Setiap awal pagi, kita bangun dengan penuh rasa syukur masih bernafas di atas muka bumi ini. Memulakan detik-detik perjalanan kehidupan dengan rutin harian yang sama. Jangan pernah berasa kecewa kerana ciptakan keindahan di setiap hari dengan kesegaran dan wangian yang amat mempersona jiwa. Tiada seindah kata dapat di gambarkan apabila hari-hari yang kita lalui begitu bermaya dan mempersona. Ermmmm... inilah yang ingin ana kongsikan hari indah ana bersama rangkaian produk penjagaan peribadi Enchanteur.





ENCHANTEUR


Rangkaian penjagaan peribadi ENCHANTEUR telah lama diyakini oleh kebanyakan wanita moden masa kini.Bermula dari cream mandian, deodoran atau body mist, losyen badan dan pewangi EDT, melengkapi kelengkapan penjagaan peribadi agar sentiasa yakin dan menyerlah di sepanjang hari. Keharumannya pasti mempersonakan setiap deria insan. Setiap detik ada kisahnya, setiap hari mencipta kenangan pastinya.


Enchanteur: Langkah Mudah untuk Hari Penuh Keajaiban




Wanita hari ini berusaha keras untuk mencapai kejayaan, baik di dalam hubungan mahupun karier. Mereka mungkin berdepan cabaran mengimbangi waktu untuk kerjaya, kehidupan peribadi dan hobi; tetapi mereka tidak menjadikannya hambar. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan bagi menyuntik keyakinan dalam menghadapi hari-hari penuh cabaran. Anda mahu tahu rahsianya? 

Bauan, lebih dikenali sebagai deria kelima berkait rapat dengan memori. Bauan yang biasa dihidu akan membangkitkan memori-memori tertentu terhadap sesuatu pengalaman atau acara. Bauan signatur akan merangsang deria hidu sekali gus menerbitkan pelbagai perasaan termasuklah tarikan romantis. Bauan sememangnya unik dan memiliki keupayaan untuk membina tanggapan, terutama pada pertemuan pertama dan akan menentukan tindakan susulan berdasarkan kemahuan perasaan yang tercipta ketika itu. 

Justeru, ENCHANTEUR berbangga sebagai pakar dalam produk penjagaan peribadi yang berinspirasikan wangian mewah Perancis. Setiap seleksi minyak wangi dicipta istimewa bersama pembuat minyak wangi Perancis supaya tidak hanya memanjakan penjagaan kulit, tetapi juga memberikan pengalaman menakjubkan, malah turut mencipta, mengukuh serta menyemarakkan rasa cinta dalam perhubungan. Haruman berkekalan yang menyenangkan ini membantu menonjolkan kehadiran anda, meningkatkan keyakinan dan menciptakan momen penuh keajaiban setiap hari untuk anda.



Mulakan hari anda dengan ENCHANTEUR Perfumed Shower Crème. Wangian yang menyegarkan ini merangsang keceriaan untuk memulai melalui setiap hari anda. ENCHANTEUR Perfumed Shower Crème bertindak sebagai asas dalam rutin haruman harian anda. Haruman campuran bunga-bungaan terbaik di dalamnya menjadikan waktu mandian anda penuh kemewahan serta menjadikan anda berasa menawan sepanjang hari. Rangkaian ENCHANTEUR Perfumed Shower turut diformulasi dengan kandungan pelembap yang melembutkan kulit sambil membersih. Untuk kelegaan diri selepas hari yang panjang, krim mandian dengan haruman mempesona ini dapat membantu anda untuk relaks dan rasa seperti dimanjakan.




Ana cukup gemar dengan mandian Perfumed Shower ni yang sangat membelai tubuh ketika mandi di awal pagi atau malam hari. Kewangiannya yang kekal pada tubuh sepanjang hari. Buih-buih yang terhasil juga seolah-olah menyerap ke seluruh ruang badan dengan bauan memikat hati sipemakainya sambil memberi keyakinan untuk berada di khalayak umum sepanjang hari.




Selepas mandi, sapukan ENCHANTEUR Perfumed Lotion pada kulit yang telah dikeringkan untuk kelembapan ekstra dan bagi mengoptimumkan penyerapan untuk kulit yang lebih lembut dan anjal. Losen wangian badan ENCHANTEUR yang diadun bersama minyak wangi ENCHANTEUR mengekalkan keanjalan dan kelembapan kulit sepanjang hari. Sesiapa sahaja pasti akan terpesona dengan kelembutan bak sutera kulit anda saat mereka berjabat tangan dengan anda.






Kemudian, sebagai perangsang keyakinan, adalah disarankan untuk anda menggunakan deodoran atau semburan badan (body mist). Oleh kerana kita akan berpeluh sepanjang hari walaupun berada di dalam persekitaran berhawa dingin, gunakan ENCHANTEUR Perfumed Roll-on Deodorant atau Body Mist yang diaplikasi di bawah lengan (ketiak) akan membantu anda kekal segar dan sentiasa bersedia untuk menjalani aktiviti harian.




Rejim penjagaan diri disempurnakan dengan semburan ENCHANTEUR Eau de Toilette. Sembur ENCHANTEUR Eau de Toilette di titik denyut nadi anda bagi membebaskan haruman yang mempesona dan menyempurnakan lapisan wangian yang dicalit dari langkah terdahulu. Jangan langkaui langkah tanpa wangian ini, biarkan wangian ilham haruman mewah Perancis ENCHANTEUR yang tersendiri ini membuatkan anda berasa lebih girang dan lebih menawan. Anda tidak dapat menjangka siapa yang akan anda temui, mahupun peluang untuk mencipta detik romantik. Namun, adakah anda bersedia untuk mempesona si pencuri hati anda dan mencuri tumpuannya daripada orang lain? Maka jadikan wangian ENCHANTEUR sebagai instrumen harian anda untuk cinta yang memukau dalam setiap semburan.





Semburan ENCHANTEUR EDT ni paling feveret ana gunakan. Malah berebut dengan anak gadis ana yang obses dengan rekabentuk botol yang menarik dan bauan yang boleh membuatkan setiap langkah lebih bermakna, dah macam dalam iklan televisyen pula gayanya. Pasti yakin mempersona dengan ENCHANTEUR.


Ikuti langkah-langkah mudah ini setiap hari dan anda pasti mampu mempesona sesiapa sahaja serta akan sentiasa bersedia untuk menikmati momen penuh magis yang romantik. Cipta detik-detik istimewa indah anda bersama haruman menawan ENCHANTEUR yang tahan lama. 

Rangkaian ENCHANTEUR Perfumed Shower dijual pada harga RM9.20 sehingga RM13.65. Rangkaian ENCHANTEUR Perfumed Body Lotion pula dijual pada harga RM7.50 – RM21.00; manakala ENCHANTEUR Perfumed Deodorants dijual pada harga RM4.90 sehingga RM11.90. Tidak lupa, rangkaian ENCHANTEUR Eau de Toilette yang dijual pada harga RM18.75 sehingga RM33.50. 

Kesemua produk ENCHANTEUR boleh didapati di semua kedai utama, pasar raya, pasar raya besar dan farmasi. Untuk maklumat lanjut tentang ENCHANTEUR, sila layari www.enchanteur.com.my atau kunjungi laman Facebook rasmi ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY .


Haa..korang!! Sekarang sehingga 30hb November 2016 ni, jangan lupa sertai peraduan ENCHANTEUR Create Magical Moments Every Day. Banyak hadiah-hadiah menarik di tawarkan untuk di menangi.




Bagaimana nak menyertainya ?? Senang je, ikuti langkah-langkah berikut sahaja....





All the best !!!

17 Comments

  1. Kite cuma pernah pakai produk Enchanteur, perfume sahaja. Boleh cuba shower creme pulak lepas ni :)

    ReplyDelete
  2. dari remaja dulu mmg suka ngan ecnhanteur ni..share ngan mak..haihh kenangan ngan mak tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai El mengimbas memori bersama Enchanteur

      Delete
  3. Masa remaja dulu pernah guna produk Enchanteur ni...hihii...
    Salam Blogger....

    ReplyDelete

  4. blogwalking :D theathra.blogspot.my

    ReplyDelete
  5. Pakai wangi wangian untuk en suami kesayangan pun dapat pahala tau

    ReplyDelete
  6. tengok bedak ni teringat bedak yardley..red roses..kesukaan arwah mak. Entah masih ada tak lagi keluaran yardley di Msia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah lama tak nampak keluaran yardly di pasaran

      Delete
    2. betul Kak salah satu produk yang dah lama tak kelihatan

      Delete
  7. Saya rasa macam nak cuba juga enchentour tapi kena tunggu stok saya habis dulu.

    ReplyDelete