Hampir setiap petang hujan turun dan cuaca pun sejuk memanjang. Segalanya kehendak Allah swt Yang Maha Berkuasa di atas setiap kejadian. Kita sebagai hambaNya perlu redha dan menerima segala ketentuan, malahan belajar untuk mensyukuri setiap nikmat yang ada, walau apa juga keadaannya. Berhenti merungut dan mengingini setiap kehendak kita. Sentiasa ingat, andai kita tidak memperolehi apa yang di hajati, masih ada insan lain lain di luar sana yang tidak punya apa-apa pun untuk di ingini, maka bersyukurlah selalu.

Bercakap bila dalam musim hujan ni, perut ana ni sentiasa berasa lapar. Bukan ana seorang sahaja kut, korang pun sama kan... bila sejuk-sejuk ni cepat lapar. Makan tengahari dah selesai, Alhamdulillah. Sekarang kena fikirkan menu untuk minum petang pula. Suami yang bakal sampai balik dari kerja, anak-anak yang balik dari sekolah dan aktiviti, jadi hari ni, ana ada beberapa cadangan menu yang telah ana sedia kan sepanjang beberapa minggu yang lepas, yang mungkin boleh di jadikan cetusan idea untuk puan-puan menyediakannya pula buat santapan keluarga tercinta.


10 cadangan menu minum petang 




1. Cucur

Paling senang nak buat, ada sahaja tepung gandum dan boleh jadi cucur. Ana suka buat cucur kelapa, cucur udang, cucur ikan bilis atau pun cucur jagung. Gaulkan sahaja bahan yang nak di campurkan dalam tepung gandum, bancuh dengan air dan secubit garam, panaskan minyak dan goreng. Sedap di makan panas-panas kan. 




2. Lempeng

Lempeng ni adik beradik cucur juga lah bahan-bahan dia pun lebih kurang sama je menggunakan tepung gandum. Cuma lempeng di bakar. Kalau ada daun pisang bakar dalam daun pisang, kalau tak ada atas kuali leper pun boleh di masak tanpa minyak tu kira macam bakar lah kan. Korang boleh buat lempeng pisang atau lempeng kelapa saja, sedap tu 👍👍



3. Kuih Muih Tradisional 

Kalau korang dalam mood rajin, buat je lah kuih muih tradisional ni. Ana kalau ada bahan suka juga buat lepat pisang. Sedap makan sekali-sekala, nak buat pun senang. Adun, bungkus dan kukus sahaja. Lain lah kalau nak buat kuih talam ke, seri muka ke, kuih lapis ke, donut ke , semua tu kena ambil masa yang lama juga kan. Paling mudah buat kuih cara, kuih puding jangung dan kuih sagu golek gelantang tu, alaa sagu merah salut kelapa parut tu la.. Kalau  malas gak pii beli je lah seketul 50 sen sekarang ni kan. 


Image result for keropok /anajingga

4. Goreng keropok

Sempoi,kalau ada keropok kat rumah,goreng sahaja lah keropok. Keropok lekor ke, keropok garing ke dan segala mak neka keropok lah yang korang suka. Cicah dengan colek dia,memang sedap dan senang sangat nak di sediakan. 




5. Goreng-gorengan

Goreng sahaja lah apa yang korang ada di rumah tu, pisang goreng, ubi keledek goreng, keladi goreng dan paling anak-anak ana suka ialah cendawan goreng macam kat atas tu.Sedap sangat makan dengan Thai sos. Sekarang ni senang ada tepung goreng rangup. Kalau tak ada korang campurkan sahaja dengan sedikit tepung beras dan sedikit minyak masak dalam bancuhan tepung gandum tu, bancuh dengan ais sejuk dan goreng dalam minyak panas. Jadilah ala-ala tempura rangup gitu.




6. Laksa

Kalau mood korang tengah super dupper rajin, apa kata buat laksa . Memang sedap lah kan makan waktu hujan ni. Menu yang terangkat lah, cuma prosesnya agak makan masa . Nak senang pi beli jer tak pun makan di warung-warung bawah pokok. Haha 😉😉


Image result for biskut dan kopi o anajingga

7. Puri 

Feveret ana sangat ni, buat puri cicah sardin. Puri ni senang juga nak di buat, perapan pun sekejap sahaja dah boleh jadi dah cuma kadang-kadang dia meragam bila tak berapa nak mengelembong dengan cantik. Tak kisah lah kan, nak makan sendiri, janji ada rasa sudahlah kan. Sedap di makan cicah sardin atau pun kari. 


Image result for pengat pisang anajingga

8. Bubur

Pun mudah nak di masak,cuma kalau yang perlu di rendam tu,kenalah rendam terlebih dahulu. Contohnya bubur kacang hijau, bubur gandum, bubur pulut hitam , bubur jagung dan juga bubur caca. Selain bubur, boleh juga buat pengat pisang, keledek dan sebagainya. Sedap di makan di waktu petang.


Image result for pengat pisang anajingga


9. Sandwich 

Paling mudah dah ni, buat sahaja sandwich tuna atau telur. Tak payah nak masak bagai, sapukan sahaja pada roti dan adunkan rasa nya mengikut selera masing-masing. 


Image result for biskut cream cracker anajingga

10. Roti atau Biskut Cicah Kopi O

Haha..susah sangat nak fikir bila dah lapar-lapar ni,korang makan sahaja lah roti atau biskut kering cicah kopi o atau teh o. Pasti kenyang, In Shaa Allah..

14 Comments

  1. Replies
    1. Kann Raz, kalau dah lapar semua pun sodap :)

      Delete
  2. semua sedap. Dapat pulak laksa mak ai kenyang

    ReplyDelete
  3. Makanan semua nya sedappppp tak ira time bila pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki kan Khaty , kena syukuri selalu

      Delete
  4. Semuanya sedap.. Tambah-tambah kalau hujan.. Memang lapar sesaje..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ajer yer Sha, berkeroncong sahaja la perut kita kan hihi :)

      Delete
  5. Tengok entry ni masa dalam MRT ni ha..aduyaiii...terus lapar dibuatnya kak ana oiii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha terima kasih SA, selalu singgah sini, kak ana pun masuk blog suriaamanda.com pun menahan air liur je dengan menu-menu kampung SA tu :)

      Delete
  6. kebanyakkan semua di atas Sha suka..

    ReplyDelete