Agar-agar nenas:

resepi agar-agar nenas
Agar-agar nenas

Jiran ana sering kali memberi buah nenas madu yang dibawa dari kebun keluarga mereka di Johor Baharu. Minggu ini sahaja dia telah memberi ana dua biji buah nenas. Setakad ini pelbagai menu telah ana buat dari buah nenas seperti di makan mentah sebab ianya manis, dijadikan sayur lemak dengan ikan masin, dibuat pajeri, dijadikan jus nenas dan juga dibuat acar bersama timun.Semalam ana mendapat idea untuk mencampurkannya ke dalam agar-agar yang sedap dimakan ketika cuaca panas terik sekarang.Lalu terhasillah agar-agar nenas.


resepi agar-agar nenas


Buah nenas, ana potongkan dadu kecil-kecil. Didihkan sepeket agar-agar kering, masukkan gula. Kemudian masukkan nenas yang telah didadu sehingga agak lembut teksturnya.Akhir sekali masukkanlah satu tin susu cair dan matikan api. Tuang kedalam acuan dan sejukkan. Sedap di makan sejuk dengan rasa masam-manis dan lemak susu. Sangat mudah untuk disediakan.


~Selamat mencuba~

29 Comments

  1. belum pernah kaknoor buat agar2 letak nenas ni boleh cuba suatu hari bila ada nenas yg banyakkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai kak noor, malulah ana dengan pakar masakan macam kak noor lagilah pandai mencipta resepi..hehe :)

      Delete
  2. Salam..
    idea yang bagus ni...boleh buat nanti..pokok nenas ada dua pokok tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Bunda, bolehlah kalau Bunda nak mencubanya :)

      Delete
  3. Replies
    1. Ok nanti kak ana hantar ye Aniss kita tkar dengan putu bambu :)

      Delete
  4. sedapnyaaa kak ana. nani pernah buat guna mangga yang kuning tu. sama jugak cara dengan kak ana tapi pakai agar agar yang kering tuu ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah Nani, adjustkan saja resepi agar-agar ni sebab mudah dan ringkas kan,sedap pula tu :)

      Delete
  5. masa baca entri kak ana ...bab pajeri nenas tu buat air liur nak melelah..lamanya tak makqn pajeri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti suh mamaD buat pajeri nenas lepas ni PCL :)

      Delete
  6. alahai pnas panas tengok pula agar agar nenas pergh memang sedap tak terkata

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Puteri suka ni sebab lembut je kan hehe :)

      Delete
  7. Sebelah tempat kak bila waktu kenduri ada yang buat manisan..masak nanas dengan air gula selain dibuat acar. Kak pula suka potong kecil2 masak dengan air, daun pandan dan gula. Bila sejuk taruh ais ketul. Sedap dan segar....

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo macam air nenas lah kiranya kan kak Mala, bolehlah lepas ni kalau jiran bagi nenas ana cuba resepi kak Mala pula nanti.

      Delete
  8. mmmm.. sedapnya kak ana.... abah zizie selalu beli nanas sebab zizie suka makan nanas ngn rojak buah... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu pun sedap gak ZZ makan dengan kuah rojak kan :)

      Delete
  9. Wahh bestnyerrr nnt lya nak buat la ikut resipi kak ana hehehe ..tq tq tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok Lya senang sangat ni tak yah resepi pun boleh hehe:)

      Delete
  10. Tiba2 tngat gulai lemak nenas ikan masin mak sy...bsok nk mnta mak masakla..hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai kesian nya Sham, erm memanglah masakan mak tetap nombor satu kan hehe :)

      Delete
  11. Makan sejuk-sejuk sedap ni. Kena pula cuaca panas sekarang. Nak sedap lagi letak ais krim.

    ReplyDelete
  12. aku belum pernah nyobain dengan menu dari nanas ini :( pasti enak iya ?

    ReplyDelete
  13. Faveret saya juga kak Ana nenas ni.. masuk dalam apa pun semua saya suka hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha Eny lagilah lebih kreatif dalam masakan ni :)

      Delete