ECO STORE MALAYSIA - GEDUNG PRODUK ORGANIK DARI NEW ZEALAND
Ramai di antara kita sekarang ni amat berhati-hati dalam memilih produk penjagaan diri khasnya malahan produk kegunaan harian juga. Bukan apa, terlalu banyak produk yang muncul di pasaran dan sehingga ada yang mendatangkan kesan tidak baik pada tubuh. Lebih-lebih lagi, bagi mereka yang mempunyai jenis kulit sensetif, lagi lah perlu peka dan berhati-hati dengan penggunaan sebarang produk. Untuk itu, ramai pengguna kini beralih ke rangkaian produk organik dan mesra alam. Ia bukan sahaja selamat pada tubuh badan malahan turut melindungi alam sekitar dunia yang kian terancam dengan pelbagai bahan terlarang dan kian hari kian merosakkan lapisan ozon dan alam sekitar amnya.
ECO-STORE Malaysia
Dan kini, khas untuk pengguna produk organik boleh mendapatkan pelbagai rangkaian produk penjagaan diri , kecantikan dan keperluan harian rumah yang di datangkan terus dari negara New Zealand. Produk EcoStore memiliki pensijilan dan penganugerahan pelbagai anugerah produk Eco dan Organik dari negara pengeluar mereka New Zealand yang kaya dengan sumber alam semulajadi serta keindahan bentuk mukabumi nya. Melalui Radiant Code Sdn Bhd yang merupakan pihak pengimport dan pengedar EcoStore di Malaysia juga memiliki pensijilan Halal dari Jakim. Jadi pengguna tidak perlu was-was dengan rangkaian produk EcoStore yang berada di Malaysia.Untuk keterangan lanjut boleh klik sahaja di SINI . Ini kerana bukan mudah untuk sesuatu produk boleh di sahkan sebagai produk organik, ia perlu melalui pelbagai ujian dari pihak yang berwajib sebelum boleh di label sebagai produk organik.
Produk organik EcoStore merangkumi penjagaan diri, keperluan harian seperti makanan organik, produk kesihatan, produk kegunaan rumah harian dan pelbagai lagi. Baru-baru ini, ana berkesempatan mencuba sendiri beberapa produk penjagaan diri EcoStore dan amat jelas 100% berbeza dari produk-produk yang pernah ana gunakan sebelum ini. Di EcoStore ini, bukan sahaja produk organik malahan pembungkusan dan beg kertas yang di gunakan juga adalah dari bahan kitar semula dan mesra alam.
Produk organik EcoStore adalah tanpa bahan lemak haiwan, menggunakan sumber alam semulajadi, tanpa pewarna, haruman semulajadi dan pembungkusannya juga sangat simple dan natural. Mungkin selepas ini, ana akan terus menggunakan produk-produk organik EcoStore ini kerana keaslian kualiti produknya.
EcoStore - Soap/Sabun Organik
Terdiri daripada tiga pilihan variasi sabun iaitu Manuka Honey & Kelp Soap, Lemongrass dan Coconut. Adunan bahan semulajadi seperti honey, seaweed & bran, menjadikan sabun-sabun ini sesuai sebagai pembersih badan dan juga bertindak sebagai skrup. Ia membersihkan dan memperkayakan kulit dengan khasiat minyak sayuran dan tidak mengandungi bahan-bahan terlarang.Malahan pembungskusan kotak sabun ini juga adalah dari bahan kitar semula demi menjaga alam semulajadi.
Rangkaian penjagaan diri EcoStore
Normal Hair Shampoo & Conditioner, Orange Patchouli Body Wash & Body LotionEcoStore Produk Penjagaan Bayi & Ibu
Body Lotion, Baby Body Wash dan Laundry PowderDimana boleh membeli produk organik EcoStore ?
kredit foto : FB EcoStore Malaysia |
Ia juga kini mudah untuk di beli dari beberapa pasaraya terpilih antaranya di AEON Mid Valley, AEON Maxvalu, AEON Wellness, Isetan KLCC, Jaya Grocer, Village Grocer, Watson, Cold Storage, Mercato dan Jason Food Hall & Pharmacies. Atau boleh juga di beli secara online di :
atau
FB : https://www.facebook.com/ecostoreMalaysia/
Jadi bila ingin membeli pelbagai
produk organik
carilah di mana-mana rangkaian produk dari
EcoStore
Jadi bila ingin membeli pelbagai
produk organik
carilah di mana-mana rangkaian produk dari
EcoStore
8 Comments
wah best nya produk organik ^_^
ReplyDeletebest terus jatuh hati untuk menggunakannya :)
Deletewahh bestnya organik
ReplyDeletebest sangat :)
DeleteProduk organik memang biasa nya mahal
ReplyDeleteTapi kalau betul bebas dari racun dan bahan kimia, berbaloi lah
Salam perkenalan dari blogger baru
Betul tu Azmi, memang mahal kerana ia agak terhad dan untuk mendapatkan pengiktarafan organik asli juga perlu mendapat pengesahan banyak pihak berwajib sebelum boleh di kategorikan sebagai organik ni. :)
DeleteMarsha memang concern dengan produk organik. Boleh cuba nanti
ReplyDeleteboleh cuba Marsha kalau suka nak guna produk2 organik dari New Zealand ni :)
Delete