GARSA KITCHEN - SANDWICH HOMEMADE UNTUK DINIKMATI SEMUA
Dari kecil lagi, ana sememangnya penggemar sandwich. Ia antara menu bekalan yang akan ana bawa ke sekolah bila disediakan oleh mak. Tapi waktu tu, hanya ada dua pilihan sandwich sahaja lah, kalau tak sandwich telur, pasti sandwich sardin. Maklumlah anak kampung kan, tak banyak pilihan yang ada. Apapun syukur selalu dan dah sedap sangat lah tu, bila dapat menu moden sikit. Ironinya sekarang anak-anak ana pula penggemar sandwich. Cuma sekarang mereka dah banyak pilihan intinya. Diperbagaikan dan sedap-sedap pula tu.
Haa..dah bercerita pasal sandwich ni, ana nak share lah dengan korang pengalaman ana baru-baru ni menikmati sajian sandwich yang sedap, segar, homemade tapi bukan ana yang buat tau, ana cuma order dan dihantar ke rumah. Wahh!!! Jangan tak percaya, zaman sekarang ni, sandwich pun dah ada delivery korang... Dunia serba moden dan mudah masa kini kan, begitulah..semuanya cepat dan pantas, tak payah susah payah nak buat, order sahaja dan tungu penghantarannya. Kat mana nak order? Pastinya di GARSA KITCHEN SANDWICH.
GARSA KITCHEN SANDWICH
Cuba korang terjah ke www.garsakitchen.com , pasti rambang mata nak buat pilihan dari menu-menu sandwich yang ditawarkan. Macam-macam pilihan gabungan citarasa sandwich ada disini seperti BEEFTASTIC ( Smoked beef, cheese, onion, lettuce & tomato ), EGGSTACY ( Egg mayo, lettuce & tomato ), TUNA TURNER ( Tuna, mayo, shallots, lettuce & tomato ), CHICKSTER ( Chicken slice, cheese, onion, lettuce & tomato ) dan banyak lagi lah yang sedap-sedap. GARSA KITCHEN SANDWICH akan siapkan dan hantar ke depan pintu rumah atau pejabat korang. Kawasan liputan penghantaran adalah sekitar Kuala Lumpur, Shah Alam dan Putrajaya. Korang juga boleh walk in atau pick up je kat mana-mana kawasan yang mereka boleh delivery. Kan senang tu...
Penghantaran oleh krew Garsa Kitchen adalah cermat dan ketika ana menerimanya masih dalam keadaan baik di dalam kotak yang tersusun elok. Tak adalah tunggang terbalik isinya bila diterima. Mereka juga mesra pelanggan dan sentiasa update ketika proses penghantaran sehinggalah selamat di terima.I like !!
Alhamdulillah ana sangat berpuas hati dapat menikmati sendiri sandwich dari GARSA KITCHEN. Yang penting kualitinya yang terbaik, bahan-bahan yang segar dan sedap, penghantaran yang memuaskan serta harga yang berpatutan setanding grednya dan ianya HALAL serta dibuat secara homemade. Dah korang tak yah tunggu lagi, pergi cepat hubungi dari mana-mana links yang ana serta di bawah ini dan buatlah tempahan. Boleh sahaja untuk lunch di pejabat atau untuk majlis-majlis tertentu di rumah dan sebagainya.
Website : www.garsakitchen.com
Facebook : www.facebook.com/garsakitchenkl
Instagram : www.instagram.com/garsa.kitchen
atau
Hubungi terus :
011-3291 6119
Atau terus ke alamat :
Garsa Kitchen
NO 27 JALAN 2/27E WANGSA MAJU SEKSYEN 10, WANGSA MAJU
KUALA LUMPUR
Waktu Perniagaan
8.30AM – 10PM
Tel : 013-2424 808
EMAIL
garsa.kitchen@gmail.com
8 Comments
Menu ni perlu dikekalkan sebab sedapppp sangat....
ReplyDeleteKan SA, sedap ranggup diluar dan isi ayamnya segar dan gabungan rasa telur masin tu yang unik sangat :)
DeleteWah.. Mmg nmpk sedap tu. Yg best siap ada delivery tu.. 🤗
ReplyDeletetu lah, boleh delivery jika dalam coverage area dia Cik La :)
Deletepagi-pagi tengok sandwich terus lapar...jauh pula dari tempat aRz ni...bila nak buka branch dekat penang pula hehe
ReplyDeletesedap arz, rasa unik isi ayam dengan telur asin tu yang unik dan rare
DeleteWahh bestnyer.. lapar lapar terus oder samoai depan pintu hehehe..nampak sodapp ni kak ana..
ReplyDeletesodap Lya, jom pakat order nanti :)
Delete