Pinggan Antik Mak
Corak Pinggan Lama:
Semalam sedang menghidang juadah makan tengahari di rumah mak ana di Teluk Intan, terpandang tiga dari beberapa biji pinggan yang digunakannya.Corak lama dan agak antik. Rumah mak ana memang sering menggunakan pinggan mangkuk tembikar lama.Bagi peminat barang-barang antik pasti suka untuk memiliki pinggan mangkuk corak lama sebegini.Banyak lagi sebenarnya pinggan mangkuk lama milik mak, dan masih lagi elok untuk digunakannya.Cuma yelah di rumah ni, mak tinggal berdua dengan abah, mereka gunakan mana yang ada sahaja, selebihnya tersimpan didalam almari, bila ramai baru digunakan.Sayang juga kebanyakkannya dah banyak yang sumbing atau retak
~berkongsi corak pinggan lama disini~
27 Comments
tengok corak pinggan ni mmg teringat kenduri gotong royong kat kampung... tp masih blh pakai
ReplyDeletewalau retak beribu.
Haha dulu-dulu memang pakai pinggan mangkuk tembikar bila kenduri kendara ni kan PCL.. :)
Deletekat kampong ada ni pinggan macam ni Ana, mmg antik dan cantik susah nk cari skrg
ReplyDeleteBetul tu Kak Noor, masih boleh digunakan lagi cuma dah tak lengkaplah setnya.. :)
Deleterumah wan nani ada lagi pinggan gini ^^
ReplyDeleteBiasanya rumah datok ke wan ke adalah lagi kan Nani.. dah 'rare' sangat corak pinggan sebegini.
DeleteCorak-corak yang memang vintage. Terimbau jugalah zaman dahulu kala. Sekarang pinggan bagai semua dah modern.
ReplyDeletepernah popular di zamannya dahulu Pojie,corak-corak sebegini :)
Deleteassalamualaikum ana...mmg cantik corak lama2 mcm ni...susah nak cari skg ni...:)
ReplyDeletewaalaikumsalam mama, kalau pengumpul koleksi antik pasti suka kan mama :)
Deletedi rumah arwah nenek ada tersimpan pinggan mangkuk antik macam ni..wana ada ambik buat kenangan :)
ReplyDeletekena ambil kan Wana simpan buat kenangan, mana tahu suatu hari nanti dah tak wujud dah corak2 sebegini :)
Deleterumh tok dayah bnyak lagi ni..dia syg bonar..hehe
ReplyDeletemestilah sayang, sekarang payah nak jumpa dah Dayah :)
Deletehaha takut lah pulak DR, yelah zaman kanak-kanak kan..memang nostalgia dah pinggan sebegini... :)
ReplyDeleteRumah Mak pun ada lagi sekeping dua... Klasik
ReplyDeleteKlasik kan Fuza, tak banyak dah ada lah sekeping dua yang tinggal.. :)
DeleteKat umh mak pun ada lg pnggan cmni akk..tambah yg berbjnga ros dgn corak itam tu..rasa macam blik kat zaman dulu2 pulak tgk pinggan mcm ni.hehe..lama x snggh blog akk..miss u akk..muah muah ^_^
ReplyDeleteWah adrianna syaz, welcome back my dear..rindunya dgn 'kisah hujan' Yana... tq so much miss you too :)
DeleteMak CP ada simpan lagi pinggan macam ni tapi tak banyak dah sebab banyak yang pecah..
ReplyDeleteMacam rumah mak kak ana jugalah CP adalah satu dua biji yang tinggal..lama dah ni .
Deletesy minat pinggan mangkuk antik ni...kat rmh nenek pn xnmpk dah...xtau dia simpan ktne atau byk daah pecah. dl xpndng sgt, tp skrg teringin mrmiliki plk....
ReplyDeletesamalah dZah, kalau dulu buat tak endah je pinggan mangkuk macam ni, tapi sekarang baru nampak keindahan barang-barang lama yang semakin lupus.
Deletefuh pinggan antik. kak lya mesti suka tengokni. saya pun tak ingat arwah mak saya impan atau tak. sejak ada cucu tukar ke pinggan plastik
ReplyDeletehaha senang kan pinggan plastik je aRz, sementara cik puteri nak membesar ni..ni pun bukan mak kak ana simpan, dah memang ada di rumahnya..:)
DeleteTahun lepas kak kepasar karat Alor Setar, terjumpa pingan dan piring lama...nostalgia betul..beli terus...murah2 ja..
ReplyDeletekalau jumpa bolehlah beli kan kak Mala, buat koleksi pun cantik gak ni :)
Delete