Taugeh besar-besar tau,bukan taugeh biasa yang kita masukkan dalam mee atau kuewtiau tu 😊😊 payah juga nak jumpa taugeh besar ni, dulu kalau di kampung,mak suka masak kan masak lemak putih dengan tauhu. Dari situ lah ana belajar mengenali taugeh besar ni.Tak tahu lah kalau ada nama lain gelarannya sebab ana cuma tahu ia di kenali sebagai taugeh besar sahaja. Sedap tau, bagi yang belum pernah mencubanya. Sedap kat mana ? Ermm...kat bahagian kepala nya yang kacang tu, rangup berkrup krup bila di kunyah, rasa pun lemak-lemak manis. Itu lah kesedapan taugeh besar ni berbanding taugeh biasa tu.




Masak apa sedap dengan taugeh besar ?


Baru-baru ni ana terjumpa taugeh besar di kedai runcit dan teringin pula nak masak. Ana beli dalam segenggam lebih macam tu, timbang harga dia dalam RM2 sahaja. Bawa balik dan cuba posting kat FB tanya kawan-kawan berkongsi idea nak masak apa dengan taugeh besar ni. Alhamdulillah banyak perkongsian idea yang ana dapat dari mereka khasnya puan-puan kita lah kan, sehingga kan ada yang ana tak pernah tahu pun menu-menu tersebut di berikan idea oleh sahabat-sahabat FB. Seronok mereka berkongsi sesuatu yang bermanfaat untuk insan lain ni. Dan ana rangkumkan semua itu di dalam entri ini yang mana mungkin ada yang tercari-cari idea nak masak apa dengannya, boleh lah mencuba antara yang di kongsikan disini. 

Antara yang di kongsikan ialah : 

Umie Rose : Masak lemak putih ,letak ikan bilis.

Aiin Baharom : Goreng dengan carrot, kucai dan tauhu.

Anizz Anissa : Goreng dengan fishcake dan tauhu.

Bonde Zaidalifah : Masak ala-ala tepayaki.

Kak Siti Hadejah : Gorengkan tauhu terlebih dahulu, masukkan kucai dan udang.

Umie Rosse, Cik Eintan Nurfuzie, Dya Zainal : Masak tempoyak dengan ikan .(Kali pertama dengar dan tak pernah cuba lagi, ada tempoyak nanti ana nak cuba, In Shaa Allah )

Cat Khad's Nain , Diana Rashid : Tumis dengan tauchu .

Liza Jefri : Masak lemak dengan udang kepai ( udang kering halus-halus tu atau udang geragau )

Suria Amanda :Goreng dengan ikan masin jeruk ( macam masak  kailan ikan masin tu, katanya )

Fara Hanim :Sup taugeh 

Mawarni Sani : Jadikan ulam 

Min'z Sambal Hitam Pahang : Masak daging black pepper ala tepayaki

Haa tuu dia..macam-macam perkongsian idea kan. Boleh sahaja mencuba mana yang berkenan dan cukup bahan-bahannya. Ana nak cuba sangat tumis dengan tauchu, masak dengan daging black pepper ala tepayaki tu dan pastinya masak tempoyak. In Shaa Allah...




Nak tahu apa yang ana masak dengan taugeh besar ana beli tu ?Taadaa!! Ana tumis dengan ikan bilis sahaja sebab tak cukup bahan dan malas nak ke kedai semula. Sedap juga tau, yang best rasa rangup kekacang taugeh tu, lemak manis rasanya di tumis dengan bawang besar,bawang putih, cili dan kicap manis. Cuba lah ye :) 

10 Comments