Corak Pinggan Lama:

Semalam sedang menghidang juadah makan tengahari di rumah mak ana di Teluk Intan, terpandang tiga dari beberapa biji pinggan yang digunakannya.Corak lama dan agak antik. Rumah mak ana memang sering menggunakan pinggan mangkuk tembikar lama.

Bagi peminat barang-barang antik pasti suka untuk memiliki pinggan mangkuk corak lama sebegini.Banyak lagi sebenarnya pinggan mangkuk lama milik mak, dan masih lagi elok untuk digunakannya.Cuma yelah di rumah ni, mak tinggal berdua dengan abah, mereka gunakan mana yang ada sahaja, selebihnya tersimpan didalam almari, bila ramai baru digunakan.Sayang juga kebanyakkannya dah banyak yang sumbing atau retak


corak pinggan antik







~berkongsi corak pinggan lama disini~

27 Comments

  1. tengok corak pinggan ni mmg teringat kenduri gotong royong kat kampung... tp masih blh pakai
    walau retak beribu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha dulu-dulu memang pakai pinggan mangkuk tembikar bila kenduri kendara ni kan PCL.. :)

      Delete
  2. kat kampong ada ni pinggan macam ni Ana, mmg antik dan cantik susah nk cari skrg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kak Noor, masih boleh digunakan lagi cuma dah tak lengkaplah setnya.. :)

      Delete
  3. rumah wan nani ada lagi pinggan gini ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya rumah datok ke wan ke adalah lagi kan Nani.. dah 'rare' sangat corak pinggan sebegini.

      Delete
  4. Corak-corak yang memang vintage. Terimbau jugalah zaman dahulu kala. Sekarang pinggan bagai semua dah modern.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah popular di zamannya dahulu Pojie,corak-corak sebegini :)

      Delete
  5. assalamualaikum ana...mmg cantik corak lama2 mcm ni...susah nak cari skg ni...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam mama, kalau pengumpul koleksi antik pasti suka kan mama :)

      Delete
  6. di rumah arwah nenek ada tersimpan pinggan mangkuk antik macam ni..wana ada ambik buat kenangan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena ambil kan Wana simpan buat kenangan, mana tahu suatu hari nanti dah tak wujud dah corak2 sebegini :)

      Delete
  7. rumh tok dayah bnyak lagi ni..dia syg bonar..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mestilah sayang, sekarang payah nak jumpa dah Dayah :)

      Delete
  8. haha takut lah pulak DR, yelah zaman kanak-kanak kan..memang nostalgia dah pinggan sebegini... :)

    ReplyDelete
  9. Rumah Mak pun ada lagi sekeping dua... Klasik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klasik kan Fuza, tak banyak dah ada lah sekeping dua yang tinggal.. :)

      Delete
  10. Kat umh mak pun ada lg pnggan cmni akk..tambah yg berbjnga ros dgn corak itam tu..rasa macam blik kat zaman dulu2 pulak tgk pinggan mcm ni.hehe..lama x snggh blog akk..miss u akk..muah muah ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah adrianna syaz, welcome back my dear..rindunya dgn 'kisah hujan' Yana... tq so much miss you too :)

      Delete
  11. Mak CP ada simpan lagi pinggan macam ni tapi tak banyak dah sebab banyak yang pecah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam rumah mak kak ana jugalah CP adalah satu dua biji yang tinggal..lama dah ni .

      Delete
  12. sy minat pinggan mangkuk antik ni...kat rmh nenek pn xnmpk dah...xtau dia simpan ktne atau byk daah pecah. dl xpndng sgt, tp skrg teringin mrmiliki plk....

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah dZah, kalau dulu buat tak endah je pinggan mangkuk macam ni, tapi sekarang baru nampak keindahan barang-barang lama yang semakin lupus.

      Delete
  13. fuh pinggan antik. kak lya mesti suka tengokni. saya pun tak ingat arwah mak saya impan atau tak. sejak ada cucu tukar ke pinggan plastik

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha senang kan pinggan plastik je aRz, sementara cik puteri nak membesar ni..ni pun bukan mak kak ana simpan, dah memang ada di rumahnya..:)

      Delete
  14. Tahun lepas kak kepasar karat Alor Setar, terjumpa pingan dan piring lama...nostalgia betul..beli terus...murah2 ja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau jumpa bolehlah beli kan kak Mala, buat koleksi pun cantik gak ni :)

      Delete