Perodua Myvi 10th Anniversary Limited Edition
Perodua Myvi 10th Anniversary Limited Edition
Petang semalam, ana dan keluarga bercadang jalan-jalan ke Setia City Mall di Setia Alam sambil singgah ke rumah ibu saudara yang kurang sihat di Bukit Raja,Klang.Anak-anak ana memang suka ke sini kerana terdapat sebuah taman dengan lanskap yang menarik di luar kawasan kompleks membeli belah Setia City Mall berhadapan Setia Alam Convention Centre.Kebetulan pula sedang berlangsungnya karnival ulang tahun ke-10 kereta Perodua Myvi di sini.Jadi ana kongsikan hari ini antara yang menarik sempena karnival ulang tahun ke-10 Perodua MyviSempena ulang tahun Perodua Myvi ke-10 ini, semalam juga Perodua melancarkan sebuah kereta Myvi Limited Edition. Untuk keteranan lanjut mengenai kenderaan ini bolehlah ke laman web pakar kereta yang tidak asing lagi di http://paultan.org/2015/05/23/perodua-myvi-celebrates-10th-anniversary-limited-edition-commemorative-myvi-revealed-10-units-only/ .Rujuklah mereka yang pakar dalam bidang kenderaan kerana ana hanya mampu berkongsi beberapa keping foto sekitar karnival Ulangtahun ke-10 Perodua Myvi yang berlangsung selama dua hari sehingga esok di kawasan padang Setia City Mall,Setia Alam, Selangor.
Berikut ana kongsikan beberapa keping gambar yang sempat ana rakamkan sekitar karnival.
Kereta Perodua Myvi 10th Anniversary Limited Edition yang dilancarkan |
Deretan pameran kereta Perodua Myvi dari edisi pertama dipamerkan |
Antara yang paling menarik perhatian ana petang itu ialah semasa melihat buat pertama kalinya belon udara panas dinaikkan ke udara.Peluang yang jarang-jarang dapat ana lihat sebelum ini , ana abadikannya disini sebagai kenang-kenangan.
15 Comments
klu keta tu kena bagi free kan bagus kak ana....
ReplyDeletehaah ada lucky draw utk kereta tu KG hihi :)
Deleteassalamualaikum ana...wah best n seronoknya ...:)
ReplyDeletewaalaikumsalam mama..anak mama baru beli myvi kan,hihi :)
DeleteMyVi nampak lagi garang. Wow. Sporty version ye untuk Limited Edition ni Kak Ana?
ReplyDeletehaah cun gak tengok tapi tu lah limited je Sha :)
DeleteMyvi ni walau tercalar sikit nama diorang baru-baru ni, tetap menjadi pilihan rakyat Malaysia kan kak ana.
ReplyDeletehaah Sal, bukan salah kereta dan jenama nya kan, sikap pemandu tu yang tidak berhemah di jalan raya mengundang mala petaka.Nauzubillahi min zalik.
DeleteBestnya kak ana dapat tengok belon besar. xpernah lagi tgk.
ReplyDeleteSemakin cantik plak kete Myvi nie...
Tu lah Mia, kali pertama kak ana tengok depan mata .
DeleteYg limited ni nampak bergaya gtuuu
ReplyDeletesesuaikan untuk golongan muda Lya :)
Deletefulamak ada limited edition.. hehehe.. tapi CT rasa myvi yg kuning tu
ReplyDeletejugak lawa.. yg baru tp kuning.. mcm bumblebee..
wah Siti minat myvi kuning rupanya :)
DeleteReka bentuk Perodua Myvi benar-benar boleh memanggil yang klasik
ReplyDelete