Antara kunjungan trafik yang tinggi singgah ke www.anajingga.com ialah perkongsian ana mengenai UiTM Tapah dan kolej kediaman. Ramai anak-anak yang bakal melangkah ke alam siswa-siswi yang terpilih untuk melanjutkan pengajian ke sini mencari info disini. Alhamdulillah semoga mereka mendapat serba sedikit info yang bermanfaat darinya. 

Kak Long telah pun menamatkan pengajiannya di sini selama dua tahun kerana sebelumnya di kampus UiTM Kuala Pilah. Empat sem di sini, Alhamdulillah Kak Long masih berpeluang menetap di kolej kediaman. Ini kerana kebanyakan siswa-siswi akan menetap di luar kolej mulai sem tiga atau empat. Mungkin pihak MPP mengambil kira beberapa faktor untuk kelayakan tinggal di kolej kediaman. Bimbang juga sekiranya terpaksa tinggal di rumah sewa, banyak kebimbangan seperti transport ke kampus, kos sara diri,makan minum di luar , tambang dan sewa bilik. Begitu juga faktor keselamatan yang paling ana bimbang kan.

Semalam Kak Long kongsikan beberapa keping gambar dekorasi biliknya dengan ana. Ana ambil kesempatan ni nak kongsikan semula disini. Semoga memberi serba sedikit gambaran buat anak-anak yang bakal menghuni di sini,khasnya Kolej Kediaman Alpha, UiTM Tapah.


Kak Long ni memang peminat pink tegar,dah macam DSV pula asyik pink semuanya.Dari sem pertama lagi seluruh kelengkapan bilik di kolej kediamannya berwarna pink termasuklah baldi. Segala dia nak kan warna pink sampai penyapu pun kaler pink, adoi anak 💖💖 Tak kisahlah , ibu ayah sentiasa turut kan sahaja asalkan dia selesa di sana. 





Kolej kediaman Alpha UiTM Tapah ni ada yang dua orang sebilik dan empat orang sebilik. Sepanjang empat sem ni, Alhamdulillah Kak Long tinggal di bilik dua orang sebilik. Lebih selesa buatnya dan roommate pun semuanya boleh ngam dengannya. Hampir kesemua peralatan mereka kongsi bersama khasnya barang elektrik kerana tidak dibenarkan memiliki lebih dari tiga item sahaja. 




Walaupun Kak Long makan minum di beberapa kafetaria di dalam kampus, namun dia tetap ada makanan ringan untuknya di simpan di loker, ye laa kadang-kadang terasa lapar, malas nak turun, inilah antara makanan yang ada buatnya. Bila ada cerek air panas, bancuh sahajalah apa sahaja stok yang ada cicah biskut pun boleh kenyang kan. Tengok tuu, cawan dengan pinggan dan tupperware pun kaler pink 😌😌

Okaylah... semoga serba sedikit perkongsian ana di sini, dapat memberikan sedikit gambaran buat anak-anak yang bakal menghuni di kolej kediaman disini. Pandai-pandailah menyesuaikan diri dengan persekitaran serta rakan sebilik yang bakal menjadi teman sepanjang sem. All the best !!💗💗

16 Comments

  1. bestnya serba pink!!! Masa duduk uitm dulu tak terfikir pulak nak decorate serba pink gini huhu

    ReplyDelete
  2. Kemas...pink itu inspirasi kak long..hihi..

    ReplyDelete
  3. semoga adik fathia jd mcm k.long...kemas dan sweet jee dgn wrna pink..hasil didikan k.ana la nii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi In Shaa Allah Sha..Kak ana doakan Fathia membesar sebagai puteri solehah ,aamiin

      Delete
  4. Mang simple dan menarik. Kemas pulak tu. Pink 😍

    ReplyDelete
  5. comel serba pink.. sy pon peminat pink kak.. hehe.. rindu zaman belajar kat uitm dulu

    ReplyDelete