WW: Hup Soon Bas Lejen Di Teluk Intan
Bas Hup Soon ni merupakan bas awam utama di sepanjang jalan Changkat Jong, Teluk Intan suatu masa dahulu sehinggalah ke hari ini. Jika dahulu bas ni dikenali sebagai 'town bus' di kalangan mak-mak. 'Town bus' membawa maksud bas yang digunakan untuk ke bandar Teluk Intan. Ini pengaruh dari perkataan yang digunakan di era kolonial British satu masa dahulu. Bas Hup Soon ni berulang-alik dari bandar atau kami panggil pekan Teluk Intan sehingga lah ke Batu 4, Ladang Selaba.
Bas ini jugalah yang ana gunakan untuk ke sekolah rendah dan menengah untuk aktiviti diluar waktu persekolahan seperti latihan sukan dan ko-kurikulum sebelah petang atau hari Sabtu ketika tiada bas sekolah yang akan menghantar dan mengambil ana. Ketika itu tambang yang di kenakan cuma 50 sen.
Sekarang kalau tak silap ana, bas ini hanya mengambil dan menghantar penumpang dari pekan Teluk Intan sehingga ke Kampar dan Bidor sahaja. Sudah tiada lagi perkhidmatan 'town bus'. Ini bermakna sekiranya mereka yang ingin ke bandar Teluk Intan disekitar Jalan Changkat Jong, perlu menunggu trip perjalanannya sama ada dari Kampar atau Bidor.Lama tuu..Apapun pada ana, bas Hup Soon tetap lejen buat penduduk Teluk Intan kerana masih bertahan dari dulu hingga sekarang.
12 Comments
Kadang-kadang best juga naik bas ni.. Tapi dikebanyakkan tempat pengunaan bas x semeriah dahulu. Skrg ramai yang menggunakan kenderaan sendiri.
ReplyDeletebetul tu Shameel, di teluk intan ni, masih okay lagi tak ramai warga asing yang naik bas,kalau di sekitar KL dan Selangor ni memang majoriti bas tambang ni untuk warga asing je lah kan :)
Deleteorg teluk intan ke? teman kg di teluk intan juga.. tah2 satu skolah x? hehe
ReplyDeletesalam kenal, blogwalking dr blog el :)
Yup Nad AJ orang Teluk Intan :) terima kasih berkunjung ke sini ,salam ukhuwah.
DeleteBas pakai tiket & konduktor. Dah hampir [pupus kat malaysia ni
ReplyDeletebas ni kalau tak salah dah guna tabung dah tak ada konduktor,kalau dulu memang ada tukang tiketnya hihi :)
Deleterindu pulak nak naik bas. hehe
ReplyDeletekan, kisah dulu-dulu ni naik bas tambang :)
Deletememang akan rindu suasana dulu kan..macam kami area kota bharu area lepak2 zaman muda remaja dah takde dah bila pihak mpkb bukak untuk jalan...
ReplyDeletekisah remaja memang seronok bila dikenang kan kembali kan Husna :)
Deletelejen ni...
ReplyDeleteTu laa Ekin, memang lejen hihi :)
Delete