Resepi Pajeri Terung Mudah
Pajeri Terung
Lama juga ana tak masak pajeri ni. Selalunya kalau bukan pajeri terung, pajeri nanas sahaja yang pernah ana masak sendiri.Itu pun jarang sebabnya anak-anak kurang minat makan pajeri. Last-last ana dan suami je la yang menghabiskannya. Tapi kelmarin, memandangkan ada dua biji terung panjang hasil tanaman pasu ana berbuah, ana belilah dua biji terung lagi untuk menambahkannya. Terlintas nak masakkan suami pajeri terung hasil tanaman pasunya tu.Dan jadilah menu tengahari kami pajeri terung yang sedap..sedaplaa pada selera ana 😊
Dah alang-alang nak share cerita tu, ana kongsikan jugalah disini resepi masak pajeri terung yang ana pelajari dari mak suatu masa dahulu. Senang je kan, rasanya tak jauh beza pun cara masak dengan masakan orang lain, basic pastinya sama kan.. Dan ini resepi masak pejeri terung versi anajingga.com.
Resepi Pajeri Terung
Bahan-bahan :
Empat biji terung ( ana guna terung panjang )
Udang kering
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Serbuk kari daging
Kerisik
Santan
Bunga lawang
Kulit kayu manis
Garam
Cara-cara masak pajeri terung:
- Terung di belah dua dan digoreng seketika di dalam kuali.
- Panaskan minyak, tumiskan bunga lawang dan kulit kayu manis.
- Bawang merah, bawang putih dan halia ditumbuk. Masukkan dalam tumisan tadi.
- Masukkan udang kering.
- Bancuh rempah kari dengan sedikit air atau air asam jawa.
- Masukkan bancuhan rempah kari ke dalam tumisan, Kacau sehingga pecah minyak.
- Barulah masukkan santan pekat.
- Apabila mendidih masukkan terung yang digoreng tadi. Sebatikan dengan garam.
- Akhir sekali taburkan kerisik. Siap.
Selamat mencuba 🍝🍛
16 Comments
nyum2
ReplyDeletenyummy NH :)
DeleteSedap niiii :)
ReplyDeleteSedap Nani :)
Deletesalam sejahtera. Memang sedap n mudah buat pajeri ni..tapi akak suka pajeri nenas...hihii
ReplyDeleteAna pun suka juga pajeri nanas Ozie Mahsa :)
Deletesedap nampaknya favourite saya terung jugak
ReplyDeletesama laa kita Raihanah :)
Deleteassalamualaikum ana...wah sedapnya...peberat hubby mama ni..:)
ReplyDeleteWaalaikumsalam mama, kena la selalu masak pajeri kan mama untuk mr hubby :)
DeleteMereciks!! nampaknya K.Ana.
ReplyDeleteTerima kasih bagi resepi sekali ;-)
Haha sama-sama Mrs A, nanti dah try update naa :)
DeleteSedapnyaaaaa....thanks akak resepinya..SA nak cuba buat..sedap ni
ReplyDeletetry kay SA, versi utara lak :)
DeleteSenang jugak masak terung ni. Tp tak makan terung T.T
ReplyDeleteboleh je Min gantikan dengan nanas Min, jadi pajeri nanas :)
Delete