Jika Power Bank Masuk Air
Bukan handphone sahaja yang masuk air, baru-baru ni ana punya gelabah bila powerbank basah lenjun kena air. Puncanya, ana bawa bekal air dalam botol air, letak dalam handbag, handbag ana ni jenis besar, segala neka ana isi dalamnya, dengan telekung lah, cermin mata lah,sekali la botol dengan powerbank , mujur handphone je ana letak dalam poket masa tu, kalau tak ,naya... Nak jadi kan cerita, botol air tu rupanya tiris atau bocor, sedar tak sedar nak keluarkan telekung nak solat , basah kata ko. Dengan powerbank sekali lenjun..
Apa lagi, gelabah la, suami dah bebel dah tapi anak-anak ana cakap releks ibu, jangan on dulu kita biarkan ia kering, nanti okay la tu. Dalam hati risau sangat sebab powerbank ana ni memang bagus sangat, empat kali charging tahan dalam satu masa masa. Harganya pun mahal walaupun ana dapat percuma untuk satu kempen review tahun lepas, sayang sangat, cantik pulak tu. Powerbank ini satu keperluan juga buat blogger yang perlu kan bateri bertahan lama dalam satu-satu masa. Jadi apa yang perlu di lakukan bila powerbank masuk air ?
Apa yang perlu di lakukan apabila powerbank masuk air
Ana keluarkan semua benda alah dalam handbag. Powerbank tu ana lap dahulu dengan tuala kering. Kemudian ana biarkan di bawah kipas seketika. Dan..jeng jeng jeng!!! Ana masukkan ke dalam bekas beras dan biarkan semalaman. Macam petua yang ana baca untuk handphone yang masuk air sebelum ni. Ana lakukan juga pada powerbank ana ni. Esok paginya....
Taadaa!! Bila dah yakin kering betul-betul, suami ana cuba plug in pada handphone dan yeay!! Berfungsi seperti biasa semula. Alhamdulillah...lega tak payah beli powerbank baru, jimat duit dan masih boleh di gunakan seperti biasa. Jadi sama sahaja lah kaedahnya bila sesuatu alatan elektrik sekali pun jika terkena air, JANGAN terus check dengan on kan power nya. Kering kan sebaik mungkin, baru lah di uji sama ada maih boleh di gunakan atau tidak. Selamat mencuba !!
3 Comments
Cantiknyaa powerbank. Kalau fatin nagis ni kalau tak boleh elok balik. Hahaa
ReplyDeletehaha kan Fatin, sayang sangat lagi pun selagi boleh jimat kita berjimat lah kan :)
DeleteThis is very educational content and written well for a change. It's nice to see that some people still understand how to write a quality post.! which12order
ReplyDelete