Tanaman Yang Sesuai Untuk Edible Garden
Ana pasti ramai yang berminat dengan konsep tanaman edible garden di belakang rumah ni kan. Memang menarik sangat.Ana sendiri ada juga menanam beberapa jenis tumbuhan tanaman untuk kegunaan harian di tanah sekangkang kera belakang rumah ni. Bukan apa, mudah nak capai bila diperlukan. Nak kata jimat sangat tu tak laa tapi rasa kepuasan dan keseronokan tu yang lebihnya. Teruja sangat bila melihat tumbuhan ini subur menghijau.
Baru-baru ni dalam entri ana yang lepas, ana sempat ke Taman Botani Perdana di Kuala Lumpur atau dahulunya di kenali sebagai Taman Tasik Perdana. Sambil ronda-ronda lepak petang tu, satu sudut yang menarik perhatian ana sangat ialah ruang Edible Garden disini. Banyak tumbuhan herba yang di tanam dan subur-subur semuanya. Jom ana kongsikan di www.anajingga.com beberapa keping foto pelbagai jenis tanaman yang ada. Ada yang ana kenali nama pokok nya dan ada yang pernah tengok tapi tak tahu nama 😊😊
Tanaman Yang Sesuai Untuk Edible Garden
Taman Edible Garden di sini di inspirasikan ideanya dari YB Tun Jeanne Abdullah, isteri mantan Perdana Menteri kita Tun Abdulllah Ahmad Badawi. Beliau yang ana kenali dari media merupakan seorang yang amat minat dengan tanaman herba. Idea dan inspirasinya kini di abadikan di satu sudut di Taman Botani Perdana. Sangat menarik minat ana yang sama meminati tanaman-tanaman kegunaan harian dalam konsep Edible Garden ni.
Antara tanaman yang ana lihat di sini seperti herba-herba dalam masakan serai,lengkuas, kunyit dan sebagainya. Juga sayuran dan ulam-ulaman. Jom kita tengok sebahagian dari foto-foto yang sempat ana ambil ketika berada disini.
Pokok ni sejenis sayuran, kalau kat kampung ana , mak panggil pokok geti.Nama saintifik nya tidaklah ana ketahui. Selalunya mak masak pucuk geti ni dengan kerang, masak lemak putih. Rasanya pahit-pahit manis. Selalu mak ana akan pintalkan pucuknya sebelum masukkan ke dalam masakan.
Antara yang ana kenali di dalam gambar di atas ialah pokok bayam merah atau bayam kampung, pokok cili api, daun kesum dan kangkung kampung. Sedap-sedap ni masak tumis 😃😃
Cuba tengok suburnya pokok daun kesum tu. Ana memang dah banyak kali tanam daun kesum ni di rumah, lepas sekali dua guna mesti mati sudahnya.Kalau lah dapat rimbunan yang subur macam ni, alangkah seronoknya sebab ana memang minat masakan dengan daun kesum ni, baunya menyelerakan sungguh.
Gambar atas tu ana tak tahu apa nama pokoknya? Macam pernah jumpa tapi tak pasti pula nama dan kegunaannya.
Ini semua orang kenal kan, pokok bunga telang untuk bahan nasi kerabu. Jiran ana yang berbangsa Cina pun ada tanam untuk pewarna kuih muih mereka katanya.
Ini feveret ana , Ismet Ulam Raja haha , pokok ulam raja.Makan dengan sambal nyor kata orang Perak memang happening punya laa sedap, menyelerakan tekak orang kampung macam ana ni.
Pokok labu kat sini memang subur ya amat. Cuba tangok daunnya lebar-lebar kata ko.. menjalar habis sekitar taman terselit celah tu pokok pandan. Pucuk labu sedap kan masak lemak cili api dengan tempoyak dan pucuk ubi kayu.
Pokok ni macam biasa sangat ana tengok dan ada bau wangi juga sikit-sikit. Tapi ana tak pasti nama tanaman herba ni. Kalau tengok lebih kurang oregano tapi daun oregano lebih kecil dari daun tanaman ni. Ada tak yang tahu jawapannya.
Ini pokok apa agaknya?? |
Okalah last sekali yang ana jumpa kat sini buah mengkudu tu. Pokok mengkudu ni pun ada di belakang rumah ana. Tak pernah lagi makan daunnya sebab memang pahit kan. Dulu ketika berpantang, arwah opah gunakan daunnya untuk mengalas tungku sebelum di alas semula dengan kain batik.
Ana yakin setiap tanaman herba disini ada khasiat nya yang tersendiri.Khazanah alam yang diciptaNya yang memberi banyak manfaat untuk kitaran kehidupan di atas muka bumi. Ana berharap dengan kudrat yang ada ni, dapat juga memiliki sebuah mini edible garden seperti ni di belakang rumah, suatu hari nanti.In Shaa Allah.
16 Comments
Sha pun pernah tanam pokok daun kesum tu tapi tak menjadi..
ReplyDeleteYang berjaya Sha tanam skrg nie dekat pejabat, pokok kari, selasih, lemon., limau kasturi dengan limau purut... tu je yg menjadi..
Kan Sha, payah juga daun kesum ni nak membiak :(
Deleteassalamualaikum ana...mmg seronokkan kalau kita ada tanam-tanaman yg mudah utk kegunaan sendiri ni...nak guna ambil saja kat tepi rumah tu...kalu kat kg semuanya ada...kat bandar ni kena berbayar baru dpt...:)
ReplyDeletewaalaikumsalam mama, tu laa berangan sangat nak ada edible garden ni sendiri di belakang rumah tapi faktor kesihatan yang tak mengizinkan sekarang ni :(
Deleteoo itu rupanya bayam kampung. macam pernah tengok je area sekitar kampung yang saya tinggal ni la.
ReplyDeleteHaah Faizah, kak ana panggil bayam kampung tu, warna merah :)
Deleteprojek menanam ni mmg best!
ReplyDeletesangat teruja nak tanam menanam tanaman sebegini Busyra :)
Deletemenariknya, baru tau garden macamn nie wujud. tetiba teringin nak tanam2 herba kat tepi rumah :D
ReplyDeletemenarik sangat BV kan, teruja nak ada edible garden sendiri
DeleteHa! Mrs. A pun pernah makan daun pucuk geti tu, kelakarlah namanya pada Mrs. A sikit lagi nak gediks!
ReplyDeleteHihi jauh beno imajinasi Mrs A tu :)
DeleteYang mcm oregano tu pangil pokok bangun2...baik untuk batuk..
ReplyDeleteterima kasih Kak Mala, memang tunggu kak Mala tolong jawabkan , ada khasiat rupanya.
Deletepernah tanam pokok daun kesum,pokok lada... balik kelantan tinggal seminggu tengok2 mampus semua.. mujur daun kari masih ada lagi... hihihih
ReplyDeleteTu laa Ekin, payah sungguh nak idup pokok kesum ni kan :(
Delete