Anak-anak bila ada di rumah, pelbagai menu depa nak cuba. Punya lah ana ni teringin nak minum air detox lemon yang di jual di depan Sekolah Rendah di kawasan perumahan ni, setiap kali lalu tapi tak juga tersinggah dan beli. Beberapa hari lepas sahaja baru dapat merasa bila suami berhenti dan beli, boleh tahan tu sebekas RM3, kami pun kaji lah apa bahan dalam air detox ni. Dah dapat tahu, esoknya Adik Ika pun cuba buat tapi ikut versi dia lah. Dan ini dia air lemon laici serai versi Adik Ika yang ana nak kongsikan dengan korang semua. 



Bahan-bahan yang Adik Ika gunakan untuk menghasilkan minuman lemon laici serai ni mudah sangat. Dia menggunakan sebiji lemon yang di hiris, sebotol jus asam boi, air gula, se tin laici masukkan airnya sekali dan sebatang serai. Kami guna sebatang serai sahaja sebab air ni di buat dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Kalau korang suka boleh sahaja tambah ikut suka masing-masing. Sedap juga di tambah soda dan daun pudina, baru lah detox. Hat ni untuk minuman kami sahaja. 


Resepi Lemon Laici Bersoda 


Untuk Resepi Lemon Laici Bersoda pula korang boleh ikut yang di bawah ni . Kredit resepi FB Rizal Hakimm 💗💗


Bahan bahan yang diperlukan: 

1 botol besar air aiskrim soda.

1 tin laici ~ ambil buahnya sahaja/guna longan pun boleh.

2 batang serai ~ dititik.

daun pudina ~ terpulang berapa helai.

1 biji lemon ~ dihiris nipis.

5 biji asam boi putih.

ketulan ais secukupnya.

Cara buat lemon laici bersoda ( detox ) :

-Cuci semua bahan hingga bersih.

-Hiriskan lemon nipis nipis.

-Sediakan bekas yang bersesuaian.

-Letakkan daun pudina secukupnya.

-Masukkan lemon yang telah dihiris.

-Diikuti asam boi putih.

-Masukkan buah laici / longan.

-Tuangkan air aiskrim soda secukupnya.

-Letakkan ketulan ais jika suka.

-Akhir sekali masukkan serai yg telah dititik.

~Selamat mencuba~

12 Comments

  1. Fuhh dapnyer .. terliur tekak tengok air ni..

    ReplyDelete
  2. Pertama kali minum masa di Kg Gajah...sedap...sejuk2...tepi sungai pula tu...

    ReplyDelete
  3. Sedapnya kak ana.. Gandingan yang ohsem..

    ReplyDelete
  4. tak kira detox dah ni sbb buh manis soda. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, detox tu masam sangat , AJ ni gastrik memang tak bolehlah ,kita jadikan ia minuman sahaja, nak detox jangan letak gula dan soda ,beres :)

      Delete
  5. . Doctors will for the most part recommend a dosage of one of those solutions that is appropriate about a similar measurement of the Xanax that the patient has been taking. Neworld

    ReplyDelete
  6. The most obvious fact is that someone can suffer from drug use,Tarek Mansour they are helping others from detox disease.

    ReplyDelete