Allah swt datangkan rezeki kepada hambaNya dalam pelbagai cara. Rezeki yang paling disyukuri ialah kesihatan tubuh, kejayaan anak-anak, dan rezeki berkesempatan menunaikan amal ibadah terhadapNya dengan sebaik mungkin. Dari penulisan di blog dan perkongsian di media sosial juga banyak membawa rezeki kepada ana. Rezeki persahabatan dan ukhuwah antara yang terindah juga, meskipun belum pernah bersua muka. 

Baru-baru ini, ana menyertai satu Giveaway di Instagram sebagai sokongan padu buat seorang adik blogger yang cantik manis yang sedang bersaing dalam satu contest tajaan untuk majlis weddingnya. Siapa sangka direzekikanNya secara random memenangi hadiah tempat kedua iaitu voucher dari penaja Nando's Malaysia. Banyak tu, voucher bernilai RM50. Alhamdulillah...




Redeem Voucher Nando's


Selang dua tiga hari, Zaza kirimkan sekeping voucher Nando's bernilai RM50 yang dijanjikan melalui kiriman pos. Malam tu juga Kak Long mengajak ana ke Aeon Anggun, untuk menebus voucher tersebut. Tak sabar- sabar budak ni.Alasan mereka, tak nak makan nasi malam ni, malas nak masak. Amboi..bukan main,mentang-mentang dapat voucher terus nak makan Nando's.Ana menyuruh Kak Long survey dahulu dari internet, apa menu yang bakal kita perolehi dengan nilai voucher serta t&c nya.Ini untuk memudahkan nanti bila kita redeem voucher di kaunter.





Dari carian maka dapatlah beberapa menu yang boleh di tebus dengan voucher RM50 tu. Kan mudah kan... Malam tu, ana dan anak-anak ke Nando's di Aeon Anggun yang tak jauh dari rumah. Kami membuat pesanan di kaunter dan bercadang untuk 'take-away' sahaja. Jimat tak perlu tambah duit beli air minuman kan. Kak Long memilih menu Full Platter berharga RM59.90 termasuk gst huhu .Maknanya ana cuma tambah RM9.90 sahaja untuk seekor ayam dan kami memilih 4 regular side.Berbaloi sangat dah  untuk makan empat orang malam tu.




Erm tuu diaa... Alhamdulillah, seekor ayam peri peri Nando's dan empat regular side yang Kak Long pilih, garlic bread, coleslaw, wedges dan fries. Yang paling ana suka tentang ayam peri-peri Nando's ni ialah ia di panggang dengan sempurna tanpa minyak langsung.Isinya kering dan garapan bahan perapannya terasa sangat. Memang A++ . 

Kenali Zazaiman.com

Sebelum terlupa, ana nak kenalkan korang semua dengan penganjur Giveaway yang awesome ini, tak lain tak bukan Cik Zaza Iman dari www.zazaiman.com . Gadis cantik manis ni, memang aktif di penulisan blog dan media sosial seperti Instagram dan  Facebook. Seorang pencinta kucing dan sering berkongsi catatan perjalanannya untuk umum. Antara entri hit darinya ialah kolam mandi Al Wadi di Temerloh yang berciri Islamik.

Zaza sering kali bertuah memenangi hadiah-hadiah utama dalam pelbagai contest yang disertainya. Zaza juga seringkali muncul dalam sisipan majalah dan surat khabar tau.. Glamour adik manis kak ana ni. Rugi kalau tak berkawan dengannya. Mudah-mudahan satu hari nanti kak ana akan dipertemukanNya dengan Zaza Iman, Aamiin..




Bagi peminat fesyen, kucing dan pelbagai lagi perkongsian menarik wanita dan lifestyle, jangan lupa jom follow Zaza Iman di media sosial ataupun blog kesayangannya. Kak ana doakan semoga Zaza terus sukses dalam apa juga bidang yang diceburi. Aamiin.. Thank You Zaza Sayangsssss.... <3


12 Comments

  1. alaa bestnya lama jue tak makan nandos ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. best zaza,kak ana suka rasa pada ayam panggang Nando's ni, kerung dan terasa bahan perapannya. Pasni bawa Qiesya makan Nando's naa :)

      Delete
  2. Alhamdulillah kak ana rezeki tu ..rezeki makanan .. perot pon kenyang kan hiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah salah satu rezeki juga ni Wani :)

      Delete
  3. Replies
    1. Alhamdulillah, Thank You ED ,lama tak singgah sini kan hihi :)

      Delete
  4. ayam tu kak... sedapnya zaza tgk..xde pluang lgi mkn nandos tu..thanks jgk sbb sudi support zaza muahhh :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap ZAza,In Shaa Allah will always support adik2 blogger, all the best sayang :)

      Delete