Resepi Ringkas Dan Mudah Untuk Anak-anak
Tertarik dengan beberapa keping foto yang dikongsikan oleh sahabat Facebook, ana kongsikan semula disini lima teknik penyediaan makanan yang ringkas dan mudah untuk disediakan sebagai menu pencuci mulut bersama keluarga, khasnya anak-anak.Teringat ketika anak-anak masih kecil dahulu, kami selalu menyediakan pelbagai menu bersama-sama di dapur.Adik Ika paling suka bab masak ni.Setelah meyediakan semua bahan, dia akan melakukannya sendiri langkah demi langkah dan kita hanya memantaunya sahaja dan bila berkaitan dengan penggunaan dapur atau oven barulah ana ambil alih.Dengan cara ini, anak-anak dapat bersama melahirkan kreativiti mereka.Jom kita lihat beberapa keping foto yang boleh dijadikan menu ringkas.Pandai-pandai kita lah mengubah bahan-bahannya mengikut bajet yang ada.
Aiskrim
Dari foto di atas, ana lihat mereka menggunakan air Sprite yang di campurkan dengan jelly bean.Kemudian dia tuang ke dalam acuan aiskrim dan letakkan batang aiskrim sebelum dibekukan di dalam peti ais.Kita boleh mengolah semula mengikut air minuman pilihan kita dan menggantikannya dengan campuran candy atau pun coklat chips.Kombinasinya kita tentukan sendiri.
Buah-buahan celup coklat
Ana rasa resepi kedua ini ialah dipping fruit, atau buah-buahan yang dicelup ke dalam coklat masakan dan di sejukkan ke dalam peti sejuk.Mereka menggunakan kepingan buah kiwi namun kita bolehlah menggunakan sebarang buah yang ada di rumah.Celupkan ke dalam coklat masakan dan sejukkan semula.
Aiskrim jus buah
Kisar buah-buahan seperti mangga, kiwi dan strawberi kemudian isikan ke dalam acuan aiskrim atau dari gambar di atas cawan plastik dan letakkan batang aiskrim di tengah-tengahnya.Sejukkan dan pastinya sedap kan.
Jeli buah oren
Pada ana ini satu idea yang menarik dan mudah.Mereka menggunakan serbuk agar-agar segera, panaskan dan letakkan ke dalam belahan kulit limau yang dikeluarkan isi nya. Untuk mengelakkan pembaziran, mungkin kita boleh gunakan semula isi limau sebagai hidangan sampingan untuk di makan bersama jeli.In Shaa Allah satu hari nanti ana ingin mencubanya sendiri.
Roti Cheese Goreng
Hidangan yang sesuai untuk sarapan atau minum petang.Potong kepingan roti dan letakkan sekeping cheese di tengahnya dan apitkan semula.Salutkan dengan telur yang telah di pukul dan panaskan di atas kuali leper.Pastinya sedap kan di makan panas-panas.
Ermm setakad ini lah yang sempat ana kongsikan untuk rujukan ana di masa hadapan dan semoga dapat memberi serba sedikit idea bagi yang tercari-cari resepi-resepi untuk sajian anak-anak.Rasanya menu-menu ini bukan sahaja mudah namun pastinya berkhasiat apabila menggunakan buah-buahan segar.Jom kita cuba nanti kay..
kredit: Facebook.com
49 Comments
wah ....buat aiskrim tu menarik..nanti boleh cuba...mesti anak-anak suka..thanks ana
ReplyDeletetu lah azie, simple kan ,nak cuba juga nanti tu yang buat entri senang nak buat rujukan esok2 hihi :)
Deletewah...orang tua pun kecur liur tengok.hihi
ReplyDeletehaha kan salmiah..:)
DeleteNak buatlah :D
ReplyDeletenani buat nanti share semula kat cikmanis kay :)
DeleteSimple dan berkhasiat. Thanks for sharing.
ReplyDeletekan PSSA, most welcome dear :)
Deleteaiskrim jus buah dan roti cheese goreng tu nak buatlah. simple je kan.. tq for sharing :))
ReplyDeletesama-sama lia, nanti dah buat up entri kay :)
DeleteSalam, wahh semuanyaa menarik kan..rot cheese tu buat bfast dgn minum2 petang sedap gile..dipping fruit pun nice...sedapnye!!
ReplyDeletesemua sedap2 kan Lynn :)
DeleteHidangan roti tu bunda pernah buat....tapi bunda ubah suai sikit dengan menambahkan tuna spread didalamnya....
ReplyDeleteKalau rajin bunda nak cuba buat agar2 dalam kulit limau tu pulak....buat hidangan meja pengantin pun sesuai jugak ni kan...
wah kreatifnya Bunda_nora, betul tu,kita boleh sahaja ubah ikut bahan yang ada di rumah ..erm bagus juga kan buat hidangan pengantin nanti :)
Deleteassalamualaikum ana...memang mudah sekali....roti cheese tu nampak sedap jer...:)
ReplyDeletewaalaikumsalam mama, mudahkan mama..bolehlah buat bersama2 cucu granma nanti ni haha :)
Deletemacam mudah jer nak buat...menarik pula warnanya....mesti budak2 suka...
ReplyDeletetu lah Fida nampak cam simple kan, jom try buat nak :)
Deletememang sodap, yummy betol, ahaha~ terliur sayaaaa~
ReplyDeleteade beli bekas aiskrim gtuw, kt MR D.I.Y , tp tak buat2, bole try, tp nk tukar gune revive, hehee
haah kan nona kat MR DIY ada kan :)
Deleteakakkkkk. nak coklat kiwi tu.. terliur la.. hahaha
ReplyDeleteok ok siti sat gi kak ana pos ye tunguuuuu tau haha :)
Deleteroti cheese grg tu sedap..
ReplyDeletekan mas kak ana nak cub agak nanti :)
Deletepopsicle!!!kids addict
ReplyDeleteSEDAP SEMUANYA..
ReplyDeletekan paridah :)
Deletekalau roti cheese goreng cikla mmg selalu buat kak ana.. satu famili suka...
ReplyDeleteoo ye ke cikLa tak pernah buat lagi nanti kak ana nak juga cuba :)
DeleteCreatif kak ana... boleh cuba.. tapi x blh lawan ekrem magnum kak ain la.. hehe
ReplyDeletehaha eskrem ain kan sepesel papa :)
Deletehahahahaa...!! sempat je menyelit je Pejal... :p
Deletekak ana, eskrem Magnum ain memang spesel.. lain dari yang lain dan hak cipta terpelihara tau... hahahahahhaaa... :p
laku magnum sejak ain promote, patut jadi duta magnum malam jumaat ni haha :)
DeleteHik4..nnti sha nk cuba buat laa bila free.. Suka laa bebudk tgk wrna wrni
ReplyDeletebuat jom Sha, zaryth suka lah nanti tu :)
Deleteini memang anak-anak SA suka la ni..bukan anak je..mak2 pun suka kan?
ReplyDeleteSA ajak Dania buat sama-sama,best kan :)
Deletekreatif dan berkhasiat....
ReplyDeletebetul tu kak mala :)
Deletesenangkang kak Ana.... tinggal deco-deco dan makan
ReplyDeletehaah kan bonde :)
DeleteKreatif dan pasti sedap ^-^
ReplyDeletetu lah zumal :)
DeleteWow menarik dan kreatif
ReplyDeletejom arz ajak cik puteri buat sama-sama mesti best :)
DeleteKak.. mana nk cari bekas buat aiskrim+pemegang die tu ya
ReplyDeleteRuby kalau kat area KL Selangor ni kat Mr DIY ada jual.. atau Daiso ke mana kedai pinggan mangkuk ada kut barang-barang dapur semua tu :)
Deletebudak-budak kalau bab eskrem memang melompat lah kan..
ReplyDeletenak-nak lagi eskrem warna-warni... hehehehehe... :)
ececeh...ain pun suka eskrem kan :)
Delete