Untuk kali ketiga, kak ana terbitkan entri Liebster Award buat adik-adik blogger yang rajin tag kakak mereka ni.Terima kasih sangat-sangat sebab sekurang-kurangnya kak ana tahu ada orang yang ingat kak ana dalam entri mereka..

Yang pertama kak ana nak jawab soalan-soalan dari adinda  Adk Dayah , salah seorang adik manja dari group 'Let's Feed Exchange' kami.  Soalan-soalannya ialah : 

1.Pertama kali masuk blog Dayah, apa ekspresi anda?
Mula-mula kena bawa payung sebab kat sana hujan sepanjang tahun...hehe, sebuah blog yang sangat comel secomel tuan punya blognya..

2.Nyatakan kekurangan dan kelebihan blog Dayah?
Macam biasa bila kak ana singgah blog gadis-gadis remaja yang minat Korea ni, kekurangan dari segi saiz tulisan dan warna font yang kelabu..untuk kakak Dayah ni kena pakai spec baru jelas hihi, kelebihannya..rajin update entri dan cepat 'loading'..best sangat.

3.Sepanjang berblog, apakah pengalaman yang tidak dapat anda lupakan?
Ikatan silaturrahim yang kak ana jalinkan dengan sahabat-sahabat maya dari pelbagai latar belakang..sangat seronok dan terlalu menghargainya.

4.Bolehkah anda berkongsi serba sedikit tips untuk maju dalam dunia blogging?
Kak ana masih bertatih disini Dayah, namun menerusi 'Let's Feed Exchange' banyak yang kita pelajari dari mereka yang lebih arif seperti PCL, Lya dan Mommy Irra..Alhamdulillah kan..

5.Kongsikan pengalaman yang sukar dilupakan sepanjang hidup anda?
Wow banyak nak cerita namun satu yang paling sukar dilupakan ialah ketika di zaman persekolahan, semuanya manis-manis dan indah-indah kan .

6.Apakah peristiwa yang paling melucukan yang pernah anda lalui?
Banyak gak Dayah, salah satunya bila tersalah buka pintu kereta orang lain yang sama warna dan jenis, kat RnR ,nasib baik famili dalam tu, buat selamba je 'said sorry' hehe ..

 Ok Dayah, selesai hutang kak ana dengan Dayah hari ni..


Tag yang kedua dari adik manis Sayidah Napisah .Terima kasih tag kak ana dan maaf sangat baru dapat kak ana menjawabnya ye :) Soalan-soalannya : 

* warna kegemaran anda? sebab ?
warna kegemaran kak ana ialah Ungu , sebab kak ana suka warna ungu.. :) 

* tempat yang paling ingin anda lawati? Berikan sebab.
Pastinya Tanah Suci Mekah, sebab disanalah tempat yang paling diimpikan oleh semua hambaNya kan :) 

* pendapat anda tentang blog saya ?
Simple dan comel, macam tuannya juga, blog penuh keceriaan.

* kahwin muda/kahwin awal. Komen ?
Soal kawin ni urusan dariNya, awal atau lambat adalah takdir dari Yang Maha  Esa.

* apakah perwatakan anda ?
Kak ana suka ceriakan suasana, happy kan.

* study last minit. Komen ?
Tak bagus sebenarnya, sebab banyak yang akan kita tertinggal.

* jika diberi peluang untuk menjadi seseorang dalam hidup. Siapakah seseorang itu dan sebab ?
Jadi siapa ye... erm entahlah Sayidah, tak pernah terfikir pula.. :) 

* macam mana boleh terjebak dengan dunia blog ni ? 
bermula dengan suka-suka berkongsi info kemudian menjadi satu keseronokan bila kita dapat membantu orang lain yang memerlukan info.

* apakah lelaki idaman anda ?
haha... suami kak ana lah, ayah kepada anak-anak kak ana,,dialah seadanya.. :) 

* baju kurung atau t-shirt. Mana yang lebih anda selesa memakainya ?
Dua-dua pun selesa, ikut majlis dan tempatnya..

Ok Sayidah, terima kasih sekali lagi sudi tag kak ana.Semoga kita terus menjalinkan ukhuwah di sini .

Dan kak ana hanya menjawab disini dan tidak ada 'tagging' atau soalan untuk rakan-rakan blogger yang lain, kay..

~Happy Blogging semua ~




9 Comments

  1. alhamdulillah semoga akak bhagia bersama suami dan keluarga akak hingga ke hujung nyawa amin :) terima kasih meluangkan masa utk menjawabnyyaa :D

    btw akak ditag disini http://memburucintamu.blogspot.com/2015/02/iphone-5s-giveaway-by-syafiqspecki.html :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin..In Shaa Allah Sayidah Napisah..tq so much :)

      Delete
  2. next time kalau salah masuk keta orang tu buat drama dulu seolah2 dia yang salah... dah tu mintak hampun mintak mahap lepas tu ajak datang rumah makan lepas tu suruh jadi follower blog... hahahahaha... giler punya cadangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang pasti kak ana tahu NA baca entri sampai habis, sebab tu boleh komen camni kan hehe..jangan Najib nak ajak datang rumah bahaya huhu :)

      Delete
  3. Haha..tak pe DR adik kita tu minta pendapat kita bagi seikhlasnya, sekadar pandangan peribadi kan.. :)

    ReplyDelete
  4. Mesti kak ana jalan laju je...tk tgk sapa kat dalam kete...terus buka pintu....

    Nad pun pernah kena cmtu...seb baik takda org dlm kete...hoho

    ReplyDelete
  5. haha lebih kuranglah Nad, malam masa tu kat RnR yang agak sesak juga..hehe..

    ReplyDelete
  6. done baca..hehe wow kak ana..terima kasih atas komen yang membina :) ok k lepas ni kena perbaiki lagi..sayang kak ana..thanks layan kerenah kami dua org..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. most welcome my dear, yang baik ambil je yang tak best abaikan sahaja, seronok mengenali dua orang gadis remaja yang bijak pandai seperti Dayah dan Kak Cik, Alhamdulillah.

      Delete