Sawah Padi Menguning Rezeki Petani
Lihatlah.. seperti resmi padi makin berisi makin menunduk, begitulah diumpamakan resmi orang yang tidak membangga diri. Semakin kaya, semakin berilmu semakin merendah diri. Begitu juga perumpamaan di antara padi pasti ada tumbuhnya lalang, namun di tempat lalang tak mungkin tumbuhnya si padi. Ia membawa maksud di kalangan orang yang baik-baik, pasti ada insan yang tidak baik namun di kumpulan mereka yang jahat tak mungkin adanya yang baik.Lebih kuranglah tafsiran mengikut fahaman ana.
Padi sentiasa di kaitkan dengan kebaikan. Kerana dari sebutir padi ini, terjadi nya sebiji beras yang dari sebiji beras inilah jadinya sebutir nasi. Nasi makanan ruji rakyat Malaysia. Nasi rezeki yang mengenyangkan tubuh badan kita. Dahulu ketika kecil, selalu mak berpesan, jangan buang nasi, menangis dia.Sebenarnya apa yang mak maksudkan, habiskan makan nasi jangan dibazirkan.
Sawah Padi di Sungai Manik, Teluk Intan
Ketika balik Teluk Intan beberapa minggu lalu, kami lalui jalan Chenderong Balai menuju ke Tapah. Sepanjang perjalanan di Sungai Manik, terpandang saujana mata memandang, keindahan sawah padi yang terbentang luas, sedang menguning seumpama butiran emas.Subhanaallah...Inilah yang Engkau berikan rezeki kepada kami hambaMu.Butiran padi memberi rezeki buat petani.Mereka membanting tulang, bermandi peluh mengusahakan sawah padi berelong-relong untuk mencari rezeki menampung kehidupan keluarga.
Bezanya kini, para petani semakin mudah proses mengusahakan sawah padi berbanding sekitar tahun 1980-1990-an dahulu. Ana pun memang tiada pengalaman dengan kehidupan di sawah padi ni, cuma berpandukan dari pembelajaran Geografi ketika di alam persekolahan sahaja. Kini banyak telah dibantu dengan teknologi dan peralatan moden, Alhamdulillah. Kalau dulu cuba bayangkan betapa jerihnya mereka mengerjakan sawah dari proses menyemai, menanam,menjaga pengairannya, membajak dengan kerbau, menuai dan membanting padi dan sebagainya. Allah ... penat kan.
Anak-anak ana ni memang tak pernah masuk bendang. Kalau ada pun ketika dah habis musim menuai padi di rumah sepupu ana, Yan dan Yong di Sungai Manik ni. Hari tu masa lalu, Kak Long ajak ayahnya berhenti kat lorong masuk ke rumah Yan di Parit 6B, Sungai Manik. Nak bergambar katanya. Ayahnya pun ikut sahaja kehendak anak, berhenti seketika di simpang masuk tu.Tak singgah pun rumah Yan sebab nanti kena tahan sampai makan tengahari le jawabnya...hihi :)
Sempatlah anak-anak mengambil gambar dengan latar belakang sawah padi yang sedang mnguning. Cantik sangat kan. Sambil tu , ana berpesan-pesanlah dengan mereka, bercerita tentang kepayahan insan lain mencari rezeki, tentang anugerah Allah kepada hamba-hambaNya,tentang kehidupan dan alam. Semoga sedikit sebanyak memberi pengajaran buat anak-anak akan erti kehidupan yang pelbagai kisahnya di atas muka bumi Allah swt yang Maha Luas ini.
15 Comments
Dah lama tak lalu sawah padi..kalau pegi utara tangan tak berhenti snap pemandangan sawah..
ReplyDeleteselalunya kalau ana ke rumah sepupu jarang ketika padi menguning ni SS :)
DeleteSaya dibesarkan di sawah padi
ReplyDeletealhamdulillah Adam. satu perjalanan pengalaman hidup yang indah untuk dikenang
DeleteAnajingga,
DeleteKslau u baca profile saya u nanti tau saya orang ksmpung. Saya tak malu.
Alhamdulillah Adam :) kita bangga sebagai anak kampung :)
DeleteAnajingga,
DeleteKita jangan lah bangga sangat tu. Nanti orang benci dgn anak kampung. Kita sepatutnya tidak malu berasal dari kampung. Datanglah jengok blog saya:
http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com
Cantiknya. Rindu nak lari2 ats batas sawah. Berkubang tangkap belut. Huhuu indahnya zaman kecik2 balik kg
ReplyDeleteseronok kan CC berangin je di batas sawah ni
DeleteSebut bendang padi..memanglah melekat dihati sangat. Dari kecil sampai dewasa hidup kak dikelilingi sawah melaut..walaupun tak dak bendang tapi kami adik beradik lebih banyak bermain dibendang dari anak2 orang bendang tu sendiri..mengail ikan..serkap ikan..main selut..seronok teringat zaman kecil dulu
ReplyDeletepasti satu perjalanan hidupa yang indah yang akan di kenang sepanjang hayat kan Kak Mala :)
DeleteDah lama dah bermain-main di sawah padi, sebab sawah kat kampung Mrs. A pun dah tukar jadi kebun sayur.
ReplyDeleteoodah bertukar ke kebun sayur ye mrs A, namun pasti kenangan silam kekal dalam ingatan Mrs A kan :)
DeleteAnajingga,
DeleteDulu sawah jadi kebun sayur. Sekarang kebun sayur jadi apa?
Mrs A,
DeleteKebun sayur dah jadi apa?