Image result for penang/anajingga



Pulau Pinang... tu diaaa aihhh!! Siapa yang tak pernah pii Pulau Pinang? Rugi besaq naa... Tambah lagi time sekarang ni tengah musim cuti sekolah hujung tahun ni, Pesta Pulau Pinang laa kita. Dulu kan mak saudara ana siap buat rombongan tuu dari Teluk Intan, naik bas rombongan pii Pesta Penang ni..punya la wajib pergi tuu... Ana sendiri pernah berkongsikan percutian ana di sekitar Pulau Pinang beberapa tahun yang lepas, tak caya pii cari kat blog picisan ni pengalaman ana bercuti di Pulau Pinang seperti ke Bukit Bendera dan lain-lain. Tapi kan kalau dah sampai ke Pulau Pinang ni, antara tempat yang wajib korang lawati, bermalam dan happening sangat tak lain tak bukan ke BATU FERRINGHI laa kan.. Memang wajib pii punyaaa...


Image result for batu ferringhi
credit photo : onlypenang.com

Ana sendiri pernah ke Pulau Pinang ni, macam-macam aktiviti yang kita boleh buat kalau ke Pulau Pinang ni. Dari aktiviti di pantai yang indah, lepak menikmati udara segar dan pengalaman naik ke Bukit Bendera, membeli belah, dan yang paling awesome bab makanan laa kat Penang ni. Dari pasemburnya, char kuew tiaw,nasi kandar dan untuk penggemar jeruk paling tegar macam ana ni, pastilah aneka jeruk yang ada disini.Tak hengat kalau beli jeruk dan cenderamata kalau berada di Pulau Pinang ni kan.


Orait, mari kita fokus pada satu tempat ni dulu, kat mana..mana lagii BATU FERRINGHI laa..




BATU FERRINGHI HOTELS DAN 4 PERKARA YANG KORANG PATUT TAHU


BATU FERRINGHI ni pastinya laa salah satu destinasi percutian yang berlatar belakangkan pemandangan pantai yang indah dan cantik ciptaanNya. Pembangunan juga kian hari kian pesat di sekitar BATU FERRINGHI dengan  pelbagai pusat riadah dan hiburan yang menjanjikan seribu keseronokkan dari awal pagi hingga ke lewat malam. Pendek kata..macam-macam ada kan.

1. Okay, mula-mula kalau korang bercadang nak melancung atau makan angin ke Pulau Pinang ni,pastilah duk fikir kat mana nak stay atau bermalam kan. Korang jangan risau sebab terdapat  lebih daripada 50 buah hotel di Penang ni yang menyediakan tempat bermalam yang selesa mengikut citarasa dan bajet korang semestinya. Korang boleh memilih untuk  menginap di bajet hotel, dorm dan pelbagai tawaran hotel mengikut bintang ada disini. Kalau poket korang kembung tu carilah hotel-hotel bertaraf lima bintang yang pasti mendapat layanan dan pemandangan kelas pertama semestinya.

Tapi don't wory laa, kalau korang stay ikut bajet korang pun pasti selesa dah dan yang penting bersih dan tempat makan serta pemandangan pantai yang menakjubkan yang bakal korang nikmati selama bercuti disini. 


credit foto : arzmoha.com

2. Salah satu destinasi yang pernah ana kunjungi ketika berada di Pulau Pinang ialah Bukit Bendera. Sampai sini je teringat filem Ali Setan lakonan Ogy Ahmad Daud dan Azmil Mustapha.Wah nostalgia sungguh. Pengalaman pertama juga ana dan anak-anak menaiki kereta kabel sehingga ke puncak bukit. Pemandangan yang sangat menakjubkan..dari puncak Bukit Bendera, korang akan dapat melihat hampir keseluruhan pulau. 


Image result for penang/anajingga


Mesti penat kan dah ronda-ronda sekitar Bukit Bendera, dengan queue nak naik kereta kabel lagi..dan sure korang tak nak duk sini sekejap je kan, paling best kena laa stay bermalam di sini, tapi bukan laa nak suruh korang tidoq kat Bukit Bendera ni sebab nya banyak pilihan Batu Ferringhi Hotels yang korang boleh stay. Kan best tuu.. siang korang jenjalan Bukit Bendera, malam pula ronda-ronda di BATU FERRINGHI , walllaaa 😊😊

3.Pada ana laa kan, pantai di sekitar BATU FERRINGHI ni antara yang paling best untuk bercuti bersama insan tersayang dan keluarga. Pasirnya yang putih bersih, terdapat pelbagai aktiviti riadah dan ektrems yang korang boleh lakukan, lepak makan-makan dengan macam-macam menu sedap dan paling syok lagi bagi yang menggemari aktiviti malam hari boleh sahaja ke Hard Rock tu, khas buat orang-orang muda laa kan, kalau nak tambah koleksi t-shirt atau jenama Hard Rock korang dari serata dunia ni.


credit photo ; arzmoha.com

Tuuu diaaa ampaaa, berdekatan dengan pantai ini juga terletaknya Hard Rock Hotel Penang. Antara salah satu penginapan paling popular seluruh dunia ini terdapat disini. Korang kalau nak stay sini kena cepat-cepat booking tau di SINI .Amboi senang sangat dah tuu..ampaa klik je dah boleh booking terus naa 😉😉.

4. Last sekali apa yang korang perlu tahu tentang BATU FERRINGHI ni ialah suasana malam di pasar malam yang terdapat di deretan sepanjang jalan ni. Best sangat suasana di Penang Night Market ni. Walaupun ia kelihatan sama seperti mana-mana pasar malam tapi ia tetap istimewa kerana ia terletak d Pulau Pinang. Jadi pastinya korang akan dapat membeli belah barang-barang cenderahati yang special dari Pulau Mutiara ni kat sini, tak ada di jual di tempat-tempat lain punya laa.

Image result for penang/anajingga


Makanan yang ada dijual pun memang special made from Penang macam laksa Penang, nasi kandar, pasembur dan semua laa ada. Order sahaja untuk menikmati keenakan keistimewaan makanan awesome di Pulau Pinang ni. 


Image result for penang/anajingga


Jadi kalau korang nak menikmati suasana dari siang hingga lah ke malam di BATU FERRINGHI dan seluruh Pulau Pinang itu kena lah booking penginapan dan rancang lah percutian korang di TRAVELOKA . Pulau Pinang kan kalau tak book awal jangan menyesal kalau tak ada hotel penginapan yang selesa dan yang diidamkan. So enjoy your holidays in Penang with Traveloka.com 💖💖💖

16 Comments

  1. mai..mai..kita pi pesta penang..heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Farah, tengah Pesta Penang laa nii, meriahnyaaa :)

      Delete
  2. Membantu sangat entry kak Ana ni. Nani memang tengah usha usha hotel area Penang pun, bulan satu ni nak pergi. Heheh

    ReplyDelete
  3. org2 duk penang pun bercuti ke penang..sbb ada pantai..hotel pun berlambak hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, kak ana suka juga mai Penang, tapi tu laa maybe next plan nak pii Penang sekali lagi

      Delete
  4. Awal tahun ni kak dah bercuti di Penang & Perak. Tak puas rasanya bercuti sekejab. batu Feringhi dah pi. Sewa kondo. Rasa serik juga dengan jalan bengkang bengkoknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada rezeki nanti boleh sahaja Kak Mala sambung percutian ke Penang dan Perak , haah jalan ke sini agak mencabar juga hihi :)

      Delete
  5. pakat mai siniiii Pulau Pinang Satu destinasi...hehehe


    bab makan macam-macam ada...hotel pun banyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ARZ, nak cari tempat-tempat makan best kat Penang jangan lupa ke arzmoha.com macam-macam ada :)

      Delete
  6. penah pi Penang tapi tak explore menyeluruh kat situ...menarik jugak baca experience ana ni..boleh dipertimbangkan untuk next vacation family saya nnti..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu fieza, boleh je plan holidays ke Penang nanti dengan TRAVELOKA :)

      Delete
  7. Masa muda2 dlu selalu gak pergi Penang night market. Lampu die cantik2 :)

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Penang salah satu destinasi pelancungan yang menarik di Malaysia untuk dilawati :)

      Delete