Sepatutnya tempoh penutupan Jambatan Sultan Yusof, Batu 5 , Teluk Intan yang merupakan satu-satunya jalan terdekat menghubungkan Teluk Intan ke Manjung, Sitiawan dan Lumut berakhir pada 28hb Ogos 2017. Semalam 27hb di maklumkan di Facebook Teluk Intan, ia dibuka untuk kenderaan ringgan sahaja, namun petang tadi netizen di group tempatan Teluk Intan sekali lagi dimaklumkan penutupan dilanjutkan sehingga di beritahu kelak. 

Image may contain: text

Penutupan Jambatan Sultan Yusuf  Dilanjutkan Lagi

Notis di atas merupakan update terkini dari Page JKR HILIR PERAK, sumber rasmi mengenai status penutupan jambatan. Pastinya, yang terpaksa berulang-alik atas urusan kerja antara Teluk Intan-Lumut pasti akan merungut kerana jalan alternatif yang ada memang agak jauh dan memakan masa yang lebih panjang dari kebiasaan. Mungkin bagi mereka yang mengalaminya sahaja yang faham situasi begini sesuatu yang menyukarkan, namun kita perlu faham dan berfikir sejenak sebelum menghentam kerana urusan pembaikan ini bukanlah sesuatu yang mudah dan boleh dibuat secara segera dan sambil lewa. 

Memetik status Page JKR Hilir Perak bertarikh 27 Ogos 2017

PEMAKLUMAN TERKINI
Penutupan Jambatan Sultan Yusuf FT005 (Kemaskini-27/08/2017 AHAD)

Dimaklumkan sehingga kini jambatan ini masih berstatus DITUTUP kepada SEMUA KENDERAAN sehingga ke tarikh yang diberitahu kelak. 

Penutupan ini dibuat bagi kerja-kerja penyenggaraan kompenen jambatan yang masih lagi diteruskan oleh JKR bersama pihak kontraktor.

Papan tanda jalan alternatif telah diletakkan bermula dari Taman Desa Aman (Teluk Intan FT005)manakala dari Sitiawan akan diletakkan di persimpangan Felcra Changkat Lada(A266)

Pengguna diminta terus bersabar dan mematuhi papan tanda arah dan keselamatan yg telah disediakan di jalan-jalan yg terlibat. Kesulitan pada hari ini untuk kesenangan pada masa depan kita semua. Komitmen dan kerjasama anda amatlah kami hargai serta kemaafan dipohon dari kami atas perkara ini.


Dan dari sumber FB Dato' Zainol pula menerangkan status terkini proses menstabilkan keselamatan jambatan : 

Image may contain: text

Image may contain: text

Sumber : SINI

UPDATE TERKINI ! 
PENUTUPAN JAMBATAN DI LANJUTKAN DALAM JANGKAAN SELAMA 4 BULAN. Enri penuh dan laluan-laluan alternatif ke Manjung ada di SINI


Ini faktor keselamatan nyawa dan harta benda. Proses baik pulih, inspection, dan pengesahan perlu dari mereka yang pakar di dalam bidang masing-masing.Diharapkan semoga warga tempatan yang terlibat bersabar dan bertabah untuk satu tempoh masa tertentu demi untuk keselamatan jangka masa panjang. Semoga dijauhkanNya juga dari segala keburukan dan musibah serta dipermudahkan Nya segala urusan. Aamiin. 

5 Comments

  1. semoga cepat bukak balik.. senang org nak lalu. ni pun Jambatan Penang tutup lorong setahun. peningla kepala orang nak pegi keje..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dijangka sehingga empat bulan juga CT, bertabah lah kan demi kesenangan masa depan mudah-mudahan.

      Delete
  2. Jambatan klang pula baru buka. memang sesak jadi kurang

    senang orang nak pergi kerja

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo jambatan baru ye Ibu Zaid, mungkin dapat memudahkan orang awam nanti hendaknya :)

      Delete
  3. memang jauh Ain,haha bagi yang sesekali okay je tu makan angin, agak masalah juga buat penduduk yang berulang-alik atas urusan kerja seharian,namun ia sesuatu yang tak dapat dielakkan

    ReplyDelete