Blueberry Cheese Tart Filling
Kenapa tajuk cuma filling? Sebab apa yang ana nak kongsikan disini ialah bahan-bahan untuk membuat filling blueberry cheese tart ni sahaja. Kisahnya, apabila adik ipar ana memberikan lima puluh keping tart shell ready made yang di tempahnya baru-baru ni. Kebetulan adik ipar singgah ke rumah dan membawa bersama sebekas tart shell yang di belinya. Keesokkannya ana dan adik Ika pun mencuba lah mengisi filling cheese tart ni. Senangkan sebab cuma nak piping kan sahaja filling dan bakar. Dan hasilnya boleh tahan laa sebab pertama kali kami buat cheese tart ni.Walaupun tak cantik rupa parasnya, amatur la katakan tapi sedap gak rasa dia.😋
Ready made tart shell |
Cara membuat filling blueberry cheese tart
Mula-mula pipekan filling blueberry ke dalam tart shell terlebih dahulu. Kemudian sediakan pula bahan untuk cream cheese seperti di bawah.
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla
Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan.
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
Isikan ke dalam piping bag dan pipe kan ke dalam tart shell.
Bakar selama 5 minit sahaja pada suhu 170'C.
Kalau korang sedang mencari resepi penuh step by step cara nak buat blueberry cheese tart ni boleh sahaja ke SINI . Ana pun dapatkan resepi dan caranya dari blog beliau, kredit to www.azlitamasammanis.com.
12 Comments
Sedapnyaa blueberry cheese tart :D
ReplyDeletelemak je kan Nani :)
DeleteSedapnya.. lama tak makan..😍😍
ReplyDeleteSelalu kalau tak musim perayaan memang payah nak dapat kan :)
Deleteohoii ! sedapnya Kak Ana... peberet tuuuuu
ReplyDeletejom Zaf kita home made pula :)
Deletelamanya xmakn tart...
ReplyDeletekena tunggu raya Sha haha :)
DeletePernah gi class buat tat ni...tapi sekali pun tak pernah buat sendiri hihi... agak rumit...so akak beli je lah...
ReplyDeletewah mesti Rozita lagi expert buat tart ni :)
Deletesedapnya tart
ReplyDeleteJom Ekin, baking tart cuti2 ni :)
Delete