Menu Dari Nenas
Agar-agar nenas:
Agar-agar nenas |
Jiran ana sering kali memberi buah nenas madu yang dibawa dari kebun keluarga mereka di Johor Baharu. Minggu ini sahaja dia telah memberi ana dua biji buah nenas. Setakad ini pelbagai menu telah ana buat dari buah nenas seperti di makan mentah sebab ianya manis, dijadikan sayur lemak dengan ikan masin, dibuat pajeri, dijadikan jus nenas dan juga dibuat acar bersama timun.Semalam ana mendapat idea untuk mencampurkannya ke dalam agar-agar yang sedap dimakan ketika cuaca panas terik sekarang.Lalu terhasillah agar-agar nenas.
Buah nenas, ana potongkan dadu kecil-kecil. Didihkan sepeket agar-agar kering, masukkan gula. Kemudian masukkan nenas yang telah didadu sehingga agak lembut teksturnya.Akhir sekali masukkanlah satu tin susu cair dan matikan api. Tuang kedalam acuan dan sejukkan. Sedap di makan sejuk dengan rasa masam-manis dan lemak susu. Sangat mudah untuk disediakan.
~Selamat mencuba~
29 Comments
belum pernah kaknoor buat agar2 letak nenas ni boleh cuba suatu hari bila ada nenas yg banyakkk
ReplyDeletealahai kak noor, malulah ana dengan pakar masakan macam kak noor lagilah pandai mencipta resepi..hehe :)
Deletewahh bagi sini sikitt kak ana :D
ReplyDeleteok KC jap lagi kak ana hantar ye :)
DeleteSalam..
ReplyDeleteidea yang bagus ni...boleh buat nanti..pokok nenas ada dua pokok tu..
Waalaikumsalam Bunda, bolehlah kalau Bunda nak mencubanya :)
Deletenakk sikit kak na..hihi
ReplyDeleteOk nanti kak ana hantar ye Aniss kita tkar dengan putu bambu :)
Deletesedapnyaaa kak ana. nani pernah buat guna mangga yang kuning tu. sama jugak cara dengan kak ana tapi pakai agar agar yang kering tuu ^^
ReplyDeleteTu lah Nani, adjustkan saja resepi agar-agar ni sebab mudah dan ringkas kan,sedap pula tu :)
Deletemasa baca entri kak ana ...bab pajeri nenas tu buat air liur nak melelah..lamanya tak makqn pajeri.
ReplyDeletenanti suh mamaD buat pajeri nenas lepas ni PCL :)
Deletealahai pnas panas tengok pula agar agar nenas pergh memang sedap tak terkata
ReplyDeleteCik Puteri suka ni sebab lembut je kan hehe :)
DeleteSebelah tempat kak bila waktu kenduri ada yang buat manisan..masak nanas dengan air gula selain dibuat acar. Kak pula suka potong kecil2 masak dengan air, daun pandan dan gula. Bila sejuk taruh ais ketul. Sedap dan segar....
ReplyDeleteoo macam air nenas lah kiranya kan kak Mala, bolehlah lepas ni kalau jiran bagi nenas ana cuba resepi kak Mala pula nanti.
Deletemmmm.. sedapnya kak ana.... abah zizie selalu beli nanas sebab zizie suka makan nanas ngn rojak buah... hehe
ReplyDeletetu pun sedap gak ZZ makan dengan kuah rojak kan :)
DeleteWahh bestnyerrr nnt lya nak buat la ikut resipi kak ana hehehe ..tq tq tq
ReplyDeleteOk Lya senang sangat ni tak yah resepi pun boleh hehe:)
DeleteTiba2 tngat gulai lemak nenas ikan masin mak sy...bsok nk mnta mak masakla..hee
ReplyDeletealahai kesian nya Sham, erm memanglah masakan mak tetap nombor satu kan hehe :)
DeleteTQ ahmad :)
ReplyDeleteMakan sejuk-sejuk sedap ni. Kena pula cuaca panas sekarang. Nak sedap lagi letak ais krim.
ReplyDeleteerm memang sedap time panas2 ni CP :)
Deleteaku belum pernah nyobain dengan menu dari nanas ini :( pasti enak iya ?
ReplyDeleteenak sekali Ipah, boleh dicuba ya :)
DeleteFaveret saya juga kak Ana nenas ni.. masuk dalam apa pun semua saya suka hehehe..
ReplyDeletehaha Eny lagilah lebih kreatif dalam masakan ni :)
Delete