Enam tahun ana lalui perjalanan hidup pertama kali mengenali dunia persekolahan. Di awal-awalnya ia bagaikan satu mimpi ngeri yang ana lalui. Ini lah pertama kalinya berpisah dengan mak untuk ke sekolah. Hari pertama masih ana ingati hingga ke hari ini, menangis, melalak apabila mak tinggalkan ana didalam kelas darjah Satu Biru. Takut sangat melihat cikgu yang begitu asing pada ana. Begitu juga kawan-kawan yang masa itu, entah siapa-siapa pun tak kenal.

Jika diizinNya kembali ke Sekolah Rendah Kebangsaan Perempuan Methodist atau MGS Teluk Intan, masih segar di ingatan ana kelas Darjah Satu Biru yang ana diami dahulu. Guru Kelas ana Mrs Cheong . Masih ada sehingga hari ini, sihat lagi tubuh badannya. Anak perempuannya  Peik Yee merupakan classmate ana dari darjah satu sehingga lah ke Tingkatan Enam Atas, dan masih berborak sehingga hari ini di group Whatsapp. Lama kan persahabatan kami.

Dan baru-baru ini,kami kawan darjah satu dipertemukanNya semula. Bermula dari Syawal tahun lepas sehingga ke hari ini, pertemuan demi pertemuan kami jalinkan.Indahnya ikatan ukhuwah yang terjalin, siapa pun kamu, apa pun jawatan kamu masa kini, bagi kita kamu tetap kawan sekolah dari darjah satu. Alhamdulillah. 



Apa yang menggamit nostalgia silam yang lampau adalah apabila ana melihat satu posting di Facebook, beberapa gambar yang pernah kami lalui ketika di alam sekolah rendah nan lalu.Tak semua yang di kongsikan itu sama kisahnya dengan yang kami lalui.Maklumlah zaman ana,era awal 1980-an. Lama benar dah tuu, tetapi ada empat keping gambar yang dikongsikan benar-benar mengusik kenangan lama.Akan ana kongsikannya di sini satu persatu, setiap kisah yang kami lalui.Segalanya indah berlaka.


1.Permainan Cop Tiang 






Apa yang di paparkan di dalam gambar di atas begitulah kami di waktu itu. Laluan bertiang seperti inilah laluan kami dari kelas ke kantin sekolah.Banyak deretan tiang yang ada di sana dan dengan kreativiti yang ada terciptalah permainan 'Cop Tiang' ni. Selalunya satu game ada lima orang, selepas di undi seorang akan 'jadi' dalam permainan ini. 'Jadi' maknanya duk tengah dan cuba merebut tiang yang dipegang oleh empat sahabat yang akan bertukar-tukar posisi. Haha!! Best wooo!!

 Terjerit-jerit bermain untuk mempastikan yang 'jadi' tu tak dapat merebut tiang masing-masing.Lepas sahaja waktu makan dengan berbaki waktu rehat yang ada, cepat-cepat ambil tempat untuk bermain 'Cop Tiang' ni. Sekolah ana dahulu tu Girl's School jadi semua pun perempuan memang kami pulun laa kawasan tu, nak-nak lagi bila dah berada di darjah lima dan enam, senior laa katakan.


2.Buku Personaliti atau Buku Biodata





Buku ini wajib kami miliki pada waktu itu. Gigih membeli sebuah buku nota yang agak cantik covernya atau lebih kreatif lagi kami hias sendiri cover buku nota tersebut. Di halaman pertama mestilah tertulis Biodata sendiri. Lazimnya kena letak nama, alamat, cita-cita, hobi, kawan baik, warna kesukaan, pelakon kesukaan, penyanyi kesukaan, makanan kegemaran, dan akhirnya kena ada catatan. Wahhhh, wajib tu kena isi. Excited bukan main nak bagi tahu semua tu tau. Masa tu tak ada no telefon laa, masing-masing pun anak kampung mana ada telefon kat rumah.

Buku tu kemudian kami past kat kawan-kawan sekelas. Seorang demi seorang akan isi. Paling best siap ada yang lekat gambar lagi. Sebab tu juga ana masih menyimpan beberapa keping gambar kawan-kawan sekolah sehingga ke hari ini. Buku Biodata ni memang dah hilang ghaib namun gambar kawan-kawan ada yang ana cabut dan simpan dalam album lagi. Masa tu kami 'cuci gambar'di kedai sebab tu banyak gambar boleh tampal kat buku Biodata kawan-kawan. :)


3. Pemeriksaan Pergigian di Klinik Gigi Sekolah




Allah...inilah yang paling cuak, yang paling ngeri untuk ditempohi waktu itu. Ana masih ingat klinik gigi di MGS Teluk Intan terletak di tingkat atas, belah hujung tepi tangga. Lalu situ pun dah cuak. Bila tengok misi (panggilan untuk jururawat) datang bawa rekod warna coklat mula memulas perut dah rasanya. Takut je kalau kena panggil nama. Maklumlah anak kampung macam ana ni, bukannya jaga gigi sangat sangat pun. Berus pun sekali sehari sahaja waktu nak ke sekolah.Makan usah ceritalah segala gula-gula bedal. Paling suka gula-gula SUGUS laa masa tuu.Pastu bila kena check, ambik ko..berlubang gigi.Jawabnya kena simen laa atau sekarang ni kita panggil tampal gigi.

Saat paling ngeri bila gigi kena drill tu nak masukkan simen hitam. Ngilu bukan main, bila misi pancut air lagi rasa ngilu. Pernah punya ngilu, ana tersepak misi yang bertugas tu.Benci benar dengan misi, jumpa pun jeling je masa tu. Aduhai..budak-budak kan. 

Selain saat-saat ngeri dalam klinik gigi, paling tak suka bila di suruh bawa berus gigi dan kole' ke sekolah.Pastinya ada sessi latihan memberus gigi dengan cara yang betul.Misi pun bawa mulut besar dan ajar cara-cara nak berus gigi dengan betul.Hat yang duk depan okay lagi.Kena duk baris belakang wak-wek nak termuntah tengok masing-masing berus gigi. Haha lucu pun ada...

4.Permainan Nama Negeri




Permainan wajib kami laa nii.Kami panggil main nama negeri. Kami ni nak gelar permainan ikut suka hati sahaja. Sebab cara bermainnya kena isi nama, negeri, buah, benda atau haiwan atau tempat. Macam tu laa lebih kurang. Selalunya lima kolum sahaja, sebab kalau tak sama jawapan dengan kawan-kawan kami dapat 20 markah, kalau sama dua orang 10 markah, kalau lebih tiga orang hanya dapat 5 markah. Jumlah total semua selalunya 100 markah laa..haha.

Setiap seorang diberi peluang memberi satu huruf.Huruf tersebut sebagai permulaan bagi setiap kategori yang ada di dalam kolum yang disediakan macam gambar di atas tu. Tak boleh tengok jawapan kawan-kawan. Beriya-iya kami sorok jawapan tak bagi kawan nampak, Adoii yai!!

Bila perjumlahan markah atau saat dedahkan jawapan, bertekak-tekak lah kalau tak puas hati dengan jawapan kawan-kawan. Ye laa masa tu semua guna daya ingatan sahaja.Bukan ada internet atau smartphone nak Google jawapan pun.Yang kelakar bab nama negeri tu, main bubuh je sebab masing-masing bukan tahu wujud ke tidak nama seperti yang beri tu, itu yang jadi punca pergaduhan sudahnya.

Inilah antara coretan kisah kami di alam sekolah rendah yang ana lakarkan diruang ini. Sesekali mengibau kisah lalu. Saat itu semuanya manis-manis bila dikenangkan kembali. Ada satu kisah paling lucu yang ingin ana simpankan di coretan ini. Ana dahulu seorang pengawas sekolah, dan setiap hari Isnin, kami bergilir-gilir menaikkan bendera Malaysia dan bendera Perak di tapak perhimpunan. Cikgu displin ,Puan Rubiah masa tu, memberi kepercayaan kepada ana kali ini untuk menaikkan bendera Perak.

Sekali bila dah habis perhimpunan kena panggil dengan Cikgu Rubiah, kena marah laa..Sebab apa, sebabnya ana pasang bendera Perak terbalik. Sampai hari ini ana ingat bendera Perak, warna putih di atas sekali diikuti warna kuning di tengah dan hitam bawah. Naya kan pasang bendera terbalik. Kalau giliran kena naikkan bendera Malaysia pula bukan main kejap slow kejap laju bendera tu naik. Bukan apa takut lagu Negaraku dah habis bendera tak sampai puncak. Kadang-kadang lagu Negaraku belum habis, bendera dah sampai atas pula.

Allahu, tak terbatas rasanya mengimbau kenangan silam di alam sekolah rendah.Alhamdulillah sehingga ke hari ini kami masih mengenangi bila berborak di group Whatsapp.Antara kawan yang masih kekal bersahabat sehingga waktu ini seperti Ida, Nonie, ZZ, Riza, Noi, Liliy, Renu, Puva, Suzana, Mazuna dan dua tiga lagi yang jadi cctv dalam group.Hihi cctv maknanya read but no respon.Busy agaknya dengan urusan rumahtangga dan kerjaya masing-masing.

Setiap kisah lalu ada nostalgianya. Setiap bait kenangan ada memorinya yang tersimpan. Di kala meniti usia yang semakin hari kian meningkat, mengenang bibit kenangan silam yang penuh kemanisan sering menjadi hiburan di kala sepi.Semoga kami semua akan kekal dengan jalinan ukhuwah dan kasih sayang ini hingga ke akhir hayat. Aamiin Ya Rabbal A'lamin...

10 Comments

  1. Yesss.. ini semua saya pernah buat.. agak2 budak skolah zaman sekarwng main lagi tak mcm kita main dulu?hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yezza, kita geng nampaknya. tu laa setahu ana tak ada lagi dah DP anak2 sekarang bermain seperti kita dahulu ni, mereka terlalu asyik dengan smartphone masing2 :(

      Delete
  2. Isi biodata bila dah tiba cuti hujung tahun dengan harapan dapat alamat dan boleh berutus surat..hahaa!!.. sweet memory

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan SB dulu seronok sangat bila terima kiriman surat :)

      Delete
  3. Oo indahnya kenangan itu...buku biodata tu mesti ramai yang buat :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. indah sekali untuk dikenangi semula along :)

      Delete
  4. permainan cop tiang tu best...dulu selalu main time waktu pertukaran sessi..lepas sessi pagi, nak sambung sessi petang kelas agama, mesti main ni dulu...takpon galah panjang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. best sangat meriah bermain dengan kengkawan Nory :)

      Delete
  5. Zaman kak dulu pun dah ada dah main nama negeri tu...syoknya zaman sekolah rendah bila dikenang...

    ReplyDelete