Sup Cendawan Mudah
Kak Long ada di rumah ni rajin pula nak masak macam-macam.Hari tu dia mengikut ana ke pasaraya membeli barang dapur. Dia ambil dua jenis cendawan yang berbeza. Anak-anak ana ni memang peminat tegar cendawan. Segala jenis cendawan depa suka kalau masukkan dalam menu masakan. Memang sedap pun kan. Kali ini ana kongsikan kat sini menu tengahari main campak-campak je resepi nya.Mudah, cepat di sediakan dan sedap dihirup begitu sahaja.
Resepi Sup Cendawan
Ana menggunakan dua jenis cendawan seperti di dalam gambar di atas sendawan putih dan cendawan tiram. Dua jenis sayur yang ana campurkan ialah sayur sawi pak choi dan daun bawang besar atau leek. Bahan tumisannya macam biasa bawang besar, bawang putih, halia di mayang halus. Bahan perencah ana gunakan kiub ayam atau boleh juga gunakan kiub ikan bilis. Bahan perisa garam dan lada sulah serta kicap lemak manis.
Cara memasaknya, tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia. Masukkan sayur-sayuran dan cendawan tadi dan kicap lemak manis. Masukkan air sedikit sahaja supaya tidak terlalu berkuah kerana cendawan tiram juga akan mengeluarkan air nanti. Masukkan kiub ayam, Tambahkan sedikit garam dan lada sulah. Kacau sebati dan siap. Menu sayuran tidak perlu di masak terlalu lama kerana ia akan hilang zat dan kemanisannya.
20 Comments
Sedap tu k.ana..cendawan memang peberet hiii
ReplyDeletekak ana pun suka wani :)
DeleteMaznee sekeluarga pun suka sup cendawan. Sedap makan dengan roti bakar yang keras tu. Mabeles
ReplyDeletehaha tu sup cendawan western kan Mazni :)
Deletewah nampak sedap jer nie..nak try ler resepi nie..
ReplyDeletejom try LTR
Deletesedapnyaaaa. hantu cendawan juga ni. hehe. boleh geng dengan anak ana. :D
ReplyDeletesedap kan cendawan ni Faizah :)
DeleteWahhh favourite ni, ida pon memang suka makan cendawan. any cendawan pon. hehehe
ReplyDeleteKan Ida, cendawan ni masak apa pun sodap :)
Deletemakan macam tu je pun dah sedap kak ana
ReplyDeleteKan SA,menu campak-campak sedap makan panas-panas :)
Deleteselalu juga beli yg cendawan jepun putih tu. buat sup biasa je. boleh cubalah resepi yang ni
ReplyDeleteSup cendawan pun memang sedap Raihanah :)
Deleteperghh merecik baq hang hihi
ReplyDeletetuu diaa naa :)
DeleteCampak-campak pun sodap k.Ana ngeh!ngeh!ngeh!
ReplyDeleteTu laa pasal Mrs A :)
DeleteMmmm..memang sedap goreng cendawan style begini...kena makan panas-panas..
ReplyDeleteKan Kak Mala, makan panas-panas :)
Delete