Tanggal tiga puluh satu, bulan lapan lima puluh tujuh..Merdeka! Merdeka! Tetaplah Merdeka! Ia pasti menjadi sejarah... Yeay!! Bulan kemerdekaan negara kita tercinta , Malaysia muncul lagi. Dan kali ini amat bermakna buat kita warga negara kerana ia merupakan sambutan Ulangtahun Kemerdekaan yang ke 60. Alhamdulillah...60 tahun telah kita berjaya mengharungi pelbagai cabaran dan menuju kejayaan di masa hadapan. 


Kenapa saya bangga menjadi rakyat Malaysia?

Pernah tak kita bertanya kepada diri kita sendiri, adakah kita berbangga menjadi warga negara Malaysia? Ya... ana amat bersyukur dan berbangga kerana di lahirkan dan dibesarkan di tanahair tercinta yang mana segalanya begitu dekat dihati. Pertama, pastinya kerana Malaysia sebuah negara yang aman dan hormani, walaupun kita tinggal di dalam komuniti yang berbilang kaum, agama dan budaya. Meskipun adanya pelbagai usaha untuk memecah belahkan kaum, namun majoriti rakyat Malaysia memilih untuk hidup dalam rumpun yang toleransi.

Malahan, ana juga bangga menjadi rakyat Malaysia yang sentiasa ada sifat setiakawan dalam hubungan komuniti khasnya di kejiranan tempat tinggal ana sendiri. Jiran dari kaum Melayu, India dan Cina masih hormat-menghormati budaya dan adat resam masing-masing. Bangga juga bila kami boleh bertukar-tukar menu masakan seharian, tolong menolong ketika dalam kesukaran dan sebagainya. Ini lah unik dan indahnya menjadi sebahagian dari warga negara Malaysia. 

Dengan situasi negara yang aman dan makmur serta harmoni, pastinya taraf ekonomi negara juga berdaya saing yang positif. Rakyat bebas membuat pilihan untuk memiliki apa yang dihajati. Bijak menggunakan peluang yang ada untuk menjana pendapatan. Pastinyalah yang menarik bila ada peluang dan ruang perniagaan, permintaan untuk jual beli semakin tinggi. Dan jangan tak percaya, Malaysia juga mempunyai pelbagai produk keluaran tempatan yang setanding dengan jenama dan kualiti antarabangsa. Contoh yang paling mudah, jom singgah ke LAZADA , di mana terdapat pelbagai jenama tempatan ataupun produk Malaysia yang sehebat kualiti antarabangsa. 


Dan sempena sambutan Kemerdekaan Malaysia yang ke-60 ini, LAZADA salah satu jenama e-dagang terunggul di Malaysia memeriahkan sambutan dengan mengadakan Jualan Hebat Merdeka atau LAZADA MERDEKA!MERDEKA! SALE yang pastinya di nanti-nantikan seluruh warga tanahair. Kerana apa? Kerana setiap kali LAZADA mengadakan SALE ianya memang tak masuk akal dan mendapat sambutan hebat. 


Dalam ratusan produk tempatan dari Malaysia, dua jenama pilihan ana yang paling diminati dan nak sangat memilikinya ketika berlangsungnya MERDEKA!MERDEKA! SALE ni ialah dari Bonia dan SSF. Biasalah perempuan kan...pastinya suka memiliki beg tangan dan juga menghias kediaman dengan pelbagai dekorasi rumah yang cantik-cantik. 


Sebut sahaja BONIA, pasti dah terbayangkan betapa cantik-cantiknya koleksi beg tangan, kasut,dompet dan sebagainya barangan kulit yang berkualiti antarabangsa. BONIA salah satu Malaysian Brands yang berada pada satu tahap tertinggi di mata dunia. Memiliki BONIA menjadikan kita warga negara yang bangga dengan produk tempatan. Hebatkan... Dan sempena MERDEKA!MERDEKA! SALE , BONIA menawarkan tawaran harga yang sangat berbaloi dengan pelbagai pilihan yang ada. 



Bukan setakad ini sahaja, korang kena ushaaa sendiri ke BONIA dan buatlah pilihan yang sesuai dengan bajet masing-masing. Selain daripada BONIA, satu lagi produk Malaysia yang paling ana gemari ialah SSF. 



Bagi peminat barang-barang dekorasi ruang rumah pasti korang setuju dengan ana bila memilih SSF sebagai jenama tempatan pilihan utama untuk dibeli. Jom singgah ke SSF  dan pilih lah dari dekorasi serendah RM9.90 untuk dimiliki. Korang boleh pilih pelbagai hiasan dari ruang bilik tidur, ruang tamu, dapur, halaman dan sebagainya untuk menghias ruang.


Pergh!! Macam-macam ada kan... Inilah antara feveret ana untuk shopping ketika berlangsungnya MERDEKA!MERDEKA!SALE LAZADA .Murah-murah kan dan banyak pilihan yang ada di sini. Potongan sehingga 80% pula tu.



Oklah malas nak berceloteh panjang lagi, korang pun dah tak sabar kan nak terjah MERDEKA!MERDEKA!SALE dari LAZADA mulai 25-31hb Ogos 2017,sempena bulan kemerdekaan Malaysia ke 60 tahun ini. Jom klik sahaja ke www.lazada.com.my/merdeka-sale/dan shopping!!!


2 Comments