha
ReplyDeletehaha nakal ye Pojie, biasalah zaman kanak-kanak kan, pasti antara memori terindah sepanjang kenangan kan hihi :)
Deletesinggah balik ^^
ReplyDeletedone follow ;)
terima kasih Intan Safiya Nor Azuairi :)
DeleteAkak baru menuai belimbing nì..
ReplyDeletehaha menuai ye SS..banyak tu.. :)
Deletebunga belimbing buluh.. saya ada ambil gambar buah belimbing ni kat rumah mentua.. nanti saya share hehehe...
ReplyDeleteOk Eny kak ana tunggu entri eny nanti :)
DeleteKecur air liur....nad suka masak lemak ikan dengan belimbing ni..
ReplyDeleteKan Nad, memang kecuq tengok buah asam ni, betul tu boleh gak masak lemak dengan ikan .
Deletebuah belimbing buluh ... serius kecur air liur
ReplyDeletebetul Lela, kak ana pun peminat asam tapi buah ni memang kak ana kalah nak makan macam tu :(
Deletedulu suka main msk2 dgn daun belimbing ni..hehe
ReplyDeletehaha main masak2 dekat pondok kan Dayah :) mesti comel masa tu.
Delete