Penghujung tahun 2017 dan awal-awal Januari 2018 ni, trafik blog ana agak merundum sikit setiap hari dari kebiasaan. Entri tetap ada paling tidak pun dua hari sekali yang ana akan update. Maklumlah bila menulis dalam niche lifestyle ni, dan ana pula amat menjaga keywords search yang masuk, idea menulis tu agak terbatas juga. Bimbang dengan keywords yang hadir sesuatu yang tidak baik, ada aib, ada fitnah dan pelbagai lagi, jadi ana selalunya pasti kan hanya entri yang bermanfaat sahaja yang akan ana terbit kan di www.anajingga.com. Bukan sekadar mengejar trafik puluhan ribu dengan kisah-kisah viral dan sensasi tetapi saham akhirat juga amat perlu kita jaga sebaik mungkin,In Shaa Allah.


Image result for gooyabi blog template

Berbalik pada jatuhnya trafik seharian sama ada dari statistik di blogspot mahu pun Google Analytic, ana terbaca beberapa perkongsian dari blogger-blogger bahawa template blog juga antara yang penting dalam mencapai carian di muka pertama Google. Ana ni agak seram bila perlu bermain dengan coding kerana ana bukanlah ahlinya. Sebelum ini ana menggunakan template dari blogspot sahaja sebanyak dua kali, kemudian berani kan diri menggunakan free template dari Gooyaabi dan ini kali kedua ana cuba juga menukar template terbaharu juga dari Gooyaabi. Dan sebagai panduan ana di masa hadapan malahan untuk mereka yang amatur macam ana dalam menukar coding, mungkin boleh di jadikan rujukan untuk mencubanya. Tutorial ini ana perolehi dari Gooyaabi Free Template dan ana memilih SEO Boost Template.


Cara Menukar Template Blog :



1. Mula-mula kita perlu lah ke website yang menawarkan template sama ada secara percuma atau pun berbayar khasnya yang premium. Pilih lah dari pelbagai kategori template yang di tawarkan, dan ana memilih dari Gooyaabi dengan SEO Ready Template .Bila dah lihat contohnya melalui Live Preview , klik sahaja pada pautan Download, seperti di atas.



2. Selepas selesai download dan buka semula di pc atau laptop , klik pada template yang kita download tadi kemudian right-click untuk Extract File atau Unzip kannya dalam bentuk xml extension. Tak payah faham sangat pun tak apa, ikut je contoh di atas, hihi 😂😀😀



3. Buka laman baru di laptop atau pc dan sign-in di Blogger untuk masuk ke blog kita seperti biasa. 





4. Pergi ke Theme di Blogspot untuk menukar template .





5. Sangat penting di sini sebelum tukar template blog ialah klik pada Backup / Restore seperti di dalam gambar tu . Ini kerana kalau kita dah tukar template , tiba-tiba ada masalah atau tak jadi atau tak berkenan boleh sahaja Restore semula template yang sebelum ini secara automatik.




6. Dah siap Backup, bolehlah upload file yang kita dah extract tadi . Klik Upload



7. Ambillah dari .xml file tadi dan upload .


8. Klik Upload dan tunggu sampai selesai .



9. Apabila keluarnya pop-up Upload Successfully maknanya selesai dah proses pertukaran template kita. 




10. Akhir sekali ,masuk semula ke dashboard, klik pada Layout dan susun serta masukkan semula coding dan arrangement gadget sebelum ini mengikut template baharu yang kita upload tadi. Lupa nak pesan, sebelum tukar template kesemua coding gadget juga harus kita save di mana-mana file untuk memudahkan kita mengisinya semula melalui html code. Ana save di MS Words atau Notepad terlebih dahulu.


Selesai lah satu tutorial cara untuk menukar template blog yang ana ambil dari Gooyaabi ni. Ana rasa prosesnya sama sahaja untuk kebanyakan template dan juga template dari Blogspot juga. Dan Alhamdulillah, walaupun template baru ini tidak begitu cantik tetapi ia mengembalikan trafik ana seperti sebelumnya dan ada peningkatan semula selepas seminggu ana awasi pergerakan pv dan uv di blog. 

6 Comments

  1. nice! TQ sharing. cantik blog. simple je :D

    ReplyDelete
  2. Terima kasih share kak ana..SA masih x berani tukar sendiri..SA serahkan pada yg pakar je...takut adsense lari..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana pun ada co-admin dalam ni SA, kalau sesat tak jumpa jalan co-admin akan jadi penyelamat, siapa lagi adinda arzmoha la kan haha :)

      Delete
  3. thanks kak ana.. pv blog dilah pun jatuh teruk lepas tukar template baru aritu.. nak tukar sendiri asyik terbantut je sbb x tahu sgt.. haha.. tp tutorial akak ni sgt membantu.. boleh try buat sendiri nanti.. tq kak ana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah semoga dapat membantu ID :)

      Delete