Pajeri Terung 




Lama juga ana tak masak pajeri ni. Selalunya kalau bukan pajeri terung, pajeri nanas sahaja yang pernah ana masak sendiri.Itu pun jarang sebabnya anak-anak kurang minat makan pajeri. Last-last ana dan suami je la yang menghabiskannya. Tapi kelmarin, memandangkan ada dua biji terung panjang hasil tanaman pasu ana berbuah, ana belilah dua biji terung lagi untuk menambahkannya. Terlintas nak masakkan suami pajeri terung hasil tanaman pasunya tu.Dan jadilah menu tengahari kami pajeri terung yang sedap..sedaplaa pada selera ana 😊

Dah alang-alang nak share cerita tu, ana kongsikan jugalah disini resepi masak pajeri terung yang ana pelajari dari mak suatu masa dahulu. Senang je kan, rasanya tak jauh beza pun cara masak dengan masakan orang lain, basic pastinya sama kan.. Dan ini resepi masak pejeri terung versi anajingga.com.

Resepi Pajeri Terung 


Bahan-bahan : 

Empat biji terung ( ana guna terung panjang ) 
Udang kering
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Serbuk kari daging
Kerisik
Santan
Bunga lawang
Kulit kayu manis
Garam

Cara-cara masak pajeri terung:

- Terung di belah dua dan digoreng seketika di dalam kuali.
- Panaskan minyak, tumiskan bunga lawang dan kulit kayu manis.
- Bawang merah, bawang putih dan halia ditumbuk. Masukkan dalam tumisan tadi.
- Masukkan udang kering.
- Bancuh rempah kari dengan sedikit air atau air asam jawa.
- Masukkan bancuhan rempah kari ke dalam tumisan, Kacau sehingga pecah minyak.
- Barulah masukkan santan pekat. 
- Apabila mendidih masukkan terung yang digoreng tadi. Sebatikan dengan garam.
- Akhir sekali taburkan kerisik. Siap.

Selamat mencuba 🍝🍛


16 Comments

  1. salam sejahtera. Memang sedap n mudah buat pajeri ni..tapi akak suka pajeri nenas...hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ana pun suka juga pajeri nanas Ozie Mahsa :)

      Delete
  2. sedap nampaknya favourite saya terung jugak

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum ana...wah sedapnya...peberat hubby mama ni..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam mama, kena la selalu masak pajeri kan mama untuk mr hubby :)

      Delete
  4. Mereciks!! nampaknya K.Ana.
    Terima kasih bagi resepi sekali ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha sama-sama Mrs A, nanti dah try update naa :)

      Delete
  5. Sedapnyaaaaa....thanks akak resepinya..SA nak cuba buat..sedap ni

    ReplyDelete
  6. Senang jugak masak terung ni. Tp tak makan terung T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je Min gantikan dengan nanas Min, jadi pajeri nanas :)

      Delete